FESYEN LELAKI TERBAIK DAN TERBURUK DI OSCAR 2024
Anugerah Akademi atau Oscar ke-96 yang berlangsung pada 11 Mac di Dolby Theatre, Los Angeles meriah dengan kehadiran selebriti ternama.
Anugerah berprestij yang meraikan filem, sinematografi dan barisan pelakon terbaik ini dihoskan oleh Jimmy Kimmel buat kali keempat. Setiap tahun barisan selebriti yang hadir cuba menampilkan gaya paling glamor dan terbaik di karpet merah Oscar.
Walaupun kebanyakannya tampil menyerlah dengan persalinan segak dan menawan, ada juga yang gagal menonjol atau dicop terburuk.
Lihat gaya bintang terkenal di permaidani Oscar tahun ini
YANG SEGAK DI KARPET MERAH
Matt Bomer menyarung sut Brunello Cucinelli.
Colman Domingo memilih sut serba hitam Louis Vuitton.
Taylor Zakhar Perez menyerlah dalam Prada.
Cillian Murphy menggayakan persalinan Atelier Versace.
Sterling K. Brown tampan dalam sut biru kelasi Dior Men.
Ryan Gosling muncul di karpet merah Oscar 2024 dalam sut Gucci.
Ke Huy Quan menyarung sut double-breasted Giorgio Armani.
Bradley Cooper tampil klasik dalam sut Louis Vuitton.
Simu Liu segak dalam tuksedo Fendi di karpet merah Oscar 2024.
Dominic Sessa menggayakan sut Tom Ford.
YANG GAGAL MENARIK PERHATIAN
Penampilan Dwayne Johnson agak serabut dalam sut kelabu rekaan Dolce & Gabbana ini.
Riz Ahmed gagal menyerlah dalam kot labuh rekaan Marni.
Foto: WWD/Variety/Getty Images/AP
Pautan berkaitan: GAYA SELEBRITI DI KARPET MERAH ANUGERAH JUARA LAGU 38 #AJL38
Tags
Artikel Yang Berkaitan
OSCAR 2024: LIHAT SENARAI PENUH PEMENANG
Seperti yang dijangka, Oppenheimer terus mendominasi kemenangan di pentas Anugerah Akademi ke-96.
SENARAI PENUH PENCALONAN OSCAR 2024
Senarai pencalonan Oscar 2024 yang diumumkan oleh Zazie Beetz dan Jack Quaid baru-baru ini menyaksikan beberapa kejutan dan ‘penghinaan’.