DEFINISI BAHARU LELAKI WARDROBE
Wardrobe mempersembahkan “Acme Society”, episod akhir dari siri koleksi trilogi bersempena dengan Mercedes-Benz Fashion Week Kuala Lumpur 2022.
Label busana lelaki premium tempatan, Wardrobe mementaskan “Acme Society”, episod akhir dari siri koleksi triologi bersempena dengan Mercedes-Benz Fashion Week 2022. Koleksi ini menampilkan pertembungan di antara kualiti pembuatan dan jahitan dengan gaya jalanan yang segar dalam melahirkan koleksi yang penuh sofistaked.
“Acme Society” menampilkan 30 persalinan yang telah dikurasikan khas yang menyaksikan setiap satu daripadanya membawa mesej bagaimana ia melalui satu transformasi ke fasa yang lebih matang, bukan sahaja dari perspektif gaya tetapi juga pemikiran. DNA label diketengahkan yang lahir dari generasi artisan yang mahir di dalam pembuatan busana lelaki, serta hadir di dalam jiwa yang moden dan kehendak generasi ini yang semakin sofistikated di dalam pemilihan.
“Koleksi ini memperkukuhkan lagi keunikan Wardrobe dan ianya direka cipta agar dapat diubah untuk menepati citarasa serta gaya individual bukan sahaja para klien kami tetapi juga setiap audiens di luar sana yang mementingkan penampilan diri. Ini adalah ‘benchmark’ baru bagi Wardrobe di mana kami mengubah parameter dan limitasi kepada satu peringkat permulaan penciptaan gaya unik seseorang.” Kate Ketua Pegawai Eksekutif Wardrobe, Fang Heng.
“Sebagaimana nama ‘Acme Society’ itu sendiri, koleksi ini ditujukan khas buat semua ahli masyarakat yang prolifik dan peka dengan situasi semasa. Dapat juga dilihat bahawa terdapat kekaburan pada garisan yang menjadi penanda aras di antara gaya mewah dan gaya jalanan yang lebih kasual. Tetapi apa yang masih diutamakan adalah teknik di dalam pembuatan, penggunaan warna dan kepelbagaian siluet justeru menjadikan koleksi ini amat versatil,” tambah Fang Heng.
Dibahagikan kepada tiga segmen, koleksi ini menampilkan rona tanah, seleksi skala kelabu, corak fesyen yang pelbagai, daripada kotak ‘glen’ sehinggalah ‘plaid’ dan jaluran, pemilihan ‘outerwear’ yang ranggi dan ringan bersesuaian dengan cuaca tropika namun boleh dijadikan ‘staple’ oleh sang pengembara. Ia diakhiri dengan sentuhan fesyen yang ‘vibrant’ dan berani dengan rona gelap seperti merah hati, ‘burgundy’ dan hitam.
Foto: Wardrobe (AllIsAmazing)
Baca lebih lanjut: 10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OGOS 2022
Tags
Artikel Yang Berkaitan
#GLPANDUUJI MERCEDES-BENZ GLC 300 4MATIC
Mercedes-Benz Malaysia melancarkan edisi terbaharu SUV premium GLC 300 4Matic yang akan memberikan peluncuran pemanduan yang kontemporari dan sporty.
6 MASALAH GAYA YANG SERING DIHADAPI LELAKI MENURUT PAKAR FESYEN
Butang baju kemeja ditempat yang salah adalah satu masalah gaya yang sering dilakukan oleh lelaki. GLAM Lelaki menyediakan 6 kesalahan yang perlu diketahui oleh lelaki ketika ingin bergaya.
#GL15TAHUN GLORIOUS TEA CONNOISSEUR, BRYAN LOO
Alfa dan Cemerlang, 15 tahun GLAM Lelaki membawakan GLORIOUS TEA CONNOISSEUR, BRYAN LOO.
ACME SOCIETY, EPILOG SIRI TRILOGI WARDROBE
Label tempatan, Wardrobe bakal mempersembahkan koleksi “Acme Society” yang mengenegahkan puncak kematangan dalam mengabadikan elemen fesyen terkini dalam kehidupan harian lelaki masa kini.
Dior Men dalam Komik X-Men
Pengaruh Kim Jones dalam dunia fesyen lelaki kini semakin terasa. Merentasi karpet merah, halaman majalah hingga diabadikan dalam medium yang amat di luar jangkaan - komik X-Men.
ILHAM JAHITAN EKSKLUSIF DARI CUFFZ
CUFFZ, jenama pakaian lelaki yang kini mengorak langkah dalam penghasilan pakaian bermutu dengan jahitan eksklusif yang diilhamkan di kota London.