THE WEEKND DINOBAT ARTIS TERSOHOR DI DUNIA DENGAN DUA REKOD GUINNESS BAHARU
The Weeknd atau nama sebenarnya Abel Makkonen Tesfaye melakar sejarah peribadi apabila diiktiraf sebagai artis paling popular di dunia oleh Guinness World Records. Popularitinya dilaporkan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana artis lain.
Penyanyi kelahiran Kanada itu berjaya mencipta dua rekod baru. Sehingga 20 Mac dia memperoleh sebanyak 111.4 juta pendengar bulanan, rekod paling tinggi di Spotify. Dia juga menjadi artis pertama mencapai 100 juta pendengar bulanan dalam platform penstriman muzik digital popular itu.

Foto: Getty Images
Organisasi itu turut mendedahkan bahawa pesaing terdekat The Weeknd adalah Miley Cyrus dengan 82.4 juta pendengar bulanan. Ia diikuti oleh penyanyi terkenal Shakira (81.6 juta), Ariana Grande (80.6 juta), Taylor Swift (80.2 juta) dan Rihanna (78.5 juta). Pesaing lelaki terdekat adalah Ed Sheeran dengan 77.5 juta pendengar bulanan.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
NEW PERSON, SAME OLD MISTAKES: KONTROVERSI KONSERT THE WEEKND DAN FENOMENA KECAMAN MELAMPAU TERHADAP ARTIS ANTARABANGSA
Kecaman yang diterima oleh The Weeknd baru-baru ini hanyalah membuktikan lagi barah regresi Malaysia dalam dunia hiburan.
PERSONALITI YANG HADIR KE KONSERT AFTER HOURS TIL DAWN KL!
Lihatkan sorotan personaliti yang turut hadir ke konsert After Hours Til Dawn KL sebagai starboy dan stargirl!
10 LAGU MELAYU DALAM CARTA TERTINGGI SPOTIFY
Lagu melayu yang berada di dalam carta tertinggi Spotify membuktikan kuasa hebat artis Malaysia di dalam industri muzik negara ini.
10 LAGU JUDIKA PALING BANYAK DI STRIM DI SPOTIFY
Dengan suara serak dan lunak, Judika telah mencuri hati jutaan pendengar di seluruh Nusantara dan juga di peringkat antarabangsa.
5 PELAKON & PENYANYI KANADA TERKAYA DI HOLLYWOOD
Walaupun kebanyakan selebriti terkenal Hollywood berasal dari Amerika Syarikat, anda pasti tahu Kanada merupakan pengeksport terbesar penghibur berbakat besar.
10 SELEBRITI TERSOHOR YANG MERANGKUL REKOD DUNIA
Bukan mudah mencipta nama di peringkat global apatah lagi dalam rekod dunia yang berprestij seperti Guinness.











