ROBERT PATTINSON BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA
Hubungan lima tahun bintang Inggeris, Robert Pattinson dan Suki Waterhouse nampaknya memasuki fasa baharu.
Pasangan itu dilaporkan bakal bergelar ibu bapa selepas foto Robert Pattinson dan teman wanitanya dengan tubuh berisi dirakam paparazi. Ini sekali gus mengesahkan spekulasi kehamilan Suki Waterhouse yang hangat dibicarakan minggu lalu.
Kelibat aktor The Batman dan pasangannya yang juga aktres, penyanyi serta model itu tular di media sosial baru-baru ini. Foto tersebut dirakam ketika kedua-dua bintang asal London itu melakukan aktiviti mendaki di Los Angeles pada 10 November.

Foto: YouTube
Dalam foto itu, Robert Pattinson dilihat menyarung kemeja-T biru bersama ves utiliti dan celana hitam. Suki Waterhouse pula menggayakan baju singkat kelabu dan seluar ketat rona hitam.
Percintaan Robert Pattinson & Suki Waterhouse
Pasangan ini mula dikaitkan bersama pada 2018, setahun selepas bintang Twilight itu berpisah dengan penyanyi-penulis lagu, FKA Twigs. Mereka dirakam meluangkan masa dengan satu sama lain di London pada bulan Julai.
Pada Disember 2022, mereka membuat kemunculan pertama sebagai pasangan kekasih di karpet merah pertunjukan Dior Fall 2023 Menswear Collection di Great Pyramid of Giza, Mesir.
Di Instagram, Suki Waterhouse memuat naik dua foto polaroid dirinya di acara tersebut berserta kapsyen, “Saya tidak akan sesekali melupakan pertunjukan ini, di bawah kerdipan bintang dan di hadapan Piramid Giza, salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia.”

Foto: Sportskeeda
Keduanya turut merakam kenangan bersama di acara tersebut. Mereka dilihat berpegangan tangan dan tertawa riang dalam kebanyakan foto.
Pasangan ini pernah dirakam di sebuah parti Dior pada 2020 tetapi memilih untuk berjalan berasingan di karpet merah untuk merahsiakan perhubungan mereka.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: BAGAIMANA ROBERT PATTINSON BINA OTOT KEKAR UNTUK WATAK BATMAN?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.
RECAP FESYEN RED CARPET ROBERT PATTINSON & ZENDAYA PROMOSIKAN FILEM ‘THE DRAMA’
Lihat gaya ikonik Zendaya dan Robert Pattinson di red carpet filem The Drama. Dari arkib Vivienne Westwood ke Dior, segalanya ada di sini.
SELEBRITI LELAKI HOLLYWOOD YANG MENDOMINASI FESYEN 2025
Fesyen selebriti lelaki terus mencuri perhatian di karpet merah dan acara global sepanjang tahun 2025, membuktikan mereka ialah ikon fesyen.
GAYA PASANGAN TERBAIK DI FILEM FESTIVAL CANNES 2025
Gaya pasangan di Festival Filem Cannes 2025 menjadi pertanyaan ramai,terutamanya kerana tahun-tahun sebelum ini dipenuhi pasangan ikonik.
AMEERA KHAN & JEFRI NICHOL: FESYEN SEBAGAI BAHASA CINTA
Ameera Khan dan Jefri Nichol membuktikan bahawa cinta boleh disampaikan melalui gaya dan simbolik yang halus.











