FESYEN INFLUENCER YANG ANDA HARUS FOLLOW DI INSTAGRAM
Fesyen influencer di Instagram kian mengubah perspektif tentang gaya dan cara menggayakan helaian untuk tampak lebih unik dan fun. Ayuh cedok inspirasi padanan helaian mereka di sini!
Kadang kala kita ketandusan idea untuk mix and match penampilan setiap hari. Sudah pasti kita enggan memakai helaian sama sahaja lantas kita mula merujuk kepada fesyen influencer di laman media sosial.
Ini kerana mereka seringkali memuatnaik penampilan yang penuh inspirasi dan aspirasi untuk membantu anda memikirkan pakaian seterusnya yang hendak dipakai. Gaya setiap fesyen influencer ini mempunyai personaliti tersendiri, ada yang lebih menunjukkan penampilan bold dan daring, ada pula lebih senang bermain dengan tekstur dan warna.
FESYEN INFLUENCER YANG ANDA HARUS FOLLOW DI INSTAGRAM
Itulah sebabnya GLAM Lelaki mengumpulkan senarai fesyen influencer kegemaran kami yang menonjol dengan gaya, kreativiti dan keperibadian mereka yang menarik.
1. MANU RIOS
Username: @manurios
Manuel ‘Manu’ Ríos Fernández ialah seorang pelakon, penyanyi dan model Sepanyol yang terkenal dengan peranannya sebagai Patrick dalam siri Netflix Elite. Dia telah bekerja dalam industri hiburan sejak berusia sembilan tahun. Manu Rios juga ialah salah seorang pengaruh gaya fesyen paling popular dari Sepanyol.
Tahap keanggunan Manu Rios sememangnya elegance dan menjadi salah satu contoh fesyen influencer paling sensual.
2. DANIEL SIMMONS
Username: @imdanielsimmons
Sesiapa yang gemar akan penampilan kasual yang effortless, everyday look, maka ia mestilah harus merujuk Daniel Simmons. Salah seorang fesyen influencer yang sangat underrated. Palet warna pilihan Daniel Simmons dengan earthy tone yang ringkas adalah yang membuatkan dia begitu menarik.
Penampilan Daniel Simmons yang sangat subtle untuk penampilan harian, regular look dan juga boleh dijadikan inspirasi untuk casual outing.
3. LUKA SABBAT
Username: @lukasabbat
Seorang lagi fesyen influencer yang sangat berpengaruh, Luka Sabbat telah mengumpul 4.1 juta pengikut di Instagram. Luka Sabbat telah ditemui oleh seorang model scout di New York ketika dia hanya berumur 15 tahun. Sejak itu telah mengambil lebih banyak peranan termasuk stylist, pengarah kreatif, pengarah reka bentuk dan pelakon.
Luka juga suka bereksperimen dan dia dipengaruhi oleh gaya streetwear dan high fashion style. Untuk para penggemar streetwear style pasti akan tertarik dengan fesyen yang digayakan oleh Luka Sabbat. Luka Sabbat sering menggayakan warna dan silhoutte yang terang.
4. DEON HINTON
Username: @okdeon
Pencinta fesyen Deon Hinton berkongsi dengan 272k pengikutnya di Instagram penampilan, inspirasi dan produk kegemarannya bersama caption positif dan puitis. Pada usia hanya 22 tahun, fesyen influencer ini telah bekerja dengan beberapa jenama fesyen paling terkenal termasuk Gucci, Louboutin, Urban Outfitters dan Puma.
Aesthetic Deon Hinton adalah masculine dan feminine silhouette. Deon Hinton juga menggunakan fesyen sebagai bentuk ekspresi dirinya yang sebenar.
5. NOAH BECK
Username: @noahbeck
Noah Beck adalah bintang TikTok berusia 22 tahun telah memberi perhatian kepada dunia fesyen. Dia mempunyai cita rasa yang mahal. Dia mempunyai aesthetic tersendiri dan pandai dalam menggayakan pakaian.
Beck ialah asal dari Arizona yang kini tinggal di Los Angeles dan sebagai tambahan kepada kerjaya media sosialnya yang semakin berkembang, dia juga seorang pemain bola sepak yang setia dan peminat fesyen yang semakin meningkat.
6. NIC KAUFMANN
Username: @nic.kaufmann
Nic Kaufmann telah mengalami peningkatan yang membara melalui barisan pengaruh media sosial, kini menetap sebagai salah satu content creator yang paling disukai dengan penuh minat. Semakin lama Nic mendalami dunia fesyen, semakin dia embrace dirinya dan gaya yang membuatkan dia berasa paling selesa.
7. IKHSAN FANDI
Ikhsan Fandi secara genetiknya mempunyai penampilan hebat daripada ibunya Afrika model Selatan. Dia juga ialah seorang fesyen influencer di Singapura. Bagi untuk lelaki, mereka perlu mahir dalam menggayakan penampilan yang menarik untuk sebarang keadaan. Daripada pakaiannya, ia menunjukkan penampilannya yang lebih kasual.
8. NAM JOO-HYUK
Username: @skawngur
Nam Joo-hyuk, lebih dikenali di Instagram dengan @skawngur, juga merupakan model Korea Selatan, pelakon dan kegemaran label mewah Perancis Dior Men. Walaupun dia kini terkenal dengan muka depan editorial, penyebaran fesyen dan gayanya sendiri, Nam pada asalnya bercita-cita untuk menjadi pemain bola keranjang. Ikuti dia untuk mendapatkan inspirasi fesyen.
9. SUNGHOON JANG
Username: @jsunghoon
Dianggap sebagai salah seorang fesyen influencer lelaki asal Korea yang terkenal dengan ketampanannya yang luar biasa. Digelar “Tutor Kacak” dia masih mengekalkan aesthetic tahun 90-an. Dia juga seorang model.
10. JEFRI NICHOL
Username: @jefrinichol
Jefri Nichol adalah seorang pelakon yang berasal dari Indonesia. Dia juga merupakan seorang model. Jefri juga memberikan inspirasi gaya model-off-duty yang sempurna melalui Instagram beliau.
Kami harap dengan senarai di atas, anda dapat melihat dan mengenali stail peribadi fesyen influencer ini dan seterusnya mereka mungkin dapat mencetuskan inspirasi dan dapat menggalakkan anda untuk keluar dari zon selesa.
Artikel berkaitan: 5 Tip Fesyen ‘Simple But Nice’ Untuk Lelaki
Tags
Artikel Yang Berkaitan
COACH PLAY: DESTINASI TRENDI TERBARU DI KUALA LUMPUR YANG WAJIB KUNJUNGI
Destinasi Eksperiensial Unik Coach Play APW bukan sekadar butik; ia adalah kedai konsep eksperiensial yang merangkumi seni kraftangan dan inovasi jenama Coach. Terinspirasi oleh semangat New York dan elemen gaya hidup moden Kuala Lumpur, Coach Play APW menghidangkan pengalaman visual dan interaktif yang meraikan warisan dan ekspresi seni—menjadikannya tempat yang wajib dikunjungi bagi pencinta fesyen…
GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS
Bersedia untuk mendominasi hari-hari bekerja anda dengan koleksi Ultimate Office Essentials dari Sacoor Brothers.
RIMOWA SERIKAN KOLEKSI DISTINCT & ORIGINAL TWIST SENTUHAN WARNA OLIVE
Temui koleksi RIMOWA Distinct & Original Twist dalam warna Olive. Rekaan mewah ini menyuntik gaya eksklusif untuk setiap pengembaraan anda!
ECCO PERKENAL KOLEKSI BIOM IMFINITE BAHARU: GABUNGAN GAYA & PRESTASI
ECCO memperkenalkan koleksi kasut inovatif, mengutamakan keselesaan dan kelenturan dengan pilihan tekstil atau kulit.
5 JENAMA LOKAL INI AKAN UBAH GAYA MINIMALIS ANDA – PILIHAN GLAM LELAKI
Serlahkan gaya maskulin anda dengan lima jenama lokal pilihan GLAM Lelaki, menawarkan rekaan hebat untuk lelaki moden.
GAYA BERPASANGAN TERBAIK DI ACADEMY MUSEUM GALA 2024
Walaupun Academy Museum Gala baru setahun jagung dalam kalendar filem dan fesyen, ia sentiasa menyajikan momen karpet merah hangat dan mencuri perhatian. Tahun itu tidak terkecuali.