GL JAN/FEB 2022: HARRIS ALIF, YOUNG FATHERHOOD
BERGELAR BAPA DI USIA MUDA, HARRIS ALIF, 23, MENEKUNI ILMU KEIBUBAPAAN MENERUSI BACAAN ATAS TALIAN JUGA MENGUMPUL NASIHAT DARI KEDUA ORANG TUA. TIDAK ADA CEPAT ATAU LAMBAT BAGINYA DALAM MELANGKAH KE ALAM FATHERHOOD INI. SEBALIKNYA, HANYA PERLU MENGENALI SERTA MENDALAMI DIRI UNTUK MENDEPANI ALAM FATHERHOOD INI. LALU, MENENTUKAN JENIS RAGAM BAPA YANG MANAKAH HARRIS MAHU JADI.
Pengarang Rencana : ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Fesyen : MUZZAMIN MUZLAN, Pengarah Seni : AMIRUL ARIFIN, Gambar : MICKY WONG/NEWSTORYBOARDS, Grooming : ADY RAZAK Rambut : MIEDY DANIEL
Perkembangan terkini Haris?
Bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Saya teruja untuk diri sendiri dalam masa yang gementar untuk isteri saya. Turut sama, bakal memperdengarkan single terbaru merangkap single ketiga hasil karya komposer Omar K di bulan Februari ini.
Jika Harris berpeluang untuk mengubah sesuatu pada diri…
Ketinggian saya; and you know why! haha.
Apakah bakat terpendam selain menyanyi, mengacara dan berlakon?
I makes a good impersonator! Saya boleh meniru gaya nyanyian atau vokal abang Jamal dan Zamani.
Masa bagi Harris?
Masa adalah antara ciptaan Ilahi yang ajaib. Apabila jam berdetik, “masa” dinamakan saat. Demikian, masa begitu berharga, nikmati setiap detik bukannya minit agar tidak dibuang begitu sahaja. Kemudian, ia tidak pernah akan berpatah kembali.
Seutas jam tangan ideal…
Di hari kebiasaan Harris pakai Apple Watch, dan saya gemarkan sesuatu yang klasik, bernadi mekanikal dan tidak sarat dengan fungsi. Ini kerana saya menghargai setiap rincian komponen yang terselindung bagi melengkapi sesuatu karya arloji itu. Yang ideal bagi semestinya Richard Mille RM 010. Namun, memandangkan pergelangan tangan saya agak runcing; jadinya saya memilih sesuatu yang tidak terlalu besar. Sekarang saya selesa memakai Rolex Submariner warna hijau, setelah bertahun-tahun bertabung untuk memilikinya.
Nasihat terbaik yang boleh anda berikan pada diri saat ini?
Be more positive and take things easy. Lebih fokus dalam merencanakan sesuatu, lebih-lebih lagi bila bakal menjadi seorang bapa pada usia muda. Bagi saya, there’s no such thing as being “too late” or “too early” dalam melangkah ke alam fatherhood ini. Ramai yang mempersoalkannya. Sebenarnya, ia tidak menjadi masalah kerana setelah menikah, tanggungjawab serta perincian kehidupan kita bakal bertukar secara organik. Kita hanya perlu untuk mengenali diri sendiri dan teruskan memperbaiki sekiranya ada cacat celanya.
Gaya fesyen ideal?
Lebih kepada plain, dan memiliki banyak ceraian pakaian bernada klasik mungkin?
Must-have item?
Telefon bimbit memandangkan kerja harian tergantung dengannya. Serta jam tangan dan kasut yang versatil untuk disesuaikan dengan pelbagai ceraian.
Apa yang paling dirisaukan?
Keadaan semasa, sudah tentu pandemik dan politik yang tidak punya noktah.
Sesuatu yang sering menimbulkan salah faham mengenai diri anda?
Selalunya berkaitan dengan suara saya. Ada yang kata “eh poyo lah kau ni”, ada pula kata kenapa garang sangat sebab bertutur terlalu kuat. Kebanyakan orang utara termasuk saya; bila bertutur mungkin nadanya agak kuat. Tetapi jauh sekali kasar atau garang. Kalau hampa orang Penang, you get me. Haha.
Jika dapat memutarkan masa, apa yang Harris mahu ubah?
Himpunan lagu-lagu saya yang terdahulu. Barangkali, the first debut sewaktu kecil dahulu. Sebabnya, saat itu saya berpendapat buat lagu ini kena ikut selera pendengar atau rentak semasa. Akan tetapi, sebagai penyanyi sudah tentu anda mahu berkarya bukan? Senang kata, kita mahu mengimbangi kepuasan diri sebagai pengkarya juga dapat menarik minat pendengar tidak kira lapisan umur.
Stigma seorang lelaki yang ingin diubah?
Look at Maluma, men also wear pearls necklaces in his suits and shirts.
Percutian ideal bagi Harris..
Where the Arabian Sea and Indian Ocean meet, Socotra! Unik dengan flora dan fauna, serta etnik yang menghuni kepulauan ini. Juga ingin sekali menetap di Switzerland sekiranya punya peluang untuk keluar dari negara.
Bila bangun pagi…
Akan mengucup dahi isteri dan memanjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana masih bisa diberikan kesempatan sekali lagi untuk terus bernafas di samping isteri dan keluarga tercinta.
Kasih…
I love my parents, my family and my wife. Masa saya adalah untuk mereka dan jarang sekali saya melepak di luar.
Sukses?
Bila dapat membahagiakan pasangan juga bila kedua orang tua kita bangga dengan pencapaian kita.
Di manakah Harris akan berada dalam tempoh lima tahun sekiranya meneruskan haluan hari ini?
Menjadi seorang lelaki atau suami yang budiman. Tambah lagi dianugerahkan ramai cahaya mata.
Are you happy? dan tahap kebahagiaan sekarang?
Yes, of course. Sangat bahagia dan skala pada tahap 11, full throttle!
Apa yang anda cabar diri baru-baru ini?
Untuk menjadi individu yang lebih tenang kerana sebelum ini selalu marah-marah sewaktu memandu. Now, I’m so much better.
Berganjak ke fasa yang lebih matang, apakah lima perkataan yang akan anda gunakan untuk menggambarkan diri?
Man of focus, commitment, multi talented and at the same time he’s happy and playful.
PAUTAN BERKENAAN: GL NOV/DIS 2021: NAZIM OTHMAN, PENCITRAAN DIRI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU
Jenama horologi Switzerland, Franck Muller memperkenalkan jam tangan Franck Muller Long Island Evolution dengan tiga model yang eksklusif di rantau Asia Pasifik.
FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR
Acara pembukaan semula butik flagship Franck Muller terbesar rantau Asia di Pavilion Kuala Lumpur dihadiri oleh barisan selebriti tempatan seperti Awal Ashaari dan Scha Alyahya.
CABAR SEMPADAN GAYA DENGAN JAM TANGAN FRANCK MULLER VANGUARD BEACH BAHARU
Franck Muller memperkenalkan koleksi jam tangan Vanguard Beach terbaharu yang hadir dalam tiga pilihan warna yang bold, lebih berani dan penuh energi untuk lelaki masa kini.
FRANCK MULLER MEMBENTANGKAN TIGA MODEL EKSKLUSIF BUAT PASARAN ASIA TENGGARA
Franck Muller tampil membentangkan himpunan novelti baharunya yang eksklusif buat pasaran Asia Tenggara bersentuhan percikan rona bisa memikat perhatian.
“I’M NOT JUST A PRETTY FACE!” – ALI REZA
Mulanya kembara menghiasi iklan komersial tv, Ali atau nama sebenarnya Ali Reza Kavoosi, 25, tidak menyangka beroleh peluang menerajui lapangan seni lakonan.
Bual bicara arloji bersama Julien Tornare
Bersempena berlangsungnya Minggu Arloji LVMH buat edisi yang ketiga pada hujung Januari lalu; ayuh ikuti bual bicara arloji eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif Zenith, Julien Tornare saat berdepan cabaran serta impak pasca pandemik.