5 FAKTA MENARIK MENGENAI RAJA DENMARK BAHARU, KING FREDERIK X
King Frederik X ditabalkan sebagai Raja Denmark baharu selepas bondanya, Ratu Margrethe II melepaskan takhta selepas 52 tahun menjadi Ketua Negara Denmark.
Era baharu Denmark kini bermula. Raja Frederik X menaiki tahkta Denmark selepas bondanya, Ratu Margrethe II melepaskan jawatan secara rasmi selepas 52 tahun. Keluarga diraja Denmark merupakan antara monarki yang paling tua di benua Eropah sejak 1000 tahun yang lalu.
Deklarasi pelepasan tahkta oleh Ratu Margrethe telah diadakan ketika mesyuarat kabinet di Christiansboug Palace. Majlis pengumuman raja baharu Denmark pula dilakukan di ibu kota, Copenhagen yang menyaksikan kehdairan ribuan rakyat yang berkumpul untuk meraikan momen bersejarah ini.
Berikut adalah 5 fakta yang menarik mengenai Raja Denmark baharu, King Frederik X:
1. Queen Margrethe II Turun Takhta Secara Mengejut
14 Januari 2024 menandakan lembaran baharu buat Denmark. Ratu Margrethe II telah secara rasmi melepaskan takhta diraja Denmark. Pengumuman mengejutkan itu telah dilakukan ketika ucapan selamat tahun baharu yang disiarkan secara langsung pada 31 Disember 2023.
Baginda telah menjadi Ratu Denmark sejak 14 Januari 1972 dan merupakan ketua negara yang paling lama memegang takhta Denmark dalam sejarah. Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Queen Margrethe II merupakan ketua negara diraja wanita yang terakhir di dunia.
2. Usia Raja Denmark
Frederik André Henrik Christian dilahirkan pada 26 Mei 1968 di Copenhagen University Hospital di Cophenhagen. Baginda kini berusia 55 tahun. Nama Frederik diberikan bersmepena nama datuknya, Raja Frederik IX. Ia juga meneruskan tradisi keluarga diraja Denmark yang memberikan nama Frederik atau Christian kepada pewaris tahkta.
Baginda menjadi Putera Mahkota Denmark selepas ibunya menaiki tahkta sebagai Ratu Denmark pada 14 Januari 1972. Frederik hanya mempunyai seorang adik lelaki bernama Putera Joachim.
3. Permaisuri Denmark Baru
Raja Frederik X bertemu Mary Elizabeth Donaldson buat pertama kali Ketika menghadiri Sukan Olimpik Sydney pada 2000. Permaisuri Mary merupakan seorang konsultan pemasaran dari Australia.
Mereka melangsugkan perkahwinan pada 14 Mei 2004 di Copenhagen Cathedral. Perkahwinan mereka menerima restu daripada Queen Margrethe ketika mesyuarat Counsil of State pada 8 Oktober 2003.
4. Putera Mahkota Denmark
Perkahwinan antara Raja Frederik dan Permaisuri Mary telah dianugerahkan empat orang cahaya mata. Putera pertama mereka dinamakan Christian yang lahir pada 15 Oktober 2005. Puteri Isabella pula dilhairkan pada 21 April 2007. Mereka juga mempunyai anak kembar Bernama Vincent dan Josephine yang lahir pada 8 Januari 2011.
Dengan perlantikan bapanya sebagai ketua negara, Putera Christian pula secara rasmi menjadi Putera Mahkota yang baharu. Christian Valdemar Henri John yang kini berusia 18 tahun akan menjadi pewaris pertama dalam institusi diraja Denamrk.
5. King Frederik Menitiskan Air Mata
Ketika majlis perutusan rasmi sebagai Raja Denmark baharu, King Frederik X dilihat menitiskan air mata di hadapan ribuan rakyat. Pengumuman perlantikan ini telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Mette Frederiksen di balkoni istana Christiansborg Palace. Selepas memberikan ucapan pendek, baginda disertai oleh seluruh keluarganya di atas balkoni.
Perutusan perlantikan diraja oleh Perdana Menteri ini merupakan tradisi yang diamalkan sejak 1849 lagi. Denmark tidak menjalankan majlis pertabalan rasmi seperti institusi diraja lain seperti di England.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: “MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ALASAN PEWARIS DENMARK, PUTERA JOACHIM & KELUARGA MEMBAWA DIRI KE AMERIKA SYARIKAT
Putera Joachim bakal mengambil langkah besar dalam hidup dengan berhijrah ke Amerika Syarikat pada musim panas 2023.
PUTERA HARRY INGIN RAJA CHARLES & PUTERA WILLIAM KEMBALI DALAM HIDUPNYA
Duke of Sussex, Putera Harry menyatakan kesediaan untuk menjernihkan hubungan yang keruh dengan ahli keluarganya.
PUTERA HARRY & MEGHAN MARKLE TAMPIL DENGAN DOKUMENTARI TERBAHARU
Selepas 'Harry & Meghan', pasangan Sussex telah bersedia untuk mempersembahkan dokumentari terbaharu mereka yang akan membuka mata dunia.
SEGALANYA MENGENAI DOKUMENTARI HARRY & MEGHAN BAHAGIAN 2
Antara sedutan dokumentari bahagian kedua adalah pendedahan mengejutkan Putera Harry mengenai ahli keluarganya.
KENALI LADY MARGARITA ARMSTRONG-JONES, CUCU PUTERI MARGARET NAN RUPAWAN
Baru berusia 20 tahun, Lady Margarita sudah pun memiliki jenama barang kemas sendiri dan sering berkongsi kemahiran fotografinya di Instagram.
5 FAKTA MENARIK MENGENAI PUTERI ISABELLA DARI DENMARK
Siapa menyangka puteri Denmark berusia 15 tahun ini mempunyai pertalian darah dan berkongsi tarikh lahir dengan mendiang Ratu Elizabeth II.