Skip to content

omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Kongsikan artikel ini

OMEGA terus mengorbitkan misi Apollo 8 yang ikonik dengan memperkenalkan jam tangan Dark Side of the Moon terbaharu dalam misi horologi ke langit angkasa.

Pada tahun 1968, sejarah telah tercipta selepas Apollo 8 telah menjadi misi penerbangan angkasa pertama yang berjaya mengorbitkan bulan. Dalam misi perintis ini, setiap angkasawan dilengkapkan dengan sepasang OMEGA Speedmaster yang digunakan sebagai jam tangan pilihan dalam kempen lunar NASA. Tahun ini, OMEGA memberikan penghormatan kepada momen bersejarah ini dengan melancarkan Speedmaster Dark Side of the Moon terbaharu. Jam tangan ini dihasilkan dengan teknologi state-of-the-art, diperkayakan dengan palet material dan juga seni kepakaran arloji yang terunggul.

omega speedmaster

Jenama jam tangan ikonik ini pertama memperkenalkan jam tangan Speedmaster Dark Side of the Moon Apollo 8 pada 2018, dalam meraikan ulang tahun ke-50 misi angkasa ini. Kali ini, OMEGA kembali ke seni pembuatan jam tangan dengan mengelevasikan reka bentuk ke tahap yang lebih halus dan penuh ketelitian.

Estetika OMEGA Speedmaster Dark Side of the Moon Apollo 8

Dalam menghasilkan estetika unik melalui reka bentuk, Calibre 3869 pada koleksi arloji ini menampilkan cetak-laser bulan pada plat utama dan bridge dalam ton hitam. Seperti putaran bulan, gerakan ini mempersembhakan dua permukaan yang berbeza. Bahagian dial jam mewakili pandangan pada permukaan bulan seperti yang dilihat langsung dari Bumi. Manakala, bahagian belakang pula menonjolkan sisi gelap yang hanya dapat dilihat oleh para angkasawan.

Tambahan terbaharu ini meningkatkan lagi definisi bulan, dengan sokongan ukiran laser dan permukaan yang kontra. Fungsi ini kelihatan lebih jelas dan menarik bersama roda dalam warna kelabu dan roda pengimbang dalam warna kelabu gelap keemasan. Tambahan, Calibre 3869 yang manual digerakkan dengan Co-Axial Master Chronometer yang standard. Ini memberikan ketepatan waktu yang tertinggi dalam industri pembuatan jam tangan Swiss, selain persembahan kronomterik dan ketahanan magnetik.

Gerakan dengan dekorasi bulan ini juga boleh disaksikan melalui kerangka dial, yang dihasilkan menggunakan aluminum dalam warna hitam yang menarik. Bukan itu sahaja, Ketika menghasilkan bekas jam 44.25 meter, bezel bersinar, dan juga bekas belakang, OMEGA menggunakan kepingan seramik hitam yang berbeza. Dalam masa yang sama, ia diisikan dengan skala takimeter bersama enamel “Grand Feu” yang putih berkilauan. Kronograf sentral diserlahkan dalam ton kuning yang terang sebagai tema warna yang diteruskan pada lelubang tali jam tangan ini. Lantas, menyerlahkan ia lagi dengan titik-titik kuning pada tali getah hitam yang kontra.

Salah satu lagi sentuhan baharu pada jam tangan ini adalah paten saat yang kecil pada penanda wkatu 9. Ia dihasilkan daripada Grade 5 Titanium dan berbentuk seperti roket NASA Saturn V yang terkenal. Struktur tiga-dimensi yang berkuasa ini diterjemahkan dengan pancaran laser, dan warnanya pula terhasil dengan varnis putih, pengablasi serta laser gelap. Perincian yang kecil tapi cukup bermakna untuk meraikan kejayaan program Apollo ini.

“WE’LL SEE YOU ON THE OTHER SIDE”

Satu siri ukiran turut disuntikkan pada bahagian belakang jam tangan. Ini termasuklah  frasa “WE’LL SEE YOU ON THE OTHER SIDE” yang merupakan ucapan terakhir kepada pusat kawalan oleh Command Module Pilot, Jim Lovell sebelum misi Apollo 8 terbang ke sebalik bulan. Dan buat pertama kali juga, ia merupakan momen apabila mereka terputus hubungan radio dari Bumi.

Permukaan bulan sentiasa menjadi bualan penuh misteri dan tanda tanya. Pemakaian jam tangan terbaharu ini dapat menciptakan hubungan autentik dengan satelit semula jadi Bumi, serta eksplorasi angkasa OMEGA. Apabila dunia terus terbang melangkaui sempadan langit angkasa, misi Apollo 8 ini menjadi peringatan tentang kuasa yang dikongsikan antara manusia mampu untuk membawakan kejayaan bersama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OMEGA (@omega)

 

Baca lebih lanjut: JAM TANGAN OMEGA PILIHAN EDDIE REDMAYNE

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

hael husaini

GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA HAEL HUSAINI

Bacaan Lanjut
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

Bacaan Lanjut
Luminox Malaysia

KEMBARA KECERGASAN LUMINOX BERSAMA GL GANG, IYZDHAM ANGKIMHWA

Bacaan Lanjut
Franck Muller Malaysia

TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU

Bacaan Lanjut

FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Bacaan Lanjut
blancpain x swatch

BLANCPAIN X SWATCH: JAM TANGAN BIOCERAMIC SCUBA FIFTY FATHOMS MENEMUI LAUT KEENAM, OCEAN OF STORMS

Bacaan Lanjut