Skip to content

CNCRD, PLATFORM DIGITAL TEMPATAN PERTAMA BUAT PENCINTA SNIKER

Kongsikan artikel ini

CNCRD melancarkan platform digital tempatan pertama untuk pencinta kasut sniker, selain ruang pameran yang terletak di The Five, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

Berita baik buat peminat kasut sniker! Syarikat teknologi e-dagang Malaysia, CNCRD telah melancarkan sebuah platform digital disruptif tempatan pertama yang eksklusif buat pencinta kasut sniker. Selain platform atas talian, CNCRD turut melancarkan ruang pameran yang terletak di The Five, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

CNCRD bukan sahaja dapat memudahkan serta memberikan pelbagai faedah kepada budaya jualan semula yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna, terutamanya peminat kasut sniker. Platform ini juga direka khusus sebagai pusat sehenti untuk penjual dan pembeli kasut sniker dalam pasaran terpakai, yang dapat mengurangkan risiko penipuan produk replika atau pembelian yang salah.

“Kami mengambil kira pelbagai perubahan terkini yang mengambil tempat dalam budaya jualan semula – baik dalam arena tempatan mahupun antarabangsa. Tawaran yang baik untuk sepasang kasut hari ini boleh jadi sesuatu yang kurang memuaskan pada esok hari. Di sinilah terletaknya peranan CNCRD dalam menawarkan pengalaman jual beli e-dagang terbaik buat para pengguna kami. Untuk melonjakkan perniagaan kami ke tahap yang seterusnya, kami  juga menawarkan pengalaman luar talian buat para pengguna kami dan telah melancarkan ruang pameran di The Five, Damansara Heights,” kata pengasas CNCRD, Ryan Ng yang baharu berusia 22 tahun.

Menyedari hakikat bahawa dia mampu mengembangkan aktiviti ini untuk menjadi sebuah perniagaan, Ryan telah menjalinkan usahasama dengan sahabat baiknya, Bryan Ong. Dengan tujuan untuk mencipta sebuah ekosistem yang telus dan menawarkan pengalaman serba baharu buat para pengguna, CNCRD akhirnya ditubuhkan pada akhir 2021 untuk merapatkan jurang antara para penjual dan pembeli sniker.

Peminat sniker boleh layari laman web mereka, atau kunjungi ruang pameran di lokasi A-2-03, The Five@KPD, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

 

Foto: CNCRD

Baca lebih lanjut: TAN SRI MICHELLE YEOH DAN PETE DAVIDSON BAKAL BERSATU?

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ECCO

ECCO PERKENAL KOLEKSI BIOM IMFINITE BAHARU: GABUNGAN GAYA & PRESTASI

Bacaan Lanjut
PUMA SPEEDCAT KEMBALI DENGAN 2 WARNA BARU

PUMA SPEEDCAT KEMBALI DENGAN 2 WARNA BARU

Bacaan Lanjut
SANDALS

10 SANDAL LELAKI YANG MENGGABUNGKAN KESELESAAN, GAYA DAN FUNGSI UNTUK 2024

Bacaan Lanjut
Skechers KLFW 2024

TRENDY, FUNKY DAN SELESA, SKECHERS PERKENAL KOLEKSI TERBARU

Bacaan Lanjut

5 SNEAKER TRENDY PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

ONITSUKA TIGER RAI ULANG TAHUN KE-75 BERSAMA ASTRO BOY

Bacaan Lanjut