Skip to content

ATASI MASALAH JERAWAT DI BADAN

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Masalah kulit jerawat terutama di badan cukup merimaskan! Hingga timbul rasa malu. Dan jika berlarutan akan menyebabkan tekanan emosi berpanjangan.

 

Jerawat tumbuh di badan juga meresahkan! Memanglah boleh ditutup atau terlindung disebalik pakaian kita, namun pasti di antara kita akan berasa malu  dan tidak selesa jika lihat tubuh badan berbintik merah. Seperti yang anda tahu jerawat muncul apabila kelenjar minyak itu berlebihan pada permukaan kulit sehingga menyebabkan liang roma tersumbat dan menimbulkan radang. Ada juga beberapa faktor yang menjadi punca jerawat antaranya hormon, tekanan emosi yang dihadapi sepanjang hari.

 

Cara kehidupan anda seperti kuat merokok juga antara punca kenapa badan mula berjerawat. Tetapi memang lelaki kebiasaannya tidak ada masalah jerawat pada badan, tetapi sudah lumrah jika tidak menjaga dengan betul, boleh membawa kepada masalah yang anda tidak ketahui. Ada juga disebabkan keturunan, jika salah seorang ibu bapa punya masalah ini anda mungkin mewarisinya. Tetapi jangan risau kerana ia boleh dirawati.

1 of 2