AIR MATA DAVID BECKHAM TUMPAH DI WESTMINSTER HALL
Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 8 September lalu, keranda mendiang ditempatkan di Westminster Hall untuk rakyat jelata memberi penghormatan terakhir sebelum disemadikan.
Jumaat lalu kelibat David Beckham dirakam beratur menuju ke Westminster Hall bersama ribuan yang lain untuk memberi ucapan selamat tinggal yang terakhir kalinya kepada mendiang.
Dia hadir berseorangan tanpa kehadiran ahli keluarganya termasuk isteri, Victoria Beckham dan enggan menggunakan laluan khas yang ditawarkan kepada golongan VIP.
Tampil segak menyarung sut rasmi rona gelap bersama topi newsboy dan payung, bekas kapten bola sepak England itu dilaporkan beratur selama lebih 13 jam bermula dari pukul 2.00 pagi.

Foto: AFP

Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 PEMAIN BOLA SEPAK YANG DINANTIKAN INI BAKAL BERMAIN DI FIFA WORLD CUP 2026
Di dalam demam bola sepak bersama FIFA World Cup 2026, ada pemain-pemain yang dijangka menjadi perhatian sepanjang perlawanan ini.
FIFA WORLD CUP 2026 KEMBALI, KETAHUI PEMENANG-PEMENANG TAHUN SEBELUM INI
Kurang dari sebulan, dunia bakal digegarkan dengan kehadiran terbesar dalam dunia bola sepak, FIFA World Cup 2026 yang dianjurkan di 3 negara.
KETAHUI FAKTA 3 ANAK LELAKI DAVID & VICTORIA BECKHAM
Selami fakta menarik dan sisi jarang didedahkan tentang tiga putera anak kepada pasangan sensasi, David & Victoria Beckham.
MENCARI SUT BAHARU? PERGI KE BOSS, SACOOR BROTHERS, MASSIMO DUTTI DAN BANYAK LAGI
Sut adalah refleksi keyakinan dan kematangan gaya lelaki. Terokai jenama sut antarabangsa yang menjadi rujukan utama dunia fesyen lelaki moden
MANCHESTER UNITED 2025: ERA BAHARU RED DEVILS
Buat para penyokong setia Old Trafford, Manchester United musim baharu membawa gelombang harapan tetapi 2025 terasa berbeza yakni lebih membara.
MANCHESTER UNITED KEMBALI KE KUALA LUMPUR
Manchester United bakal kembali ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan bersama pasukan ASEAN All Stars pada bulan Mei ini.











