Skip to content

beto kusyairy

“TRUE HEROISM ADALAH MEMBERI TANPA MENGHARAPKAN BALASAN.” – BETO KUSYAIRY #GLALPHAMEN2023

Kongsikan artikel ini

Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Beto Kusyairy sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang terus unggul menyinari bakatnya kepada industri seni lakonan Malaysia. 

Bagi edisi Alphamen 2023, GLAM Lelaki meraikan individu yang memegang posisi terkemuka dan dominan dari pelbagai latar bidang yang berbeza. Dari fesyen kepada sukan, mereka merupakan “Our Heroes”. GLAM Lelaki mempersembahkan Beto Kusyairy sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang terus unggul menyinari bakatnya kepada industri seni lakonan Malaysia. Aktor berusia 43 tahun ini terus mengukuhkan namanya sebagai anak seni yang dihormati dan penuh karisma dengan memenangi trofi Aktor Filem Popular bersempena Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 baharu ini.

“TRUE HEROISM ADALAH MEMBERI TANPA MENGHARAPKAN BALASAN.” – BETO KUSYAIRY

 

Ikuti temu bual ekslusif bersama Beto Kusyairy bersempena dengan GLAM Lelaki Alphamen 2023:

 

Beto Kusyairy

Jam tangan, MONTBLANC. Jaket kulit, SACOOR BROTHERS

1. APAKAH PERKEMBANGAN TERKINI ANDA?

Saya telah menghabiskan penggambaran filem “The Original Gangster” arahan Syamsul Yusof dan kebarangkalian ia akan ditayangkan di pawagam adalah sekitar 2024.

 

2. BAGAIMANA ANDA MENDEFINISIKAN MASKULINITI YANG SIHAT?

Bagi saya, individu itu harus mempunyai nilai keperibadian yang dinamik dan agile dalam diri mereka. “Flexibility is the key” terutamanya pada zaman yang penuh pancaroba. Sentiasa percaya pada diri sendiri dan tidak bergantung pada orang lain. Tidak lupa juga sifat kepimpinan dalam jiwa nurani.

 

3. BAGAIMANA ANDA MENJADI LELAKI YANG MEMPUNYAI NILAI POSITIF?

Dalam kehidupan, fasa jatuh dan bangun adalah normal bagi setiap insan, dan kekal optimis and positif adalah nilai yang saya terapkan dikala cabaran menimpa. Episod-episod kehidupan pahit manis melentur seseorang insan menjadi dirinya yang sekarang. Dan bagi saya nilai berharga yang sewajarnya ada pada kamus kehidupan setiap insan ialah “hormat” dikira rona kulit, jawatan dan jantina kerana itu kita rasa dihormati, amat penting kita menerap sifat menghormati orang lain.

 

4. PADA PENDAPAT ANDA, KUALITI APA YANG SETIAP HERO PERLU ADA?

Bagi saya tiada agenda dan niat lain, nilai kejujuran perlu diterapkan pada sesorang aktor yang berjaya. True heroism adalah memberi tanpa mengharapkan balasan atau menagih kepujian.

 

5. SIAPAKAH HERO DI MATA ANDA DAN MENGAPA ANDA MEMILIH INDIVIDU TERSEBUT?

Semestinya Abah saya, beliaulah figura inspirasi yang mendukung erti titik pengorbanan ikhlas seorang bapa.

 

Beto Kusyairy

Jaket blazer dan seluar formal, PAUL SMITH

 

6. SIAPA YANG MENGINSPIRASIKAN ANDA?

Antara yang menginspirasikan ialah Dato Rahim Razali, Ahmad Yatim, Sidi Oraza dan semestinya Tan Sri P.Ramlee. Bagi saya, beliau seorang yang complete sebagai anak seni. Beliau boleh bermain muzik, berlakon, menyanyi, berkomedi, mahir dalam pengarahan dan menulis. Tokoh anak seni yang menjadi inspirasi kepada saya.

 

7. APAKAH PERKEMBANGAN KARIER ANDA SELEPAS INI, ADAKAH ANDA BERCITA – CITA UNTUK MENJADI SEORANG PENGARAH?

Buat masa sekarang, saya masih belum ada niat untuk melepaskan jawatan sebagai seorang aktor, banyak lagi watak-watak yang belum saya ceburi. Pada masa yang sama, saya juga masih dalam perjalanan mengaut ilmu pengarahan dan tidak dinafikan seperti saya juga mempunyai hasrat dan cita-cita untuk berkhidmat sebagai seorang pengarah.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

8. BERDASARKAN PENGALAMAN ANDA DALAM FILEM INDIE DAN FILEM MAINSTREAM, YANG MANA SATUKAH PILIHAN ANDA  DAN APAKAH PERKARA YANG ANDA BELAJAR DARIPADANYA?

Dari sudut pemahaman dan lakonan, ianya tiada beza. Kedua-dua kategori itu telah diberi tanggungjawab membawakan watak dan penonton harus percaya dengan apa yang setiap pelakon bawa. Mengikut pengalaman saya, filem indie akan menimbulkan semangat yang lebih ataupun passionate.

 

9. SETIAP PELAKON ADA CARA UNTUK MENGHAYATI KARAKTER, ADAKAH ANDA SEORANG YANG MENGAMALKAN METHOD ACTING?

Saya tidak pernah meletakkan diri saya sebagai method actor. Itu semua hak penonton untuk menilai. Cara saya mengikut apa yang saya selesa dan berjaya merealisasikan setiap watak yang diberi. Fasa yang saya berada sekarang lebih fokus dengan karya yang berkualiti untuk memberi impak kepada diri saya serta masyarakat. Tiada dalam kamus hidup saya untuk mengejar populariti.

 

10. ANDA BERMULA DI BELAKANG TAKBIR, BAGAIMANA INI MEMBANTU ANDA SEBAGAI PELAKON KINI?

Antara yang saya peroleh ialah daripada sudut teknikal. Secara tidak langsung, saya belajar tentang proses di belakang takbir seperti ilmu sudut kamera dan kerja production. Apabila saya mempunyai pengalaman di belakang takbir, saya sudah kuasai mannerism dan business sewaktu berlakon.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

PENGARAH KREATIF AIZAT AIDID PENGARAH KREATIF DIGITAL NISA’ HALID PENGURUS PROJEK, PENGARANG & PENATA GAYA MUZAMMIN MUZLAN PENGARAH DIGITAL ANIS HANINI PENGURUS KANDUNGAN DIGITAL AMIRA AZMAN PENGARAH SENI AMIRUL ARIFIN PEREKA GRAFIK HILMAN HISHAM FOTOGRAFI EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO VIDEOGRAFI DIGITAL JACKIE JBOMBXOX & SIMON TAN VIDEOGRAFI SYAFIQ SAZALI, ZAKWAN TAUFIQ & AZEEM ANWAR GROOMING SAHIR SABRI DANDANAN YUSOF RUZAIMI PELATIH AMALI ZAHIRAH ZULKHAIRI & NUR NUTAILAH (MSU)

 

Baca lebih lanjut: ADA APA DENGAN ALPHAMEN? DEBARAN MENANTI ALPHAMEN 2023

By Zahirah Zulkhairi
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Tisya Ong

“LELAKI ITU SEKSI APABILA HE KNOWS TO TREAT A WOMAN RIGHT.” – TISYA ONG #GLWANITAIDAMAN

Bacaan Lanjut
GILIRAN ZAC EFRON MENERIMA BINTANG HOLLYWOOD WALK OF FAME

GILIRAN ZAC EFRON MENERIMA BINTANG HOLLYWOOD WALK OF FAME

Bacaan Lanjut
alphamen 2023

#GLALPHAMEN2023 ‘FRAGRANCE GAME CHALLENGE’ BERSAMA MONTBLANC EXPLORER PLATINUM

Bacaan Lanjut
Alphamen 2023

EKSPLORASI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023 BERSAMA MONTBLANC

Bacaan Lanjut
Hugh Koh

“SETIAP LELAKI MEMERLUKAN SISTEM SOKONGAN” – HUGH KOH #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
alphamen

ADA APA DENGAN ALPHAMEN? DEBARAN MENANTI ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut