FESYEN PILIHAN PUTERA WILLIAM DAHULU HINGGA KINI
Tidak dinafikan Putera William merupakan antara putera terkacak dan bergaya di dunia.
Sejak menjadi tumpuan lensa pada 1982, Putera William dilihat melalui satu revolusi gaya. Dia sentiasa membawa fesyen ke tahap baharu dalam setiap bab kehidupannya. Kebiasaanya Putera Wales dirakam menyarung sut formal atau denim bersama baju sejuk kashmir. Namun pada usia lebih muda, pendekatan fesyennya agak santai.
Lihat evolusi fesyen luar biasa Putera William sejak kecil
1984
Putera William menyarung kemeja jalur putih dan biru yang dipadankan bersama overall rona sedondon. Dia berusia dua tahun ketika ini.
1985
Abang yang prihatin! Dia mengenakan kemaja kotak dan celana pendek biru ketika bermain dengan Putera Harry yang menyarung pakaian sepadan.
1988
Menjadi pengiring perkahwinan ahli perniagaan, Rupert Soames dan Camilla Dunne bermakna Putera William tidak berpeluang memilih pakaian sendiri. Namun dia tampak comel dan segak dalam celana putih dan suspender merah jambu.
1995
Hari pertama Putera William mendaftar di Eton College, dia menyarung jaket kelabu bersama celana sedondon dan sepatu hitam.
1997
Putera Wales tampil segak dalam kemeja biru, celana khaki, dan sepatu hitam ketika melawat Glen Muick di Estet Istana Bamoral bersama Raja Charles dan Putera Harry.
2000
Putera William kelihatan selesa dalam hoodie kelabu, celana kuning air dan but paras lutut ketika melintasi sebatang jambatan sewaktu ekspedisi kemanusiaan Raleigh International di perkampungan Tortel, Chile.
2001
Putera Wales tampak santai dalam baju panas biru tua bersama jeans ketika hari pertamanya di Universiti St. Andrews, Scotland.
2007
Adik-beradik Diraja ini kelihatan segak dan kemas dalam sut lengkap bersama topi dan tali leher sedondon.
2010
Pasangan baru bertunang ini memilih rona biru tua dan Putera William kelihatan tampan dalam sut yang dipadankan dengan tali leher ungu. Aksesori terbaiknya? Senyumannya yang lebar.
2011
Putera William menyarung pakaian seragam pengawal Ireland rona merah dengan pangkat Kolonel untuk mengahwini cinta hatinya, Kate Middleton.
2011
Dia menyarung persalinan putih bersama jaket biru ketika menghadiri acara Foundation Polo Challenge bersama Puteri Wales.
2013
Ketika menyambut kelahiran anak pertama, Putera George, pasangan Diraja ini memilih pakaian rona sedondon iaitu biru muda.
2015
Biru sekali lagi! Putera William dan Putera George menyarung baju panas rona biru ketika muncul di St. Mary’s Hospital untuk menyambut kelahiran Puteri Charlotte.
2018
Untuk kelahiran anak ketiga, Putera Louie, dia meneruskan tradisinya dengan menyarung rona biru.
2021
Putera William dan Putera George meyarung sut sedondon kala menonton perlawanan bola sepak Euro 2020.
2021
Putera berusia 42 tahun ini mencuri perhatian dalam jacket sut baldu rona hijau ketika menghadiri gala ulang tahun Centrepoint.
2022
Bakal raja ini menggayakan stail smart casual dalam sut biru kelasi dan kemeja tidak dibutang pada hari pertama persekolahan anak-anaknya.
2023
Putera Wales tampil segak dalam tuksedo baldu rona hitam kala menghadiri EE BAFTA.
Foto: The Times
Pautan berkaitan: EVOLUSI GAYA VICTORIA & DAVID BECKHAM SEJAK DUA DEKAD LALU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ISYARAT MANIS DARIPADA PUTERA WILLIAM BUAT ANAK PEREMPUANNYA, PUTERI CHARLOTTE
Putera William secara terbuka menunjukkan rasa kasih dan sayang pada Puteri Charlotte dengan memakai gelang manik pemberian puterinya.
ALASAN MENGAPA PUTERA WILLIAM TIDAK PERNAH MENYARUNG CINCIN PERKAHWINAN
Ramai tidak menyedari bahawa Putera Wales tidak pernah menyarung cincin sejak mendirikan rumah tangga sehingga ke hari ini.
GAJI TAHUNAN PUTERA WILLIAM SELEPAS DIKURNIA GELARAN DUKE OF CORNWALL
Putera William memiliki estet bernilai lebih RM47 bilion yang ditubuhkan oleh Raja Edward III pada 1337 buat pewaris takhta.
DUGAAN BERGANDA BUAT PUTERA WILLIAM
'Sudah jatuh ditimpa tangga' - itulah peribahasa tepat untuk menggambarkan keadaan pewaris takhta Britain, Putera William sekarang ini.
MENGAPA PUTERA WILLIAM & KELUARGA SERING MENYARUNG PERSALINAN BIRU?
Sukar untuk melihat Putera William dan anak isterinya memakai warna lain selain biru, seolah-olah ia adalah peraturan. Apakah sebabnya?
GAJI PUTERA WILLIAM DIDEDAHKAN, BAKAL PEROLEH EMPAT KALI GANDA TAHUN INI
Gelaran putera raja datang dengan ‘pakej’ pendapatan tahunan yang amat lumayan, seperti yang diterima Putera Wales.