Skip to content

Uniqlo Malaysia

KEMBARA GAYA DI KUALA LUMPUR BERSAMA GL GANG, SHARUL AIMY DAN JASON TAN

Kongsikan artikel ini

GL Gang, Sharul Aimy dan Jason Tan memulakan pengembaraan urban di sekitar Kuala Lumpur dengan koleksi UNIQLO Summer Travel Essentials yang selesa, ringan dan bergaya.

Kuala Lumpur terus menjadi antara destinasi percutian utama di rantau Asia. Walaupun dengan cuaca yang panas dan lembap sepanjang hari, ibu negara Malaysia ini sesuai sebagai destinasi pilihan untuk pengembaraan urban yang menyeronokkan. Dari hutan konkrit penuh warisan kepada taman yang menghijau segar, GLAM Lelaki bersama GL Gang, Sharul Aimy dan Jason Tan memulakan pengembaraan di sekitar Kuala Lumpur dengan koleksi UNIQLO Summer Travel Essentials yang selesa dan bergaya.

sharul aimy

Atlet gimnastik Malaysia, Sharul Aimy bersama pempengaruh media sosial, Jason Tan memulakan kembara gaya mereka dengan mengutamakan keselesaan dan stail peribadi masing-masing. Walaupun mempunyai estetika gaya yang berbeza, kedua-dua GL Gang ini terus mengelevasikan stail peribadi dengan pilihan helaian yang sesuai dengan gaya hidup aktif mereka. Tanpa menggadaikan estetika fesyen semasa, helaian-helaian untuk musim panas ini cukup versatil dan mudah untuk dipadankan.

Koleksi UNIQLO Summer Travel Essentials ini cukup individual. Ia sesuai digayakan oleh semua peringkat masyarakat, tidak kira usia mahupun bentuk badan. Ianya bergaya, selesa dan paling utama dihasilkan dengan teknologi terkini seperti AIRism, serta kualiti material fabrik yang terbaik. Koleksi ini boleh digayakan sepanjang hari, untuk apa jua aktiviti dan pengembaraan.

Berikut adalah beberapa koleksi yang digayakan oleh GL Gang, Sharul Aimy dan Jason Tan untuk kembara musim panas mereka di sekitar Kuala Lumpur nanti:

1. Ekspolari Alam Semula Jadi

Premium Linen Long Sleeve Shirt

Dihasilkan daripada linen premium 100% Eropah, ia boleh dipadankan penuh gaya begitu sahaja atau bersama padanan lain.

Boleh didapati di sini pada harga RM149.90

Chino Shorts

Dikemas kini dengan fabrik yang ringan untuk pemakaian yang selesa. Seluar pendek ini menampilkan potongan yang panjang dan luas, memberikan gaya yang lebih relaks.

Boleh didapati di sini pada harga RM99.90

2. Road Trip GL Gang

Geared Shorts

Dihasilkan daripada material nilon yang tahan lasak bersama rekaan telap air (tidak kekal), seluar pendek ini menampilkan poket sisi yang berfungsi bersama penutup yang mudah. Ia turut hadir dengan tali pinggang gancu yang mudah dan ruang poket yang luas. Cukup sesuai untuk penggayaan harian dan pengembaraan luar.

Boleh didapati di sini pada harga RM99.90

Premium Linen Long Sleeve Shirt

Dikemas kini dengan kandungan kapas yang lebih tinggi untuk tekstur lebih lembut, ia juga dapat mengekalkan rasa sejuk pada fabrik linen. Helaian ini juga kini menampilkan potongan yang lebih relaks pada bahagian bahu, dada dan hem. Lantas ia memberikan lebih keselesaan dan memudahkan pergerakan.

Boleh didapati di sini pada harga RM149.90

3. Percutian Pantai

 

AIRism Cotton Oversized Striped Crew Neck Half Sleeve T-Shirt

Sebahagian daripada koleksi UNIQLO U, kemeja-t ini dihasilkan daripada dedikasi sekumpulan pereka fesyen antarabangsa di Paris Research and Development Centre. Mereka diketuai oleh Pengarah Artistik, Christophe Lemaire.

Boleh didapati di sini pada harga RM79.90

Extra Fine Cotton Broadcloth Short Sleeve Shirt

Kemeja ini dihasilkan daripada 100% serat kapas yang lebih panjang. Ia telah dicuci untuk memberikan sentuhan mewah yang lebuh dan sempurna untuk gaya kasual. Juga sesuai untuk padanan bersama kemeja-t.

Boleh didapati di sini harga RM99.90

4. Kembara Kota

AIRism Cotton Sleeveless T-Shirt

Ia menampilkan rekaan asas dan potongan yang versatil untuk padanan gaya yang mudah. Dengan leher kelasi yang boleh digayakan begitu sahaja atau bersama padanan jaket atau kemeja. Potongan pada bahagian sisi pun memberikan sentuhan yang bergaya.

Boleh didapati di sini pada harga RM49.90

Linen Blend Relaxed Pants

Ia dihasilkan daripada material tenun kelarai premium, seluar ini menggabungkan tekstur linen yang tersendiri bersama sentuhan kapas yang lembut. Pinggang drawstring yang menggunakan material sama pula menambahkan sentuhan keseluruhan yang premium.

Boleh didapati di sini pada harga RM149.90

 

Mahu memulakan pengembaraan urban untuk musim panas ini? Dapatkan koleksi UNIQLO Summer Travel Essentials yang sudah tersedia di semua stor fizikal UNIQLO di seluruh Malaysia. Atau boleh layari laman rasmi UNIQLO Malaysia dengan mudah dan cepat di sini.

 

Baca lebih lanjut: 5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

UNIQLO: C HADIRKAN KOLEKSI LELAKI

Bacaan Lanjut
UNIQLO Malaysia

UNIQLO RAIKAN KEMERDEKAAN BERSAMA BUNGA DAN BINTANG

Bacaan Lanjut
alton ang

“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG

Bacaan Lanjut
Glam Lelaki Fashion Party 2024

25 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024  

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Uniqlo trx

APA YANG MENARIK DI STOR UNIQLO TERBESAR MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX?

Bacaan Lanjut