KING CHARLES III, RAJA BAHARU UNITED KINGDOM
Kemangkatan Queen Elizabeth II menandakan permulaan era pemerintahan King Charles III selaku ketua negara kepada United Kingdom serta negara-negara Komanwel di seluruh dunia.
United Kingdom serta seluruh dunia dikejutkan dengan berita kemangkatan Queen Elizabeth II di Istana Balmoral, Scotland. Ketua negara Britain yang telah mencipta sejarah selaku raja yang paling lama memerintah selepas menduduki takhta selama 70 tahun itu berusia 96 tahun. Anakandanya, Putera Charles kini bergelar King Charles III bermula hari ini.
Sebelum bergelar King Charles III, Prince of Wales perlu membuat keputusan pertama sebagai seorang raja baharu dengan memilih nama rasmi. Baginda boleh memilih salah satu daripada empat namanya iaitu Charles Philip Arthur George. Seperti spekulasi sebelum ini, baginda kekal memilih nama Charles apabila menaiki takhta Britain.
Camilla, Duchess of Cornwall yang merupakan isteri kepada King Charles III pula akan menggunakan gelaran Queen Consort. Terma Consort digunakan untuk gelaran permaisuri kepada semua isteri raja United Kingdom. Ia bertujuan untuk membezakan gelaran Queen yang digunakan untuk Ratu yang memerintah. Sehingga Ratu Elizabeth II, United Kingdom mempunyai lapan raja wanita atau Queen termasuklah Queen Elizabeth I, Queen Victoria dan Queen Anne.
Dengan kemahkotaan King Charles III, anak pertamanya, Prince William tidak akan mendapatkan gelaran bapanya, Prince of Wales secara automatik. Gelaran rasmi kepada putera mahkota ini harus dianugerahkan oleh raja sendiri. Walau bagaimanapun, Prince William selaku pewaris takhta akan mewarisi gelaran milik bapanya iaitu Duke of Cornwall. Puetra Willian dan isterinya, Kate akan digelar Duke dan Duchess of Cornwall and Cambridge.
King Charles III akan dinobatkan secara rasmi pada hari Sabtu di St James’s Palace di kota London. Majlis akan diadakan dihadapan Accession Council yang dianggotai oleh Privy Council, Lord Mayor of London, pagawai kerajaan dan Pesuruhanjaya Tinggi Komanwel.
Upacara kemahkotaan berkemungkinan besar akan diadakan pada tahun hadapan di Westminster Abbey. Queen Elizabeth II yang menaiki takhta selepas kemangkatan bapanya pada Februari 1952, telah dimahkotakan pada Jun 1953.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: APPLE PERKENAL 4 VARIASI IPHONE 14, APPLE WATCH ULTRA & AIRPODS PRO BAHARU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI PUTERA MAHKOTA JORDAN, AL-HUSSEIN BIN ABDULLAH
Putera Mahkota Jordan, Al-Hussein Bin Abdullah II bakal menamatkan zaman bujang bersama tunangnya, Rajwa Al Saif pada bulan Jun tahun ini.
PERMAISURI CAMILLA LANGGAR TRADISI DIRAJA BERUSIA 600 TAHUN
Tiga bulan selepas Raja Charles III menaiki takhta, Permaisuri Camilla mengetepikan tradisi Diraja yang sebelum ini dijunjung oleh ibu mentuanya, Ratu Elizabeth II.
10 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG RAJA CHARLES III
Bakat terpendam, zaman kanak-kanak penuh duka, perbualan intim dengan Camilla, dan beberapa lagi fakta mengejutkan tentang Raja Charles III.
KEK PERKAHWINAN RAJA CHARLES III & PUTERI DIANA BERUSIA 41 TAHUN DILELONG
Sebanyak 23 potongan kek perkahwinan Raja Charles III dan Puteri Diana berada di luar sana dan disimpan sebagai koleksi oleh peminat Diraja.
5 KERABAT DIRAJA TERKAYA PADA 2022
Kerabat Diraja Britain sering mempamerkan koleksi barang kemas mewah mereka kepada umum, namun ini bukan bermakna mereka terkaya di dunia.
ALASAN MENGAPA PUTERA WILLIAM ENGGAN MEMAAFKAN PUTERA HARRY
Kemangkatan Ratu Elizabeth II seharusnya membuka lembaran baharu buat Putera William dan Putera Harry, malangnya ia tidak berlaku.