KOLABORASI LEVI’S DAN STUSSY TAMPIL DENGAN GAYA LEBIH KLASIK!
Levi’s dan Stussy adalah kolaborasi yang paling ditunggu semua peminat denim. Ia menerapkan ciri khas Stussy ke dalam koleksi denim Levi’s bagi menghasilkan gaya yang lebih klasik.
Levi’s dan Stüssy telah melancarkan koleksi kolaborasi terbaru mereka untuk musim bunga/panas 2023. Jenama yang digemari ramai ini telah berkongsi platform yang sama di California. Stüssy yang diciptakan dari pemandangan meluncur terkenal, California Selatan pada akhir 80-an dan awal 90-an, manakala Levi’s pula ditubuhkan di San Francisco sejak 170 tahun lalu.
Tahun ini adalah ulang tahun ke-150 Levi’s 501® Jeans, salah satu ikon global yang paling konsisten dalam setiap produknya. Kolaborasi antara Stüssy & Levi’s ini menampilkan sepasang seluar Jeans 501® dan jaket denim. Dua siluet Levi’s® yang klasik itu diimaginasikan semula dengan estetik dan identiti daripada Stüssy. Kolaborasi ini mengunakan logo yang menggabungkan dua jenama ini didalam bentuk bulat.
Jaket Denim Klasik Levi’s Dan Stussy
Jaket denim klasik Levi’s ini diubah suai dengan siluet kotak, jatuhan lengan yang santai, dan kolar korduroi. Lapisan dalaman jaket ini dicetak dengan logo bola 8 Stüssy. Bahagian belakang jaket ini pula mempunyai motif timbul yang menggabungkan grafik butang Levi’s klasik dengan Stüssy. Logo yang berada di belakang jaket ini juga ditampilkan pada butang.
Reka bentuk Double S yang bercantum ini menghasilkan tekstur visual & sentuhan yang berani dari kedua belah jenama.
Jean 501® didatangkan dalam warna basuhan indigo yang lasak dan usang. Seluar denim yang fit dengan potongan kaki lurus serta penggayaan 5 poket dan butang khas yang dibuat untuk dua jenama terkemuka ini.
Seluar ini juga menampilkan motif Stüssy & Levi’s yang timbul di bahagian depan kaki kiri dan belakang kaki kanan, serta tampalan belakang jenama Levis.
Koleksi yang melibatkan jenama yang berasal dari California ini, tidak kira ianya aksesori mahupun pakaian akan sentiasa menjadi barang yang terhad. Koleksi ini tersedia untuk pembelian di Levi.com, Aplikasi Levi’s®, Kedai Levi’s® yang terpilih, Stussy.com dan kedai Stüssy yang terpilih.
Artikel berkenaan : LEVI’S® MENGINOVASI DENIM 501® DEDIKASI MUSIM PERCUTIAN 2022
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GAYA LELAKI MODEN DENGAN LINEN DI CUACA PANAS
Lelaki moden kini lebih gemar memadankan kemeja linen untuk keselesaan sepanjang hari dan tampil kemas dan tidak terlalu formal.
FESYEN MUSIM PANAS LELAKI MODEN DAN MINIMALIS KINI
Fesyen musim panas lelaki menumpukan perhatian kepada perkara paling asas iaitu dari segi pemilihan fabrik dan siluet longgar. Kemuncak industri fesyen adalah apabila tiba musim bunga dan musim panas, di mana para pereka fesyen menumpukan sepenuh perhatian mereka terhadap koleksi terbaru yang bakal dipersembahkan atas pentas runway. Koleksi fesyen musim panas lelaki kali ini menumpukan…
PERSONALITI FESYEN LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI
Personaliti fesyen dalam kalangan lelaki semakin meningkat terumatanya dengan peningkatan penggemar fesyen dalam kalangan lelaki muda kini.
KOLABORASI HANGAT & BEREVOLUSI MUSIM INI, LEVI’S® DAN NIKE. MULA TERJUAL 10 JULAI INI!
Levi's® dan Nike, bekerjasama melancarkan koleksi yang paling dinanti-nantikan. Musim ini, kedua-dua jenama menggabungkan warisan denim yang kaya daripada Levi's® bersama rekaan ikonik Air Max 95 Nike.
STAIL LELAKI MUSIM PANAS YANG WAJIB DIIKUTI
Stail lelaki musim panas yang wajib dicuba tahun ini! Pilih fabrik ringan, warna ceria dan potongan kemas untuk penampilan segar dan bergaya.
LEVI’S® MENYATUKAN MUZIK DAN FESYEN SEMPENA KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2025
Road to FAM yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada Mei lepas berlangsung meriah! Kami berpeluang mendekati koleksi asas Levi’s® musim bunga/panas 2025, sambil menonton persembahan memukau rapper ZAMAERA. Levi’s® dan 88rising, sebuah kolektif muzik global, telah melancarkan Road to FAM, iaitu satu siri muzik yang akan menjelajah Singapura, Jakarta, Manila dan Kuala Lumpur sepanjang…