Skip to content

LIHAT BINTANG ASIA MENYAMBUT TAHUN BARU LUNAR BERSAMA PRADA

CAI XUKUN, BINTANG ASIA SAMBUT TAHUN BARU LUNAR BERSAMA PRADA

Kongsikan artikel ini

DEKATI DERETAN PRODUK TERKINI PRADA YANG HADIR DALAM BALUTAN DESAIN PENUH SPIRIT MENYAMBUT TAHUN BARU ARNAB. BINTANG TERKEMUKA ASIA TERPILIH MENGHIASI KEMPEN DEDIKASI TAHUN BARU LUNAR 2023.

Menurut kalender Lunar, 2023 adalah tahun arnab-haiwan yang bersifat lembut, elegan dan tenang. Prada merayakan tahun dengan kempen berkonsep “Memories of Beauty”, yang menangkap kenangan dan perkongsian detik-detik gembira yang berkaitan dengan Tahun Baru Lunar. 

Kempen istimewa ini dibintangi penyanyi terkenal Cai Xukun, yang mana pernah menjadi wajah untuk kempen Prada 520 dan Tahun Baru Lunar 2021. Pelakon, Chunxia, yang dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Filem Hong Kong melalui lakonannya dalam filem “Port of Call”, pelakon, Bai Yugan dan model, Du Juan. 

Cai Xukun

Jurugambar generasi baharu, Nick Yang yang terkenal dengan karya puitisnya telah berjaya merakamkan sifat sensual dan keberadaan realiti. Dan imejnya menggambarkan penghias kempen bersama objek yang pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan lalu mereka. Konsep tersebut mendasari pengisahan kempen yang unik, langsung membangkitkan kenangan bermakna yang berkaitan dengan Tahun Baru Lunar. Menjentik perasaan dan emosinya. 

Maka terhasillah satu siri naratif visual yang indah dan intim, mengimbangi masa lalu, masa kini dan masa depan. 

prada lunar

Chunxia

Untuk menandakan pelancaran projek itu, Prada mempersembahkan koleksi eksklusif lelaki dan wanita, seperti ‘ready to wear’, beg, kasut dan aksesori terhangat. Fokus utama dari koleksi ini ialah tas tangan wanita, Prada Moon yang baru, olahan baharu model ikonik 2000-an dengan gaya yang harmoni dan berani. 

Untuk koleksi lelaki pula, terdapat helaian baldu, jaket, sepatu kulit, beg empat segi dengan hiasan logo Prada serta sniker kulit yang stylish. 

Koleksi tahun baru Lunar 2023 Prada akan mula terjual pada Januari 2023.

Artikel berkaitan: KEMBARA STYLISH DENGAN “LOGO MOSCHINO”

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

Bacaan Lanjut
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut
KIT WOO KLFW 2026: EKSPLORASI FALSAFAH "NOTHING IS FINISHED"

KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”

Bacaan Lanjut

5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA

Bacaan Lanjut
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

Bacaan Lanjut