12 ‘MUST HAVE’ DARIPADA KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS ONITSUKA TIGER 2023
Jenama ikonik Jepun, Onitsuka Tiger mempersembahkan koleksi bertemakan minimalisme Jepun dengan 12 item ‘must have’ bulan ini pilihan GLAM Lelaki.
Sejak diasaskan pada 1949, jenama ikonik dari Jepun ini mencipta fesyen yang berinspirasikan sukan dalam desain yang selesa, inovatif serta penuh warisan. Dan untuk musim bunga/panas 2023, Onitsuka Tiger mempersembahkan sebuah himpunan kontemporari yang bertemakan minimalisme Jepun. GLAM Lelaki turut membariskan 12 item ‘must have’ pilihan bulan ini.

“Made in Japan” kekal menjadi tagline yang sinonim dengan jenama asal Jepun ini. Di bawah Pengarah Kreatif Onitsuka Tiger, Andre Pompilio, koleksi musim bunga/panas 2023 ini menggabungkan bentuk inovatif bersama warisan jenama dalam mengekspresikan kemuncak keindahan menerusi estetika subtratik yang mengenepikan sesuatu yang tidak perlu.
“Dalam usaha untuk menarik perhatian terhadap setiap perincian dalam koleksi ini, setiap bentuk dan minimalisme artistiknya, dan menyerlahkan kontras dengan siluet yang elegan, penampilan peragawan dan peragawati sengaja dijauhkan daripada pandangan penuh dan latar belakangnya dibiarkan ringkas,” jelas Andre Pompilio.

Koleksi pakaian dan aksesori Onitsuka Tiger ini telah dipentaskan di Minggu Fesyen Milan pada September 2022. Tema ini diteruskan dengan kempen visual yang mensublimasikan minimalisme dengan mengetengahkan pelbagai elemen seperti siluet dan ruang, langit dan warna serta latar belakang geometri dan sfera.
Kasut dan aksesori turut meninggalkan impak tersendiri. Kasut ikonik SERRANOTM mempunyai motif grafik bercetak seperti cakaran harimau dan diperbaharui sebagai model TIRRACKTM. Selipar kulit inspirasi selipar setta dihasilkan di Jepun, sementara model SCLAWTM dan SCLAWTM MT menampilkan perincian pada padanan tinggi dan rendah. Ini menjadikan kasut baharu musim ini, lincah namun berprestasi tinggi. Juga terdapat topi besbol dan koleksi beg yang luar biasa.

Berikut adalah 12 item ‘must have’ daripada koleksi Onitsuka pilihan GLAM Lelaki:
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ONITSUKA TIGER PERKENALKAN “ROTEMIT™”, SILUET BAHARU BERINSPIRASIKAN KASUT BOLA TAMPAR ERA 80’AN
Onitsuka Tiger hadir dengan model terbaharu yang diinspirasikan oleh bola tampar era 1980-an, ROTEMIT™ dengan rona-rona unik.
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA
Onitsuka Tiger melancarkan koleksi eksklusif Malaysia menampilkan siluet ikonik MEXICO 66™ dan baju T edisi terhad.
5 KASUT MESTI ADA BULAN DISEMBER INI
Bulan Disember merupakan bulan terbaik untuk membeli-belah kasut baharu sebagai persediaan gaya buat tahun hadapan.
WANGIAN PERTAMA DARI ONITSUKA TIGER: WEARING QUIET RADIANCE
Onitsuka Tiger telah mempersembahkan wangian pertama mereka, menampilkan empat wangi yang unik dan istimewa buat penggemar wangian.
ONITSUKA TIGER BUKA SS25 BERSAMA MOMO TWICE
Onitsuka Tiger terus mempersembahkan koleksi Yellow yang menggabungkan fesyen dengan sukan, bersama MOMO dari TWICE.
ALVN: 5 ACARA FESYEN BESAR PERNAH DIHADIRI
Impak ALVN di dalam dunia fesyen semestinya tidak mampu dinafikan lebih-lebih lagi apabila wajahnya sering kelihatan di acara fesyen dunia.











