TAN SRI MICHELLE YEOH DAN PETE DAVIDSON BAKAL BERSATU?
Ikon perfileman negara dan Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh dan Pete Davidson akan menyertai barisan pelakon filem terbaharu daripada siri francais popular, Transformers.
Tan Sri Michelle Yeoh akan menjadi robot mahkluk asing? Ikon perfileman negara juga Hollywood itu bakal bersatu bersama pelakon komedi terkenal, Pete Davidson dalam menyertai barisan pelakon filem terbaharu daripada siri francais popular, Transformers.

(Photo by Jeremy Chan/Getty Images)
Kedua-dua Tan Sri Michelle Yeoh dan Pete Davidson telah disahkan akan berlakon dalam filem “Transformers: Rise of the Beasts.” Menurut pengarah filem tersebut, Steven Caple Jr. melalui perkongsian video di laman media sosial Instagram, mereka akan meminjamkan suara kepada karakter robot mahkluk asing terbaharu.
Filem yang turut bakal dibintangi oleh Anthony Ramos dan Dominique Fishback itu akan menyaksikan pelakon legenda Malaysia yang terkenal melalui filem seperti “Crazy Rich Asians”, “Crouching Tiger, Hidden Dragon” dan juga “Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings” akan memegang watak bernama Airazor. Manakala, Pete Davidson yang merupakan bekas kekasih Kim Kardashians itu akan meminjamkan suaranya kepada watak Mirage.

(Photo by Roy Rochlin/WireImage)
Filem “Transformers: Rise of the Beasts” akan memperkenalkan robot makhluk asing , Maximals dan juga Terrorcons sebagai kumpulan karakter baharu. Kedua-dua ini akan berlawan dengan Autobots dan juga Decepticons. Airozor adalah ahli Maximals dan Mirage pula adalah ahli Autobots.
Peminat Transformers pasti pernah menyaksikan Mirage yang telah membuat kemunculan dalam filem “Transformers: Dark of the Moon” pada 2011 sebelum ini. Watak tersebut telah dibawakan oleh pelakon, Francesco Quinn yang telah meninggal dunia pada 2011.
“Transformers: Rise of the Beasts” akan menemui peminat di pawagam pada Jun 2023.
Tan Sri Michelle Yeoh kini giat mempromosikan filem terbaharu lakonannya, “Everything Everywhere All at Once” yang menerima reaksi positif daripada peminat dan pengkritik filem antarabangsa. Filem ini boleh disaksikan melalui laman penstriman, HBO GO.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: 10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2022
Tags
Artikel Yang Berkaitan
OSCAR 2023: EVERYTHING EVERYWHERE ALL AT ONCE MENDOMINASI DENGAN 11 PENCALONAN
Ketahui siapakah barisan calon yang bertanding dan bakal membawa pulang trofi kemenangan Oscar pada tahun ini.
MICHELLE YEOH CIPTA SEJARAH, PELAKON MALAYSIA PERTAMA TERCALON DI ANUGERAH OSCAR
Legenda perfileman negara, Tan Sri Michelle Yeoh menerima pencalonan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar 2023.
10 GAYA TERBAIK DI CRITICS’ CHOICE AWARDS 2023
Selepas Golden Globes, karpet merah majlis anugerah terus dimeriahkan dengan acara Critic’s Choice Awards ke-28 yang berlangsung semalam.
MICHELLE YEOH BERI REAKSI TIDAK DIDUGA DI PENTAS GOLDEN GLOBES
Tan Sri Michelle Yeoh memberi respons mengejutkan kepada penganjur Golden Globes 2023 ketika diminta memendekkan ucapan kemenangannya.
10 IKON ASIA YANG MEMBERI IMPAK BESAR TERHADAP DUNIA PADA 2022
Tahun 2022 merupakan tahun mencabar buat kebanyakan orang, namun bukan untuk barisan ikon terkenal ini.
TAN SRI MICHELLE YEOH TERCALON, TOM CRUISE DIKETEPIKAN ANUGERAH GOLDEN GLOBES 2023
Anugerah Golden Globes 2023 bakal membuat kemunculan semula dengan menyaksikan Tan Sri Michelle Yeoh menepati ramalan menerima nominasi Pelakon Filem Wanita Terbaik - Komedi/Muzikal.