BERKONGSI MESEJ MENYENTUH HATI, PEMINAT TITIP DOA BUAT FARID KAMIL
Bahtera perkahwinan mana yang tidak dilanda badai – begitu situasi yang sedang dialami pasangan selebriti terkenal, Farid Kamil dan Diana Danielle.
Hampir sebulan tidak bertemu anak-anak, Farid Kamil meluahkan kerinduan terhadap dua cahaya matanya, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, menerusi satu perkongsian meruntun jiwa di Instagram.
Bintang Anwar, The Untold Story itu memuat naik sebuah video pendek yang memaparkan momen indahnya bersama anak-anak ketika menunaikan ibadah umrah baru-baru ini. Ia termasuk sekeping foto Diana Danielle yang sedang tersenyum bahagia. Bersama-sama perkongsian itu, dia menitip mesej ringkas nan pilu. “Rindunya pada mereka Ya Allah. Sampaikan pada mereka Ya Allah kerana aku tidak mampu.”

Foto: Gempak
Selang beberapa jam, pelakon berusia 42 tahun itu berkongsi sebuah video di hadapan Kaabah berserta luahan hati, “Alhamdulillah, Semuanya akan baik-baik sahaja. Insya-Allah. Ingatlah! Sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya janji Allah itu pasti, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.
5 FILEM IKONIK LAKONAN DIANA DANIELLE
Kenali 5 filem ikonik Diana Danielle. Saksikan evolusinya sebagai primadona paling berpengaruh dalam industri perfileman.
MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’
Tinggalkan minimalisme. Terokai trend Maksimalisme 2026 bersama Hael Husaini, Hun Haqeem, dan Syed Syafiq. Berhenti bermain selamat sekarang!











