Skip to content

10 MOMEN FESYEN TERBAIK GEORGE CLOONEY & AMAL ALAMUDDIN

10 MOMEN FESYEN TERBAIK GEORGE CLOONEY & AMAL ALAMUDDIN

Kongsikan artikel ini

Penampilan pasangan selebriti terkenal, George Clooney dan Amal Alamuddin di Festival Filem Venice 2023 baru-baru ini mencuri perhatian dunia.

Seperti kebiasaan, George Clooney dan isteri tampil dalam persalinan mewah dan bergaya, sekali gus menarik perhatian lensa kamera yang tidak henti merakam foto mereka.

Pasangan itu hadir ke Venice, Itali bagi menghadiri DVF Awards, majlis anugerah tahunan pereka fesyen Diane von Furstenberg yang memberi penghormatan kepada wanita luar biasa.

Tahun ini, Amal dikurniakan trofi DVF Leadership Award sebagai mengiktiraf usaha keras dan kerjayanya sebagai peguam hak asasi manusia.

Ini 10 gaya berpasangan terbaik George Clooney dan Amal Alamuddin di acara berprestij

 

Met Gala 2015

gaya George Clooney dan Amal Alamuddin

Untuk kemunculan pertama mereka di Met Gala, pasangan Clooney mendedahkan sisi fesyen yang berani. Amal tampil menyerlah dalam gaun malam merah menyala yang direka khas untuknya oleh Margiela dan John Galliano.

Penampilan George juga sama hebatnya. Dia menggayakan jaket hitam dengan potongan labuh di bahagian belakang bersama kemeja putih dan tali leher kupu-kupu sepadan. Gayanya dilengkapkan dengan sapu tangan merah, sedondon warna gaun isterinya.

 

Berlin Film Festival 2016

gaya George Clooney dan Amal Alamuddin

Pasangan ini tampil sedondon dalam persalinan hitam di karpet merah Festival Filem Berlin 2016. George segak dalam tuksedo hitam bersama kemeja dan tali leher sama rona.

Amal pula begitu memukau dalam gaun tanpa lengan sarat labuci dengan lapisan jarang di bahagian skirt yang diperbuat daripada tulle.

 

Cesar Awards 2017

gaya George Clooney dan Amal Alamuddin

Suami isteri ini memiih tema hitam putih kala menghadiri majlis anugerah filem Perancis. George menggayakan tuksedo dan tali leher hitam ke acara itu.

Amal yang sedang hamil berjalan seiringan dalam gaun putih dengan skirt bertingkat diperbuat daripada bulu putih, kelabu dan hitam.

 

Met Gala 2018

gaya George Clooney dan Amal Alamuddin

Penampilan Amal mencuri tumpuan ramai di Met Gala 2018 termasuk suaminya sendiri. Di karpet merah, George dilihat tersenyum lebar dalam tuksedo hitam sambil menarik perhatian kamera untuk merakam foto isterinya.

Peguam berketurunan Lebanon itu menyarung helaian Richard Quinn terdiri daripada bahagian top perak, celana biru kelasi dan skirt flora diperbuat daripada kertas timah.

 

Majlis Perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle 2018

gaya George Clooney dan Amal Alamuddin

Direka oleh Stella McCartney, gaun kuning Amal menampilkan lengan pendek, skirt midi dan tali yang diikat di belakang tubuhnya. Padanan topi sedondon dan sepatu tinggi rona emas tampak begitu sempurna.

George melengkapi penampilan isterinya dengan sut kelabu, kemeja putih dan tali leher kuning pucat.

 

Jamuan Makan Malam Diraja 2019

Pasangan ini tampil elegan kala menghadiri jamuan malam anjuran Raja Charles III di London. George menyarung tuksedo klasik bersama tali leher kupu-kupu manakala Amal pula menggayakan gaun labuh putih bersama mantel asimetri rona sedondon.

 

Albie Awards 2022

Pasangan merpati dua sejoli ini memilih stail berinspirasikan tahun 1920-an ketika menghadiri Albie Awards anjuran Clooney Foundation For Justice.

Persalinan Amal rekaan Atelier Versace menampilkan gaun tanpa lengan dengan perincian manik emas yang disusun secara berlapis dari atas ke bawah. George pula menyarung tuksedo klasik dengan tali leher kupu-kupu dan kasut sepadan.

 

Academy Museum Gala 2022

Selepas tampil dengan tema klasik ke Albie Awards 2022, mereka memilih pula tema moden kala hadir ke Academy Museum Gala pada bulan Oktober.

Gaun Amal yang direka oleh Del Core mencuri banyak perhatian di karpet merah. Ia diperbuat daripada tulle hijau dan coklat dengan potongan berbentuk berlian di bahagian dada.

Penampilannya diserikan dengan klac hijau dan anting-anting berlian. George sebaliknya mengenakan tuksedo ringkas pada malam itu.

 

Acara Kennedy Center Honors 2022

George tampil mengenakan sut klasik dengan kalung rona pelangi selaku penerima anugerah Kennedy Center Honors ke-45.

Isterinya begitu berseri dalam gaun Valentino berperincian kristal yang dipadankan bersama gelang dan anting-anting berlian, klac dan sepatu perak, serta olesan gincu merah pulasan.

 

Venice Film Festival 2023

Amal tampil anggun dalam gaun nude-pink Dior rekaan John Galliano. George pula memilih sut segak hitam yang dipadankan dengan kemeja leher ‘V’ untuk penampilan yang tidak terlalu serius.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: 9 GAYA BERPASANGAN TERBAIK ASAP ROCKY & RIHANNA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

4 AKTOR YANG PERNAH DINOBAT SEXIEST MAN ALIVE SEBANYAK DUA KALI

4 AKTOR YANG PERNAH DINOBAT SEXIEST MAN ALIVE SEBANYAK DUA KALI

Bacaan Lanjut
TINJAU RUMAH AGAM MEWAH BAHARU MILIK DAVID BECKHAM & VICTORIA

TINJAU RUMAH AGAM MEWAH BAHARU MILIK DAVID BECKHAM & VICTORIA

Bacaan Lanjut
GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS

GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS

Bacaan Lanjut
RIMOWA

RIMOWA SERIKAN KOLEKSI DISTINCT & ORIGINAL TWIST SENTUHAN WARNA OLIVE

Bacaan Lanjut
ED WESTWICK BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA

ED WESTWICK BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA

Bacaan Lanjut
KEMUNCULAN TOM HOLLAND & ZENDAYA DALAM PERSALINAN SEDONDON MENCURI PERHATIAN

KEMUNCULAN TOM HOLLAND & ZENDAYA DALAM PERSALINAN SEDONDON MENCURI PERHATIAN

Bacaan Lanjut