5 TIP MUDAH PENJAGAAN ZAKAR UNTUK KEKAL SIHAT DAN KUAT!
Penjagaan zakar perlu diberikan perhatian dari segi kesihatan dan kebersihan untuk memastikan ia mampu untuk ‘beraksi’ pada tahap yang terbaik.
Tidak boleh dinafikan, zakar merupakan organ yang paling berharga dan penting buat kaum lelaki. Sama seperti organ-organ utama lain, zakar perlu diberikan perhatian dari segi kesihatan dan kebersihan untuk memastikan ia dapat ‘beraksi’ pada tahap yang terbaik. Kesihatan organ seksual ini juga dapat memberikan kesan kepada kesejahteraan fizikal dan mental seseorang.
Bertuah buat lelaki, penjagaan alat kemaluan ini cukup mudah dan holistik kerana selalunya ia berhubung kait dengan kesihatan lelaki secara keseluruhan. Ikuti 5 tip penjagaan mudah ini untuk zakar agar kekal sihat dan kuat.
Berikut 5 tips mudah penjagaan zakar untuk kekal sihat dan kuat:
1. Cuba Senaman Lantai Pelvis
Senaman lantai pelvis selalunya sinonim dengan kaum wanita, tetapi senaman ini juga bermanfaat buat lelaki untuk meningkatkan kebolehan dan mengekalkan ereksi. Anda boleh mencuba senaman Kegel asas iaitu dengan mengemut otot yang digunakan ketika membuang air kecil. Lakukan selama lima saat dan rehat, ulang sebanyak 10 kali, dua hingga tiga kali sehari.
Baca lebih lanjut: 10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JULAI 2022
2. Amalkan Diet Yang Seimbang
Pemakanan yang kesimbang dapat membantu mengurangkan risiko untuk anda mendapat penyakit diabetes dan jantung. Kedua-dua ini merupakan punca untuk kepada atau masalah ereksi dan disfungsi seksual. Selain memastikan hidrasi dengan meminum dua liter air sehari, sayuran dan buah-buhan seperti bayam, avokado dan sayuran pedas dapat meningkatkan tahap testosteron dan kesuburan.
Baca lebih lanjut: NEO-FOODISM DI FLOCK, W KUALA LUMPUR
3. Kekal Aktif Dan Bersenam
Kesihatan ereksi bergantung sepenuhnya kepada aliran darah, dan cara utama untuk meningkatkan aliran darah dalam badan dan sistem kardiovaskular adalah dengan bersenam. Lelaki tidak perlu melalukan aktiviti senaman yang ekstrim, hanya perlu bersenam ringan sebanyak tiga kali seminggu seperti berjalan dapat meningkatkan kesihatan zakar nanti. Senaman juga dapat mengurangkan tekanan yang akan memberikan kesan ketika ‘beraksi’ nanti.
Baca lebih lanjut: TARON EGERTON BAKAL MENGGANTIKAN HUGH JACKMAN SEBAGAI WOLVERINE?
4. Jaga Kebersihan Zakar
Untuk memastikan kebersihaan alat kemaluan anda, lelaki perlu mencucinya setiap hari. Anda digalakkan untuk menggunakan air suam dan cuba elakkan daripada menggunakan air panas ketika mandi. Juga, pemilihan sabun yang ringan dan tidak mempunyai haruman disarankan kerana kulit zakar yang sensitif mudah untuk mendapat iritasi.
Baca lebih lanjut: HUAWEI P50 & WATCH GT 3 PRO: MENDEFINISI ESTETIKA TEKNOLOGI MASA HADAPAN
5. Beri Perhatian Kepada Kesihatan Mental
Kesihatan mental dan kesihatan seksual sangat berkait rapat antara satu sama lain. Isu kesihatan mental seperti tekanan akan memberikan impak yang negatif kepada beberapa masalah seksual seperti ereksi. Tidur yang berkualiti juga memainkan peranan penting, selain mengamalkan gaya hidup yang lebih tenang dan relaks sepanjang hari.
Foto: pexels.com & unsplash.com
Baca lebih lanjut: 5 SOALAN BERSAMA BINTANG ‘MONEY HEIST: KOREA – JOINT ECONOMIC AREA’, PARK HAE-SOO
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 TIP UNTUK PASTIKAN PENAMPILAN RAMBUT ANDA SENTIASA BERGAYA
Sama seperti wanita, rambut mahkota buat kaum Adam. Terutama di kalangan lelaki metroseksual yang mementingkan penggayaan dan penjagaan rambut.
5 PETANDA TUBUH ANDA TERLEBIH KANDUNGAN GULA
Kehidupan tanpa gula? Ya, sukar untuk dibayangkan. Jadi sebanyak manakah pengambilan sepatutnya dalam sehari?
5 PANTANG LARANG PENJAGAAN RAMBUT LELAKI
Rambut bukan sekadar pelengkap penampilan tetapi juga mencerminkan status, gaya hidup dan keperibadian seorang lelaki. Justeru penjagaannya tidak boleh diabaikan.
AMBIL TAHU! 10 PETANDA HORMON TESTOSTERON ANDA DI PARAS BAHAYA
Tahap testosteron rendah atau dikenali sebagai hipogonadisme boleh mencetuskan kesan negatif pada kesihatan dan kesejahteraan lelaki.
MENGAPA LELAKI BERBULU DADA DIANGGAP LEBIH SEKSI?
Dalam dunia yang serba dinamik ini, persepsi tentang daya tarikan fizikal sentiasa berubah. Namun salah satu ciri yang tetap mendapat perhatian adalah bulu dada lelaki.
JANGAN SAMPAI ANDA ALAMI MATI PUCUK PADA USIA MUDA!
Sesetengah lelaki di Malaysia mengamalkan gaya hidup tidak sihat yang bukan saja membawa kepada obesiti, tetapi lebih teruk lagi iaitu mati pucuk.