“HERO MERUPAKAN SEORANG YANG PROMINENT, DISIPLIN DAN PROFESIONALISM” – HISYAM HAMID #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Hisyam Hamid sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang merupakan pelakon tempatan berkredibiliti dan berbakat besar dalam industri seni tanah air.
Bagi tahun 2023, GLAM Lelaki meraikan individu yang memegang posisi terkemuka dan dominan dari pelbagai bidang yang berbeza. Dari fesyen kepada sukan, mereka merupakan “Our Heroes”. GLAM Lelaki menamakan Hisyam Hamid sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang menyerlah dalam industri seni lakonan Malaysia. Aktor yang berasal dari Singapura itu membuktikan hasil bakatnya dengan telah memenangi beberapa anugerah, salah satunya ialah Anugerah Telenovela 2017 dan Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32.
“HERO MERUPAKAN SEORANG YANG PROMINENT, DISIPLIN DAN PROFESIONALISM” – HISYAM HAMID #GLALPHAMEN2023
Ikuti temu bual ekslusif bersama Hisyam Hamid bersempena dengan GLAM Lelaki Alphamen 2023:

Jam tangan & beg bimbit, MONTBLANC. Jaket dan baju panas, UNIQLO.
1. Apakah perkembangan terkini anda?
Saya dalam proses pemgembaran sebuah drama 13 episod untuk produksi dan saluran Singapura. It’s actually a dark medical drama. Selain itu, filem saya bakal ditayangkan bulan hadapan yang berjudul “La Luna”. Saya memegang watak antagonis dan filem itu juga dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Sharifah Aman.
2. Apakah definisi ‘Alphamen’ buat anda?
Definisi Alphamen bagi saya ialah seorang leader yang menonjolkan teladan yang baik, disiplin dan berkarisma.
3. Apakah maksud hero bagi anda?
Bagi saya, hero merupakan seorang yang prominent, disiplin dan mempunyai sifat profesionalism. Kehadirannya memberi sesuatu aura yang boleh dirasakan oleh orang lain.
4. Apakah intipati maskuliniti dalam dunia moden hari ini?
Bagi saya, it’s all about being a gentleman. Dengan itu lebih dapat attract orang dengan tanggapan yang lebih baik.
5. Stigma mengenai lelaki yang perlu diubah?
Like i said, men can be good too. Sebagai lelaki, kita mampu untuk menjalankan tanggungjawab seperti kerja-kerja rumah, membersih dan memasak. Itu lagi membuatkan lelaki kelihatan ‘more sexy’.

Kot & T-Shirt, ONITSUKA TIGER dan ALLSAINTS.
6. Bagaimana anda bermula dalam industri seni lakonan?
Detik permulaan saya bermula pada usia 17 tahun daripada seorang kawan yang mempunyai kenalan dengan seorang pengarah dan rekomen saya untuk mencuba uji bakat. Malangnya saya terlepas uji bakat tersebut tetapi pengarah itu memberi peluang kepada saya untuk menghantar profile kepadanya.
Selepas itu, dia menjemput saya untuk menghadiri acting workshop. Menerus itu, mereka mencipta satu karakter untuk drama “Anak Metropolitan 2” di Singapura.
7. Siapakah yang memberi inspirasi sebagai seorang pelakon?
Pada mulanya, saya banyak terpengaruh dengan ayah saya kerana beliau berkecimpung dalam industri seni. Tetapi, bila saya sudah berada di dalam karier industri lakonan yang mempunyai liku-liku perjalanan dan cabaran yang dihadapi, inspirasi untuk saya meneruskan kehidupan ialah anak-anak saya.
8. Hisyam sudah membintangi pelbagai jenis genre filem dan drama. Apakah watak atau genre yang anda mahu cuba selepas ini?
Saya ingin mencuba memainkan watak seperti thriller atau psychotic genre.
9. Hisyam adalah seorang pelakon, juga seorang suami dan bapa. Bagaimana anda membahagikan masa untuk keluarga dan karier?
Lebih kepada mengikut keutamaan. Bagi saya, teknologi sangat membantu pada masa kini. Saya boleh berkomunikasi dengan keluarga apabila berjauhan. Apabila saya ada masa lapang, saya pasti akan meluangkan masa untuk keluarga.
10. Apakah nasihat yang anda mahu kongsi kepada generasi baharu yang mahu menceburi bidang lakonan di Malaysia?
Nasihat saya ialah harus mengenal pasti apakah tujuan sebenar untuk menceburi dalam industri seni lakonan. Adakah ia hanya untuk glamour atau minat? Saya berpendapat bahawa, nawaitu itu sangat penting kerana kalau niatnya salah, itu akan membawa kepada masalah di masa depan seperti masalah disiplin. Passion itu sangat penting.
PENGARAH KREATIF AIZAT AIDID PENGARAH KREATIF DIGITAL NISA’ HALID PENGURUS PROJEK, PENGARANG & PENATA GAYA MUZAMMIN MUZLAN PENGARAH DIGITAL ANIS HANINI PENGURUS KANDUNGAN DIGITAL AMIRA AZMAN PENGARAH SENI AMIRUL ARIFIN PEREKA GRAFIK HILMAN HISHAM FOTOGRAFI EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO VIDEOGRAFI DIGITAL JACKIE JBOMBXOX & SIMON TAN VIDEOGRAFI SYAFIQ SAZALI, ZAKWAN TAUFIQ & AZEEM ANWAR GROOMING SAHIR SABRI DANDANAN YUSOF RUZAIMI PELATIH AMALI ZAHIRAH ZULKHAIRI & NUR NUTAILAH (MSU)
Baca lebih lanjut: “JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SUNTIKAN SENI STREETWEAR: DARI PENTAS MILAN KE JALANANAN
Pentas peragaan Milan membawa elemen jalanan ke tahap tertinggi. Ketahui bagaimana siluet longgar dan fabrik premium menguasai fesyen lelaki.
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG
Kenali barisan pelakon lelaki Thai paling berpengaruh yang kini merajai pentas fesyen global. Ketahui ikon kegemaran jenama mewah di sini.
GLAM LELAKI X KAHF, SINERGI MASKULIN ALAF BARU BERSAMA LANGKAWI INTERNATIONAL HALF MARATHON
Sinergi eksklusif Kahf x GLAM Lelaki membongkar kisah penubuhan Langkawi International Half Marathon melalui filem dokumentari A Dream Path.
5 ITEM KOLABORASI PIALA DUNIA FIFA 2026 TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI
Teroka 5 item kolaborasi Piala Dunia FIFA 2026 terbaik pilihan GLAM Lelaki. Dari Loewe ke adidas, miliki gaya 'Blokecore' ini sekarang!
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27
Dari Pond Naravit hingga Jaafar Jackson, saksikan 5 gaya selebriti A-list terbaik di baris hadapan Prada Menswear.











