Skip to content

TEMAN WANITA HAMIL, HENRY CAVILL BAKAL TIMANG ANAK SULUNG

TEMAN WANITA HAMIL, HENRY CAVILL BAKAL TIMANG ANAK SULUNG

Kongsikan artikel ini

Henry Cavill bakal memasuki fasa baru dalam kehidupan: Alam keibubapaan.

Pada tayangan perdana The Ministry of Ungentlemanly Welfare baru-baru ini, Henry mendedahkan dia dan teman wanita, Natalie Viscuso kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata pertama.

“Kami sangat teruja dengan kehamilan ini. Saya pasti anda akan melihat lebih banyak lagi selepas ini,” ujarnya kepada Access Hollywood.

Apabila ditanya adakah dia mendapat inspirasi untuk menjadi bapa daripada pelakon gandingannya dalam filem itu, Henry Golding, dia berkata, “Oh tidak, dia tidak memberi inspirasi kepada saya. Sebaliknya ia datang daripada ibu bapa saya sendiri.”

Henry Cavill Natalie Viscuso

Foto: Beautiful Signature IG/Mega

Masa Depan Henry Cavill Dan Natalie Viscuso

Pasangan ini menjalin hubungan percintaan sejak lebih tiga tahun lalu. Natalie merupakan naib presiden Vertigo Entertainment, syarikat produksi yang terlibat dengan projek filem seperti It, Five Nights at Freddy’s dan The Lego Movie.

Kelibat pasangan ini dirakam buat kali pertama pada April 2021 ketika sedang berjalan berpimpin tangan di kota London. Seminggu kemudian, mereka mengesahkan spekulasi percintaan yang tular di media sosial dengan memuat naik foto pertama bermain catur di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N a t a l i e (@nviscuso)

Henry dan Natalie memilih untuk tidak berkongsi banyak tentang perhubungan mereka kepada umum. Mereka hanya muncul di karpet merah buat kali pertama pada penghujung 2022, selepas lebih setahun bergelar pasangan kekasih.

Buat aktor The Witcher ini pula, dalam satu temu bual pada 2017, dia berkata menjadi bapa adalah perkara yang sering bermain dalam fikirannya sebelum ini.

“Jika saya memiliki zuriat suatu hari nanti, saya mahu menjadi bapa yang sentiasa meluangkan masa bermain, berlari dan mengejar anak-anak. Saya mahu menjadi bapa yang sihat dan cergas, bukan jenis yang suka duduk berehat dan membiarkan anak bermain sendirian,” kongsinya.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: “CINTA HATI KAMI” – MALUMA KINI BERGELAR BAPA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TINJAU RUMAH AGAM MEWAH BAHARU MILIK DAVID BECKHAM & VICTORIA

TINJAU RUMAH AGAM MEWAH BAHARU MILIK DAVID BECKHAM & VICTORIA

Bacaan Lanjut
ED WESTWICK BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA

ED WESTWICK BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA

Bacaan Lanjut
KEMUNCULAN TOM HOLLAND & ZENDAYA DALAM PERSALINAN SEDONDON MENCURI PERHATIAN

KEMUNCULAN TOM HOLLAND & ZENDAYA DALAM PERSALINAN SEDONDON MENCURI PERHATIAN

Bacaan Lanjut
5 AKTOR POPULAR YANG PERNAH BERNIAT MENINGGALKAN INDUSTRI HOLLYWOOD

5 AKTOR POPULAR YANG PERNAH BERNIAT MENINGGALKAN INDUSTRI HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut
KEBENARAN MENGENAI PERCINTAAN ANGELINA JOLIE & AKALA

KEBENARAN MENGENAI PERCINTAAN ANGELINA JOLIE & AKALA

Bacaan Lanjut
FASA BARU HUBUNGAN TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER

FASA BARU HUBUNGAN TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER

Bacaan Lanjut