Top 5 Aktiviti Menarik Brocation SonaOne di Hong Kong
Oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin
Percutian sewaktu holiday season pasti menyeronokkan, jika dapat relaks dan bersantai bersama geng anda sambil menikmati pemandangan indah dan melakukan pelbagai aktiviti menghiburkan sebelum kembali bekerja.
Hong Kong, antara pulau seindah syurga menawarkan kepelbagaian pengalaman escapade yang pastinya mudah diakses, menjadi destinasi pilihan dikunjungi SonaOne, rapper terkenal tanah air bersama sahabat-sahabatnya dalam rancangan realiti tv terbaru Kix HD, iaitu The Ultimate BROcation.
Rancangan ini mendedahkan top 5 aktiviti menyeronokkan yang dilakukan SonaOne bersama-sama brosnya ketika ‘brocation’ di Hong Kong. Let’s check it out!
- Tenangkan fikiran dan jiwa dengan urutan kaki.
Salah satu penawar untuk menenangkan fikiran adalah dengan urutan kaki. Bukan saja ia dapat membantu anda melegakan stres yang anda hadapi seharian, spa dan urutan yang menenangkan turut menyokong aktiviti penyembuhan, meningkatkan tenaga serta kesihatan secara keseluruhan.
- Hayati pemandangan indah Hong Kong dengan menaiki trem.
Bandaraya di koridor utara Hong Kong ternyata cukup indah dan anda boleh terokainya dengan menaiki trem. Trem dua tingkat yang bersejarah ini sudah pun bergerak melalui kesibukan kota Hong Kong sejak tahun 1904 dan terus menjadi pilihan utama rakyat di sini untuk ke mana-mana dengan mudah pada harga yang berpatutan.
- Menangkap wefie berlatarbelakangkan seni jalanan yang sofistikated.
Hong Kong merupakan ‘port’ kepelbagaian seni, kelas dan gaya. Anda tidak akan pernah tahu bila anda akan terpesona dengan apa yang bakal anda lihat di setiap sudut. Maka, ambil peluang ini dengan menangkap seberapa banyak memori BROcation berlatarkan hasil seni jalanan sepanjang bandar ini, terutama sekali di Sham Shui Po, Sheung Wan dan Pasar Stanley di mana festival tahunan seni jalanan, HKWalls berlangsung.
- Nikmati makanan yang lazat dan semestinya menyelerakan
Tiada yang lebih memuaskan dari keinginan mengisi perut dengan bermacam hidangan yang sedap-sedap belaka. Hong Kong adalah bandar metropolis terkenal dengan tumpuan pelbagai budaya, maka cukup kena dengan variasi makanan ditawarkan. Dari makanan dijual penjaja ke restoran anugerah bintang Michelin, pulau ini ternyata menawarkan pencinta makanan lebih dari apa yang boleh anda jangkakan. Yang menariknya, terdapat terdapat pilihan makanan halal tempatan khususnya untuk umat Islam. Pastikan anda pergi ke Islamic Centre Canteen di Wan Chai bagi merasai dim sum yang sedap dan semestinya halal.
- Tenangkan fikiran dari hiruk-pikuk bandar dengan merantau ke daerah Selatan
Inginkan tempat yang sejuk serta mendamaikan. Di dearah Selatan Hong Kong yang indah, terletak laluan gunung yang curam, taman negara dan pantai yang cukup mengujakan. Anda pasti akan merasai ketenangan. Ambil masa dan jauhi kesibukan bandar raya dengan melawati tasik takungan Tai Tum Tuk atau pantai Turtle Cove yang terpencil sambil menghabiskan masa bersantai melihat matahari terbenam bersama bros anda.
Rakyat Malaysia yang masih mencari inspirasi untuk percutian BROcation atau idea bercuti pada hujung tahun ini, anda boleh menonton siri ini di saluran Kix HD (Astro Saluran 729). Penonton juga berpeluang untuk memenangi pakej percutian eksklusif ke Hong Kong! Untuk maklumat lanjut, layari ultimatebrocation.kix-tv.com
Tags
Artikel Yang Berkaitan
‘HEALING’ BERSAMA HERO ANDA DI MANGALA ESTATE BOUTIQUE RESORT
Bersempena Hari Bapa 2024, Mangala Estate Boutique Resort di Kuantan, Pahang mahu menghargai pengorbanan hero dalam hidup anda dengan pengalaman Mangala Spa yang menenangkan.
TANAH GAJAH, A RESORT BY HADIPRANA: DESTINASI PERCUTIAN ALAM SEMULA JADI DI UBUD, BALI
Tanah Gajah, a Resort by Hadiprana merupakan sebuah destinasi percutian yang menjanjikan ketenangan, privasi dan keindahan alam semula jadi Ubud, Bali yang tiada tandingan.
10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND
Mahu pengalaman kembara yang luar biasa ke New Zealand? Nikmati percutian musim luruh dengan festival kebudayaan dan destinasi yang mesra-Muslim yang mengagumkan.
LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH
Semasa matahari terbenam di ufuk pada hari terakhir tahun 2023, Lexis Hibiscus Port Dickson berubah menjadi syurga kaleidoskopik bagi lebih daripada 2,000 para tetamu yang meraikan perayaan Malam Tahun Baru yang paling dinantikan tahun ini.
DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE MENAWARKAN PERCUTIAN ‘THE MALAYSIAN EXPERIENCE’ BAHARU
Hotel peranginan tepi tasik, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside memperkenalkan 14 kategori bilik baharu, DoubleTree Studio Residency dan pengalaman percutian bertema Malaysia.
TEROKAI PERCUTIAN ‘JIM THOMPSON MYSTERY WEEKEND’ DI CAMERON HIGHLANDS RESORT
Buat yang menyukai kisah misteri, Cameron Highlands Resort akan mengadakan pengalaman percutian Jim Thompson Mystery Weekend yang luar biasa pada 28 hingga 30 Julai 2023.