Skip to content

JANGAN PICIT JERAWAT! CLEAR START POST-BREAKOUT FIX SEDIA MEMBANTU

Kongsikan artikel ini

KULIT BREAKOUT SENTIASA AKAN BERLAKU! PALING KETARA APABILA INGIN KELUAR DATING, PASTI KULIT MULA TIMBUL JERAWAT! DERMALOGICA CLEAR START HADIR DENGAN SOLUSI TERBAIK DALAM MENGATASI MASALAH INI DENGAN CEPAT.

Ada petua mengatakan jangan sesekali picit jerawat walaupun sudah masak, kerana dikhuatiri akan berjangkit ke bahagian lain malah meninggalkan kesan parut pada kulit wajah. Ada benarnya! Picit jerawat memang syok tetapi jika tanpa langkah yang praktikal takut dijangkiti kuman pula. Jenama penjagaan kulit terkenal, Dermalogica menerusi rangkaian Clear Start hadir dengan solusi terbaik untuk anda yang tidak tahan picit jerawat! Post-Breakout Fix adalah rawatan mudah berbentuk krim gel yang dapat mengurangkan iritasi dan hiperpigmentasi pada kulit wajah dengan serta-merta.

Jangan main-main, jika anda picit jerawat sendiri tanpa teknik betul. Kulit akan meninggalkan kesan lebih banyak trauma malah proses sembuh pula makan masa ada yang berminggu-minggu atau mungkin berbulan-bulan bergantung pada jenis kulit. Oleh itu, jika anda ingin mengeluarkan jerawat dengan cepat dan selamat, segeralah menggunakan Clear Start Post-Breakout Fix. Bukan sahaja, memulihkan kulit yang terjejas malah membantu memudarkan bintik hitam yang ditinggalkan sama ada baru atau lama. Boleh digunakan di mana-mana dan selamat.

Bahan yang terkandung dalam Post-Breakout Fix ini adalah seperti ekstrak Carob Seed dan Squalane yang membantu mengembalikan struktur kulit wajah. Hexylresorcinol pula memudarkan kesan bintik degil dan mengurangi keradangan kulit wajah akibat hiperpigmentasi. Asid Salicylic pula akan mengimbangi warna kulit selepas breakout melalui proses pengelupasan.

Artikel berkaitan ATASI MASALAH JERAWAT DI BADAN

Cara pemakaian mudah, boleh digunakan pada waktu pagi dan malam, sapukan sedikit terus pada tempat yang menjengkelkan. Ikuti dengan pelembap yang menenangkan. Ulang sehingga bintik pudar.

By Julia Azman
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PRODUK PELINDUNG MATAHARI

7 HARI 7 PRODUK PELINDUNG CAHAYA MATAHARI PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

TIGA PRODUK INI SOLUSI TERBAIK RAWAT MASALAH MATA LETIH

Bacaan Lanjut

CLEAR START BERSIHKAN KULIT WAJAH

Bacaan Lanjut