WANITA TERAKHIR, HADIAH DARI FATTAH AMIN
Tahun 2016 merupakan tahun gemilang buat Fattah Amin. Popularitinya dilihat semakin memuncak gara-gara drama Suri Hati Mr Pilot, diitambah pula dengan kisah serta gosip ‘percintaannya’ dengan Neelofa. Walau bagaimanapun, Fattah dilihat tidak pernah melatah malah kini dia gian meneroka cabang baru pula iaitu dalam arena seni suara. Membuka tirai 2017, Fattah kini bersedia menakluk dunia hiburan dengan melancarkan single terbarunya berjudul Wanita Terakhir.
Single ini dirasmikan oleh Fattah sendiri melalui FB live chat semalam dimana Fattah kini berada di Armsterdam.

Penerbitan lagu itu adalah kerjasama antara syarikat pengurusan Fattah iaitu Fastyle bersama Kasi Gegar Entertainment, milik Aizat Amdan. Single ini merupakan ciptaan Aizat Amdan, Mel Ramlan dan Anas Amdan. Sebelum ini Fattah juga pernah merakamkan sebuah single berjudul Hero Untukmu sebagai tanda pengenalan pembabitannya dalam dunia nyanyian.
Bercerita mengenai Wanita Terakhir, Fattah berkata lagu itu hadiah ikhlas daripada hatinya untuk semua peminat.
“Saya cukup terharu dengan sokongan peminat yang amat luar biasa terhadap kerjaya saya akhir-akhir ini. Semoga anda semua terhibur dengan lagu terbaru saya ini”, katanya dalam laman sosial Instagramnya.
Dan kini anda boleh mendengar single terbaru Fattah Amin ini melalui pautan di bawah. Not bad at all Fattah! Keep it coming and congrats again from Glam Lelaki.
Oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MADE LOCAL: 5 JENAMA KASUT MALAYSIA YANG MENARIK UNTUK LELAKI
Kenali jenama kasut pilihan lelaki, daripada gaya mewah hingga kasut sukan dan rekaan tempatan yang menyerlahkan penampilan harian.
OLD MONEY HAIR: 5 GAYA RAMBUT LELAKI UNTUK TAMPIL EKSKLUSIF
Ingin tampil segak dan eksklusif? Kenali 5 gaya rambut lelaki berkonsepkan old money yang buat anda kelihatan kemas, bergaya dan berkelas!
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
SEPTEMBER BOYS: 9 SELEBRITI LELAKI YANG SAMBUT HARI LAHIR BULAN INI
Bulan September turut menjadi bulan untuk meraikan selebriti - selebriti lelaki yang dilahirkan sepanjang bulan istimewa ini.
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.











