ECCO RAI ULANG TAHUN KE-60 BERSAMA TAY TAWAN DI BANGKOK
GLAM Lelaki terbang ke Bangkok untuk meraikan ulang tahun ke-60 ECCO dengan pelancaran koleksi Musim Bunga/Panas 2023 bersama bintang Thai, Tay Tawan.
Berlokasi di Pearl Bangkok, ECCO telah meraikan ulang tahun ke-60 dengan cukup meriah dengan kehadiran bintang Thai, Tay Tawan. Juga barisan selebriti dan influencer media sosial dari rantau Asia Tenggara. GLAM Lelaki terbang ke kota Bangkok untuk menyertai sambutan istimewa ini yang turut menyaksikan pelancaran koleksi Musim Bunga/Panas 2023 terbaharu.
Bersempena dengan ulang tahun ini, ECCO Thailand memperkenalkan aktor popular Thai, Tay-Tawan Vihokratana sebagai “Friend of ECCO Thailand” yang terbaharu. Tay merupakan peminat ECCO sejak bertahun-tahun dan perlantikannya cukup sesuai menjadikan sebahagian daripada keluarga ECCO sendiri.
Selain Tay Tawan, ECCO turut menjemput barisan selebriti dan influencer media sosial dari Malaysia, Singapura dan juga Thailand. Penyanyi berbakat tempatan, Vanessa Reynauld hadir bersama deligasi media MalaysiaSA untuk menghadiri acara istimewa ini. Antara selebriti dan pempengaruh media sosial lain termasuklah Foeifoeii, Poocao Bunroda, Khimjurarat, dan Weartwork Style. Serta Michelle WongYi Lin, Oats x Somwhere dan ramai lagi.
Inisiatif kelestarian alam sekitar yang dijuarai ECCO juga diperkenalkan kali ini dengan kempen “From Waste to Art”. Tiga artis dari rantau Asia Tenggara termasuklah Pamela Tan (Malaysia), Chee Sau Fen (Singapura) dan Kanjit Narttriphob (Thailand) telah menghasilkan karya seni dengan menggunakan material terbuang yang diambil dari kilang ECCO di Ayutthaya, Thailand.
Acara ulang tahun ke-60 ini diakhiri dengan persembahan daripada penyanyi Thai, Sarah Salola yang terkenal dengan suaranya yang merdu dan bergaya.
Klik sebelah untuk melihat lebih banyak gambar-gambar Tay Tawan dan selebriti. yang menghadiri ulang tahun ECCO di Bangkok, Thailand:
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ERA BAHARU RAY-BAN BERSAMA JEFF SATUR
Jeff Satur baharu sahaja diumumkan Ray-Ban sebagai wajah kempen baharu. Menampilkan gaya terkini menginspirasikan ekspresi diri yang asli, berani dan yakin.
SIAPAKAH SELEBRITI LELAKI THAILAND DENGAN FOLLOWERS TERTINGGI DI INSTAGRAM?
Antara BamBam, Bright, ataupun Win Metawin, siapakah selebriti lelaki Thailand yang mempunyai jumlah followers yang paling tinggi di Instagram?
5 SNEAKER TRENDY PILIHAN GLAM LELAKI
New year, new sneaker! Buat sneakerhead di luar sana, pasti anda tidak akan terlepas dari mengikut peredaran masa untuk trend sneaker baharu.
STOR NEW BALANCE ERA BAHARU KINI DIBUKA DI THE EXCHANGE TRX
Era baharu New Balance kini bermula di The Exchange TRX dengan pembukaan stor yang fokus kepada komuniti dan stail, bukan produk.
5 TREND SNEAKER LELAKI PALING POPULAR 2023
Adidas Samba adalah antara trend sneaker yang paling hangat dikalangan lelaki tahun ini. Oleh itu, GLAM Lelaki menyenaraikan 5 kasut sniker yang paling popular sepanjang tahun 2023.
5 TIP BERGAYA DENGAN KASUT KULIT LELAKI
Kasut Oxford adalah salah satu pilihan kasut kulit untuk lelaki. GLAM Lelaki menyenaraikan 5 jenis kasut kulit yang boleh digayakan lelaki untuk pelbagai acara.