5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI KEKASIH LUNA MAYA, MAXIME BOUTTIER
Maxime Bouttier yang mula dikenali selepas membintangi filem “Ticket to Paradise” kini sedang hangat bercinta dengan aktres popular Indonesia, Luna Maya.
Nama Maxime Bouttier mungkin tidak sebesar seperti pelakon Indonesia lain. Pelakon, pemuzik dan model berusia 30 tahun itu mula dikenali selepas membintangi filem “Ticket to Paradise” yang menampilkan dua legenda Hollywood iaitu George Clooney dan Julia Roberts. Kini, namanya rancak diperkatakan selepas sering dilihat bersama aktres popular Indonesia, Luna Maya.
Berikut adalah 5 perkara yang anda mungkin tidak tahun mengenai Maxime Bouttier:
1. Bintang Taurus
Maxime Andre Selam Bouttier atau popular dengan nama pentas Maxime Bouttier dilahirkan pada 22 April 1993 di Poitiers, Perancis. Pelakon berbintang Taurus itu adalah kacukan Indonesia-Perancis.
Ibu Maxime, Siti Purwanti berkahwin dengan bapanya, Patrice Bouttier yang merupakan seorang chef yang sudah mempunyai pengalaman 30 tahun dalam bidang kulinari di Indoensia. Mereka mempunyai dua orang anak termasuklah Elodie Bouttier.
2. Ketinggian Maxime Bouttier
Maxime mempunyai ketinggian 1.83 meter atau 6 kaki. Berbekalkan wajah kacak dan ketinggiannya, dia memulakan karier dalam bidang peragaan di Bali, Indonesia.
Pada tahun 2010, dia memulakan langkah ke dunia lakonan dengan membintangi siri drama, “Arti Sahabat Musim Kedua”. Dia juga membintangi beberapa filem popular seperti “Kuntilanak 2”, “Matt & Mou” dan banyak lagi.
3. Ticket to Paradise
Maxime Bouttier mula dikenali peminat di Indonesia dan antarabangsa selepas membintangi filem “Ticket to Paradise”. Filem romantik komedi itu menampilkan dua nama besar Hollywood dan pemenang Anugerah Oscar iaitu George Clooney dan Julia Roberts.
Maxime memegang watak Gede yang merupakan seorang petani rumpai laut di Bali yang jauh cinta dengan anak George Clooney dan Julia Roberts yang dilakonkan oleh Kaitlyn Dever. Filem yang turut dibintangi oleh pelakon “Emily in Paris”, Lucas Bravo itu telah berjaya mengutip US$172 juta (RM802 juta) di seluruh dunia.
4. Bintang Fesyen Dan Pemuzik
Menurut akaun Instagram-nya, Maxime mempunyai hampir 2 juta pengikut di akaun media sosial tersebut. Dia juga sering kali dilihat menghadiri acara fesyen oleh jenama antarabangsa seperti Louis Vuitton, Dior dan Gucci.
Selain bergelar pelakon dan pengarah, dia juga merupakan seroang oemuzik yang berbakat, Maxime pernah menerima nominasi Anugerah Musik Indonesia untuk kategori Artis Solo Pria/Wanita Rock Terbaik untuk lagu “Make Your Day”.
5. Kekasih Hati Luna Maya
Jarak usia 10 tahun tidak menghalang mereka untuk menjalinkan hubungan percintaan. Maxime kini sedang hangat bercinta dengan aktres popular Indonesia iaitu Luna Maya. Dia sering dilihat berada di sisi pelakon berusia 40 tahun itu. Luna Maya juga mengaku Maxime merupakan lelaki idamannya.
Menurut berita dari seberang, pasangan itu juga dikhabarkan bakal bertunang tidak lama lagi.
Baca lebih lanjut: THE OTHER SIDE OF FATTAH AMIN – GLAM LELAKI SEPTEMBER 2023
Tags
Artikel Yang Berkaitan
4 AKTOR YANG PERNAH DINOBAT SEXIEST MAN ALIVE SEBANYAK DUA KALI
Sejak diperkenalkan, lebih 35 lelaki telah dinamakan sebagai Sexiest Man Alive namun hanya empat pernah dinobat lebih daripada sekali.
6 SELEBRITI & KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MERUPAKAN RAKAN BAIK
Kerabat Diraja Britain mempunyai ramai kenalan dari kalangan selebriti, malah ada juga yang boleh dianggap sebagai rakan karib.
STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA WOLFS
TCL Chinese Theater, Los Angeles menyaksikan kehadiran barisan pelakon dan tetamu untuk tayangan filem terbaru, Wolfs pada 19 September lalu.
5 AKTOR HOLLYWOOD YANG KELIHATAN KACAK BERAMBUT PANJANG
Kebanyakan bintang lelaki Hollywood pernah memiliki rambut panjang sepanjang kerjaya mereka terutama pada tahun 80-an dan 90-an.
7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA
Menjalin hubungan dengan pasangan yang usianya jauh lebih muda atau lebih tua bukanlah satu perkara besar dalam dunia Hollywood.
COACH KINI MEMBUKA THE COACH RESTAURANT PERTAMANYA DI JAKARTA
Label fesyen, Coach kini mengumumkan pembukaan The Coach Restoran dan Coach Coffee Shop di Grand Indonesia Mall, menandakan kemunculan pertama jenama itu dalam industri hospitaliti.