PENAMPILAN PERTAMA SONG JOONG KI & ISTERI SELEPAS KEHADIRAN ANAK SULUNG
Aktor pujaan ramai, Song Joong Ki dan aktres Itali kelahiran Britain, Katy Louise Saunders sah bergelar suami isteri Januari lalu dan dikurniakan cahaya mata pada bulan Jun.
Kebelakangan ini Song Joong Ki dilaporkan sibuk mempromosi filem terbarunya, Hopeless di Korea Selatan. Isterinya pula berada di kampung halamannya di Rom sejak melahirkan anak lelaki mereka.
Disebabkan itu pasangan merpati dua sejoli ini jarang dilihat bersama. Kali terakhir foto mereka dirakam lensa paparazi adalah pada April lalu ketika sedang meluangkan masa bersiar di bandar Rom.
Justeru peminat amat teruja apabila melihat foto terkini pasangan itu di majlis perkahwinan adik perempuan Song Joong Ki di Seoul hujung minggu lalu. Ini merupakan kali pertama suami isteri itu muncul bersama selepas anak sulung mereka dilahirkan.
Pada majlis itu, Katy menggayakan set persalinan bercorak gingham bersama kot labuh sedondon. Gayanya disempurnakan dengan beg tangan dan sepatu tinggi rona hitam. Bintang Vincenzo itu pula segak dalam sut hitam dipadankan bersama kemeja putih.
Katy dilaporkan terbang dari kampung halamannya untuk meraikan hari bahagia itu bersama pengantin baru dan keluarga mentuanya. Kehadiran ibu bapa baru itu menjadi tumpuan para tetamu sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam dewan.
Walaupun dikerumuni hadirin yang tidak henti mahu merakam swafoto, aktor berusia 38 tahun kekal setia di sisi Katy sambil memaut pinggang isterinya agar lebih rapat dengan tubuhnya. Sisi romantis pelakon itu juga terserlah apabila tidak henti menatap wajah isterinya depan penuh rasa cinta. Sekali gus membuatkan peminat ‘naik gila’.
Netizen Memujai Song Joong Ki dan Katy Louise Saunders
Menerusi ciapan di X, peminat meluahkan rasa teruja melihat foto pasangan itu yang tular di laman tersebut. “Mereka nampak secocok dan jelas Joong Ki amat mencintainya. Semoga Tuhan sentiasa melindungi keluarga kecil mereka.”
Seorang lagi peminat pasangan itu menulis, “Cantiknya isteri Joong Ki. Mereka nampak bahagia bersama. Ibu bapa paling comel yang pernah saya lihat.”
Dalam wawancara bersama Newsroom sempena mempromosi filem Hopeless baru-baru ini, Song Joong Ki meluahkan rasa tidak percaya kerana kini telah memiliki seorang cahaya mata. Dia turut mendedahkan perubahan hidupnya setelah bergelar bapa.
“Saya dan isteri bersemangat melakukan tugas ibu bapa dengan baik bersama-sama. Kami memberi sokongan kepada satu sama lain, dan ini sesuatu yang membanggakan buat diri saya. Kehidupan saya kini dilimpahi kebahagiaan,” katanya.
Foto: CNN
Pautan berkaitan: SIAPA AKTRES ITALI YANG BERJAYA MENCURI HATI SONG JOONG KI?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KEHIDUPAN SONG JOONG KI DISERIKAN DENGAN KEHADIRAN CAHAYA MATA KEDUA
Sama seperti anak lelaki sulungnya, cahaya mata kedua Song Joong Ki turut dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali.
SONG JOONG KI MENGHITUNG HARI MENIMANG ANAK KEDUA
Selepas setahun dikurniakan putera sulung, Song Joong Ki dikhabarkan sedang menantikan kelahiran cahaya mata keduanya bersama isteri, Katy Louise Saunders.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2024
Dari filem “Road House” lakonan Jake Gyllenhaal kepada siri realiti “Physical: 100” yang kembali dengan musim kedua, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Mac 2024.
SONG JOONG KI BERGELAR BAPA BUAT KALI PERTAMA
Enam bulan mengumumkan perkahwinan dengan Katy Louise Saunders, Song Joong Ki kini dikurniakan cahaya mata sulung.
PROJEK TERBARU SONG JOONG KI SELEPAS BERGELAR SUAMI
Belum sebulan mendirikan rumah tangga, Song Joong Ki kini perlu berpisah dengan isterinya untuk menjalani penggambaran filem terbaru di Eropah.
SONG JOONG KI AKHIRI ZAMAN DUDA DENGAN AKTRES ITALI
Baru sebulan memperlihatkan teman wanitanya kepada dunia, Song Joong Ki mengumumkan mereka telah pun bergelar suami isteri.