Skip to content

VICEROY BALI, SYURGA PERCUTIAN ALAM SEMULAJADI DI UBUD, BALI

Kongsikan artikel ini

Berlokasi di antara lereng bukit dan Sungai Petanu, Viceroy Bali merupakan destinasi penginapan luar biasa yang dikelilingi keindahan alam semulajadi di Ubud, Bali.

Kepulauan Bali, Indonesia kaya dengan keindahan pantai serta kehijauan alam semulajadi yang mempersona. Sentiasa menjadi pilihan pelancong dari seluruh pelusuk dunia, Bali membariskan pelbagai jenis penginapan sama ada hotel, resort mahupun vila yang tersendiri. Berlokasi di antara lereng bukit dan Sungai Petanu, Viceroy Bali merupakan destinasi penginapan luar biasa yang dikelilingi keindahan alam semulajadi di Ubud, Bali.

Ketika mengunjungi Bali sekitar Ogos lalu, saya bersama rakan berpeluang untuk menginap di Viceroy Bali yang menjadi impian saya sejak pertama kali melihat hotel butik 5-bintang ini di sosial media. Lokasinya pula cukup ideal, hanya 5 minit dari kota Ubud yang menjadi pusat kesenian budaya atau desa adat penuh tradisi buat masyarakat kepulauan Bali.

Setibanya di ruang lobi hotel, kami disambut mesra dengan kalungan bunga serta welcome drink yang menyegarkan. Bersebelahan lobi itu terletaklah kolam renang dan restoran yang berada di lereng bukit yang menghijau.

Ruang Penginapan Viceroy Bali

Viceroy Bali mempunyau 28 ruang penginapan yang berbeza iaitu Junior Suite, Pool Suite, Terrace Villa, Deluxe Terrace Villa, Vice Regal Villa, Elephant Villa serta Viceroy Villa. Kecuali Junior Suite, kesemua penginapan ini mempunyai kolam renang persendirian dengan kawalan suhu tersendiri.

Deluxe Terrace Villa

Melangkah masuk ke ruang penginapan Deluxe Terrace Villa, saya terpukau dengan saiznya yang sangat luas. Selain katil bersaiz king dan kamar mandi yang mempunyai tab mandi, saya tertarik dengan pemilihan seni dekorasi kontemporari Bali yang menghiasi setiap sudut vila.

Tetapi, tarikan utama di sini sudah tentu terletak di bahagian luar vila yang mempunyai kolam renang persendirian dan ruang berehat atau balé berlatarkan landskap lereng bukit tropikal dan bunyi aliran sungai yang cukup mengagumkan.

Apéritif Restaurant & Bar

Dalam meraikan seni kulinari Bali, Viceroy Bali memberikan pilihan kepada pengunjung untuk menikmati sensasi cita rasa yang unik dan tersendiri. Cascades Bali Restaurant merupakan restoran sepanjang hari yang lebih relaks dengan seleksi menu tempatan dan Barat.

Manakala, Apéritif Restaurant & Bar pula menyajikan menu fine dining yang lebih sofistikated dan bar inspirasi era 1920-an, yang diketuai oleh Chef Nic Vanderbeeken dari Belgium.

Viceroy Bali menjanjikan pengalaman penginapan yang luar biasa, bersulamkan servis yang terbaik dalam menitik beratkan layanan yang personal kepada setiap pengunjung. Dapatkan lebih maklumat di sini.

 

Foto: Small Luxury Hotels of The World

Baca lebih lanjut: 10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG SEPTEMBER 2022

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

sheraton pj

CITA RASA AUTENTIK JEPUN DI MIYABI, SHERATON PETALING JAYA HOTEL

Bacaan Lanjut
Managala Resort

‘HEALING’ BERSAMA HERO ANDA DI MANGALA ESTATE BOUTIQUE RESORT

Bacaan Lanjut
Tanah Gajah Ubud Bali

TANAH GAJAH, A RESORT BY HADIPRANA: DESTINASI PERCUTIAN ALAM SEMULA JADI DI UBUD, BALI

Bacaan Lanjut
percutian new Zealand

10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE HOTEL & CONVENTION CENTRE KUALA LUMPUR DIBUKA SEMULA

Bacaan Lanjut