Skip to content

JAM TANGAN KOLABORASI NORQAIN BERSAMA ‘THE LION KING’, DEAN SCHNEIDER

Kongsikan artikel ini

Jenama horologi Switzerland, NORQAIN menjalinkan kolaborasi bersama aktivis hidupan liar, Dean Schneider untuk menghasilkan jam tangan Wild ONE Hakuna Mipaka edisi terhad.

Buat kali ketiga, NORQAIN bekerjasama dengan Dean Schneider untuk menghasilkan jam tangan yang eksklusif. Jenama horologi dari Switzerland itu menjalinkan kolaborasi bersama “The Lion King” juga aktivis hidupan liar itu untuk memperkenalkan jam tangan NORQAIN Wild ONE Hakuna Mipaka Limited Edition terbaharu.

Dean Schneider

Jam tangan NORQAIN Wild ONE Hakuna Mipaka ini terhad kepada 300 unit di seluruh dunia. Kerjasama yang istimewa ini meneruskan usaha mereka untuk mengumpulkan dana dan kesedaran untuk Hakuna Mipaka wildlife oasis yang terletak di Afrika Selatan. Sepuluh peritus daripada keuntungan penjualan akan disalurkan kepada misi Dean Schneider.

NORQAIN Wild ONE Hakuna Mipaka Limited Edition

Misi pemuliharaan hidupan liar yang diterajui oleh Dean Schneider ini dibiaskan pada rekaan jam tangan terbaharu ini. NORQAIN Wild ONE Hakuna Mipaka menampilkan palet warna coklat yang diinspirasikan daripada seekor singa bernama King Dexter. Ia turut menampilkan pasir daripada Hakuna Mipaka Oasis yang digunakan pada rubber shock absorber pada jam tangan.

 

Dean Schneider & Hakuna Mipaka Oasis

Kisah Dean Schneider terus memberikan inspirasi kepada semua. Jejaka berusia 30 tahun kelhairan Switzerland itu memulakan karier dalam bidang kewangan. Tetapi dia meninggalkan kerjayanya dan berhijrah ke Afrika Selatan dan memulakan Hakuna Mipaka Oasis, sebuah kawasan perlindungan dan pemuliharaan hidupan liar. Hakuna Mipaka membawa maksud “ni limits” dalam Bahasa Swahili. Usaha yang dilakukan oleh Dean menjadikan dia seorang NORQAINER yang sebenar – his life, his way.

hakuna mipaka oasis

Hakuna Mipaka Oasis adalah sebuah kawasan yang unik dengan keluasan 400 hektar di Afrika Selatan. Ia menempatkan ribuan hidupan liar, termasuklah kuda belang, girafa, harimau bintang dan juga singa yang menjadi tarikan utama. Disebabkan keputusan Dean untuk tidak membenarkan pelancong untuk masuk ke situ, segala misi dan usaha pemuliharaan bergantung sepenuhnya kepada sumbangan derma dan bantuan.

sincere klcc

Bersempena pelancaran jam tangan ini, GLAM Lelaki berpeluang untuk menemu bual Pengasas juga CEO NORQAIN, Ben Küffer dan Dean Schneider. Mereka berdua telah hadir ke butik Sincere Fine Watches di Suria KLCC.

 

Ikuti temu bual GLAM Lelaki bersama Ben Küffer dan “The Lian King” di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

 

Baca lebih lanjut: 10 JAM TANGAN MEWAH & TERBAIK SETAKAT INI

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Franck Muller Malaysia

TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU

Bacaan Lanjut
omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Bacaan Lanjut

FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Bacaan Lanjut
blancpain x swatch

BLANCPAIN X SWATCH: JAM TANGAN BIOCERAMIC SCUBA FIFTY FATHOMS MENEMUI LAUT KEENAM, OCEAN OF STORMS

Bacaan Lanjut

JI CHANG-WOOK MELANCARKAN PEMBUKAAN BUTIK RADO DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

MENGUASAI POLE POSITION BERSAMA JAZEMAN JAAFAR DAN JAM TANGAN BREITLING AVENGER

Bacaan Lanjut