Skip to content

AERIL ZAFREL BERKONGSI PENGALAMAN MENJADI MANGSA SIHIR

AERIL ZAFREL BERKONGSI PENGALAMAN MENJADI MANGSA SIHIR

Kongsikan artikel ini

Siapa sangka artis serba boleh, Aeril Zafrel pernah diserang penyakit misteri lebih 10 tahun lalu.

Menurut bintang Sabda Kekasih itu, dia mengalami kejadian mistik selepas kematian bapanya pada tahun 2010. Disebabkan itu, dia terpaksa berehat daripada industri seni kerana kesihatannya terjejas teruk.

Aeril berkongsi pengalamannya itu ketika menjadi tetamu audio siar Sera Podcast. Katanya, dia mengalami kesakitan pada seluruh badan apabila tiba waktu senja. Justeru dia mendapatkan rawatan perubatan Islam untuk memulihkan dirinya.

“Kehidupan aku sebelum apa aku jadi sekarang ini dan kenapa aku kurang berlakon selama ini adalah selepas ayah aku meninggal dunia. Aku sakit, selepas Maghrib aku akan sesak dada dan aku pergi berubat.

“Bila aku berubat, macam-macam benda yang keluar daripada badan aku. Paling mengejutkan adalah semasa mendapatkan rawatan, paku, kemenyan, setanggi, pisau dan pasir keluar lebih sepuluh barang yang tak pernah aku bayangkan benda ini boleh ada dalam badan aku,” katanya.

@serapodcast

Sangat-sangat exclusive geng! Patut la Aeril lama tak berlakon, baru tau sebab apa geng. Buat pertama kali @aerilzafrel buka cerita pasal ayah dia dan kisah “MISTIK” yang selama ini orang tak tahu. Nak tau kisah lanjut, jangan lupa tengok episode 03 di YouTube Serapodcast. #serapodcast #serapod #levelup #podcast

♬ original sound – serapodcast – serapodcast

Pengalaman Aeril Zafrel Diterjemah Ke Dalam Lakonan

Pelakon berusia 36 tahun itu menambah, pengalaman misteri yang dialami secara tidak langsung membantunya menjayakan naskah lakonan berunsur mistik.

“Bila aku melalui proses berubat, ‘benda itu’ dekat dengan aku. Jadi aku faham perubatan ini macammana. Kadang-kadang apabila ada watak yang macam ini, aku dah melalui fasa-fasa (berubat) itu, sudah berhadapan pun dengan makhluk-makhluk yang cuba untuk menyakitkan aku, jadi perkara sebegini tidak asing untuk aku,” ujarnya.

Aeril juga pernah mendedahkan pada Februari 2021 bahawa dia dan keluarga menjadi mangsa perbuatan sihir sebulan sebelumnya. Bagaimanapun mereka sekeluarga berjaya pulih selepas mendapat rawatan daripada pakar perubatan Islam.

 

Foto: Halimaton Saadiah Sulaiman

Pautan berkaitan: AERIL ZAFREL LANCAR NOVEL ADAPTASI FILEM ABNORMAL BUAS

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

AERIL ZAFREL LANCAR NOVEL ADAPTASI FILEM ABNORMAL: BUAS

AERIL ZAFREL LANCAR NOVEL ADAPTASI FILEM ABNORMAL BUAS

Bacaan Lanjut
10 BAPA PALING HANGAT DI MALAYSIA PILIHAN GLAM LELAKI

10 BAPA PALING HANGAT DI MALAYSIA PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
APA PUNCA AERIL ZAFREL POSITIF COVID-19 KALI KEDUA?

APA PUNCA AERIL ZAFREL POSITIF COVID-19 BUAT KALI KEDUA?

Bacaan Lanjut
AERIL ZAFREL BERKONGSI TIP ATASI TEKANAN KALA PANDEMIK

AERIL ZAFREL BERKONGSI TIP ATASI TEKANAN KALA PANDEMIK

Bacaan Lanjut
AERIL ZAFREL BERKONGSI PENGALAMAN MENJADI MANGSA SIHIR

AERIL ZAFREL DAN PENGURUS DISAHKAN POSITIF COVID-19

Bacaan Lanjut

Pereka menswear Malaysia: JOSHUA FITTON

Bacaan Lanjut