Skip to content

NEW BALANCE DEBUT SILUET 1906R TERBAHARU DI MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Bersempena dengan festival sniker terbesar Malaysia, SneakerLah, New Balance melancarkan seleksi kasut terbaharu seperti 2002R, 1906R dan juga pakaian inspirasi sukan 90-an.

Festival sniker terbesar Malaysia, SneakerLah telah berlangsung pada 3 hingga 4 September di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC). Label gaya hidup popular, New Balance telah mengembirakan peminat mereka dengan melancarkan seleksi kasut dan pakaian terbaharu seperti 9060, 1906R, 2002R dan 574+, selain pakaian dan kasut ikonik lain.

Di festival SneakerLah, New Balance memperkenalkan kolaborasi terbaharu mereka bersama thisisneverthat. Ia merupakan sebahagian daripafa koleksi kapsul untuk Musim Luruh/Sejuk 2022 yang menampilkan rangkaian kasut dan pakaian sukan terkini. New Balance juga melancarkan variasi sniker termasuklah model 2002R, 1906R dan pakaian yang diinspirasikan daripada larian pagi 90-an.

New Balance turut membuat debut siluet 1960R terbaharu di Malaysia. Imaginasi dan interpretasi rekaan kasut tech 1906R yang membiaskan estetika kasut lari millennial era 2000. Model 1906R terbaharu ini bagaikan throwback kepada desain original, yang mana menggabungkan teknologi moden untuk gaya utilitarian setiap hari. Debut pertama ini hadir dalam saiz uniseks dalam pilihan waran asal 1906 (M1906RA) dan juga warna inspirasi asal 2002 (M1906RB).

New Balance 2002R

Pengunjung SneakerLah juga berpeluang menyaksikan secara dekat sniker 2002R terbaharu yang membiaskan gaya kasut larian popular sekitar 2000 yang dipadankan bersama materal kulit untuk memberikan estetika moden retro. Ia turut disediakan dengan terkenologi Stability Web dan N-ergy untuk memberikan sokongan dan keselesaan terbaik.

Peminat New Balance yang membuat pembelian ketika SneakerLah berpeluang untuk membawa pulang hadiah eksklusif seperti buku Sneaker Freaker x New Balance 574 yang merupakan hasil kolaborasi bersama Sneaker Freaker. Buka hardcover setebal 160 muka surat itu merupakan item koleksi peminat, dalam meraiakn model 574 klasik dan 574 Core.

 

Foto: New Balance Malaysia

Baca lebih lanjut: PAMUNGKAS CIPTA ‘KENANGAN MANIS’ BERSAMA PEMINAT MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ONITSUKA TIGER PERKENALKAN “ROTEMIT™” — SILUET BAHARU BERINSPIRASIKAN KASUT BOLA TAMPAR ERA 1980-AN

ONITSUKA TIGER PERKENALKAN “ROTEMIT™”, SILUET BAHARU BERINSPIRASIKAN KASUT BOLA TAMPAR ERA 80’AN

Bacaan Lanjut
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA: SILUET IKONIK MEXICO 66™ DAN BAJU T EDISI TERHAD

ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA

Bacaan Lanjut
LANGKAH BRGAYA 2026: KOLEKSI KASUT LELAKI PALING 'HOT' MUSIM INI

LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI

Bacaan Lanjut
ANN POW, DUTA NEW BALANCE MALAYSIA JADI WANITA MALAYSIA PERTAMA TAMATKAN ULTRAMAN AUSTRALIA 2026

ANN POW, DUTA NEW BALANCE MALAYSIA JADI WANITA MALAYSIA PERTAMA TAMATKAN ULTRAMAN AUSTRALIA 2026

Bacaan Lanjut

NEW BALANCE ABZORB 1890: REKA BENTUK BARU LEBIH FUTURISTIK 

Bacaan Lanjut

NEW BALANCE RUN HUB KLCC DIBUKA BUAT KOMUNITI PELARI

Bacaan Lanjut