10 STAIL TERHANGAT SELEBRITI DI CFDA FASHION AWARDS 2023
Council of Fashion Designers of America Fashion Awards atau CFDA Fashion Awards diwujudkan untuk mengiktiraf bakat-bakat berinovasi dalam industri fesyen Amerika.
CFDA Fashion Awards 2023 meraikan sumbangan para pereka, model, penata gaya dan individu lain yang memberi impak besar terhadap industri ini.
Anugerah yang diberikan merentasi pelbagai kategori seperti pakaian wanita, pakaian lelaki, aksesori, media dan bakat baru. Antara penerima anugerah tahun ini adalah Serena Williams yang dinobat sebagai Fashion Icon dan Mario Cornejo yang membawa pulang trofi Geoffrey Beene Lifetime Achievement Award.
Seperti biasa, acara karpet merah bersinar dengan kehadiran para tetamu dalam persalinan moden dan memukau mata, sekali gus memberi penghormatan kepada para pereka.
Lihat beberapa gaya terbaik bintang ternama di karpet merah CFDA Fashion Awards 2023
Anne Hathaway selaku hos menggayakan persalinan denim daripada Ralph Lauren.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(499x0:501x2):format(webp)/AnneHathawayCFDA-11062355-22b3bb625bfc4b2fae1022d5e0d27721.jpg)
LaKeith Stanfield hadir ke CFDA Fashion Awards dalam sut bertekstur Mike Amiri.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(499x0:501x2):format(webp)/LaKeithStanfield-CFDA-11062319-50f2e229eaa74cbbb94cf7cf0e0ada95.jpg)
Kim Kardashian tampil serba hitam dalam gaun kulit Chrome Hearts.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(665x0:667x2):format(webp)/kim-kardashian-cfda-110623-2-35fe4ba72e044c3cb53a16fd828d0f5b.jpg)
Model James Turlington menyerlah dalam persalinan monokrom hingga ke hujung kaki.

Demi Moore bergemerlapan dalam gaun perak Carolina Herrera.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(666x0:668x2):format(webp)/Demi-Moore-CFDA-110623-86134995b0134cdeb8eb97d7f0b55764.jpg)
Charles Melton kelihatan segak dalam sut baldu hitam dan celana sedondon Ralph Lauren.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(499x0:501x2):format(webp)/CharlesMelton-CFDA-11062327-3f830c1e7d9d4a319d4e0c76b5f02c5d.jpg)
Nina Dobrev bagaikan dewi dalam gaun dua tona Oscar de la Renta.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(665x0:667x2):format(webp)/nina-dobrev-CFDA-110623-dfe40a62440c4f55b72f54fcae226be8.jpg)
Selain James Turlington, Chase Stokes turut menggayakan sut monokrom. Warna pilihannya? Biru muda.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(665x0:667x2):format(webp)/chase-stokes-CFDA-110623-fa77070458274795b32035d4e7710ed1.jpg)
Rosario Dawson tampil chic dalam gaun putih Mara Hoffman.

Serena Williams tidak kalah bergaya dalam gaun lengan kembang Thom Browne.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(666x0:668x2):format(webp)/Serena-Williams-CFDA-110623-1-6e4bf60985054e7d90214d0b35e8e235.jpg)
Foto: Getty Images/WireImage
Pautan berkaitan: 15 SEGAK DAN ANGGUN DI LACMA ART + FILM GALA 2023
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SEDANG MENCARI LAST-MINUTE HALLOWEEN OUTFIT? WE GOT YOU!
Sedang mencari last-minute outfit untuk Halloween? We got you!
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.











