SPIRIT ELEGAN CD DIAMOND
KIM JONES MENYEMAK ARKIB DIOR UNTUK MENCARI INSPIRASI DAN MENEMUI LOGO CD DIAMOND (REKAAN MARC BOHAN). MENGINOVASI SEMULA LOGO CD DIAMOND SETERUSNYA DITAMPILKAN PADA HIMPUNAN CD DIAMOND DEDIKASI MUSIM PANAS 2022. PESONANYA MEMIKAT, BERPADU NADA GAYA YANG MODEN LALU MENGUNGKAPKAN IDEA AKSESORI YANG DINAMIK.
Satu koleksi yang mengungkapkan ‘statement’. Sempena musim ini, Dior mengambil motif yang direka oleh Marc Bohan untuk Dior pada tahun 1974. Direka penuh inspirasi yang dilakukan di bengkel Dior di Itali. Proses bermula dengan lakaran menggunakan tangan, huruf “CD: kemudiannya dipersembahkan dalam corak menyeluruh-mengikut teknik saringan sutera di atas kain kapas.

Menaruhkan tiga warna sebagai alternatif gaya yakni kelabu, hitam dan ‘coffee’- toile dipotong untuk menghiasi pelbagai aksesori kulit Dior, seperti beg Saddle yang menjadi kegemaran para lelaki, beg galas Dior Hit the Road dan beg bimbit Dior Lock.
Logo berlian asimetri turut ditampilkan sebagai corak jacquard pada helaian baju kait, serta cetakan pada sniker dan rangkaian pakaian sedia pakaian yang lain
Koleksi yang menyatukan nafas elegan dan sporty. Menyemati semangat mewah Dior, koleksi baharu ini nyata menonjolkan ketukangan dan kecemerlangan rumah fesyen Dior. Menyedia opsyen gaya street wear buat lelaki generasi masa kini.


Tags
Artikel Yang Berkaitan
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.

















