H&M MEMBAWA GLITZ & GLAMOUR DENGAN RABANNE
H&M melancarkan koleksi Rabanne H&M dengan parti eksklusif bersama selebriti terkemuka dari Malaysia dan Singapura termasuk juga bintang media sosial. Mengubah stor flagship ikonik di Orchard Building menjadi sebuah kelab malam Paris yang epik.

Lokasi acara dihiasi dengan tekstur logam yang licin dan permukaan yang kilat berkilauan. Sekaligus mengingatkan pada gaya disc-o-rama dan estetika ikonik House of Rabanne. Selebriti terkenal, ikon fesyen, dan tetamu jemputan telah membawa penampilan fesyen terbaik mereka ke dalam parti tersebut. Berikut antara beberapa selebriti lelaki yang hadir ke acara itu dengan estetika H&M Rabanne.
SELEBRITI LELAKI TAMPIL DENGAN GAYA H&M RABANNE YANG IKONIK
1. GLENN YONG
Penyanyi juga pelakon Singapura, Glenn Yong bermain dengan kombinasi tekstur dengan mengenakan baju corak harimau bintang dan jaket berbulu berhood. Semuanya daripada kolaborasi H&M Rabanne.

Glenn Yong
2. NATHAN HARTONO
Penyanyi dan penulis lagu, Nathan Hartono kelihatan rapi dengan jaket wool berinspirasi tentera, baju panas leher tinggi, dan seluar berjalur panel di sisi.

Nathan Hartono
3. JOEL CHOO
Pelakon Joel Choo memilih pakaian berkilauan lengkap dengan jaket berkilauan dan seluar daripada Rabanne. Ditambah dengan elemen yang menyeronokkan dengan aksesori skaf berbentuk segitiga.

Joel Choo
4. PERRY KUAN
Lagu-lagu hit diputar oleh Dj Perry Khan, sambil mengenakan jaket dan seluar inspirasi sukan daripada kolaborasi H&M Rabbane .

DJ PERRY
Lebih daripada 200 tetamu menyertai acara gemilang ini, yang dimulakan dengan persembahan merdu daripada bintang muda, Keyana. Dia mempamerkan bentuk badannya dalam baju crop top dengan skirt serta mengenakan but untuk melengkapkan stail yang bergaya sebagai penyanyi jemputan.

Persembahan daripada krew tarian Limited Edition dan Glenn Yong, yang menyanyikan lagu hitnya dan sebuah cover lagu “Stay” oleh Kid Laroi (ft. Justin Bieber). Dj Perry menaikkan semangat para tetamau dengan lagu-lagu hit yang terkini pada parti pelancaran eksklusif ini.
Artikel Berkaitan: 5 KOLEKSI H&M INNOVATION STORY PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RABANNE 1 MILLION BLACK: HARUMAN BARU, IRAMA RAVE DAN GAYA TANPA BATAS
Terokai Rabanne 1 Million Black, wangian memikat dengan jejak aroma yang cukup berkarakter dan ketahanan sehingga 48 jam.
SEDANG MENCARI LAST-MINUTE HALLOWEEN OUTFIT? WE GOT YOU!
Sedang mencari last-minute outfit untuk Halloween? We got you!
DARK, BOLD, UNFORGETTABLE, RABANNE 1 MILLION BLACK CIPTA TARIKAN BAHARU
Rabanne 1 Million Black tampil dengan aroma gelap dan berani, menyerlahkan tarikan lelaki moden yang penuh misteri dan yakin.
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini











