10 FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG JENNIFER LOPEZ ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU
Jennifer Lopez menjadi tumpuan baru-baru ini dek keputusannya menfailkan perceraian terhadap Ben Affleck pada ulang tahun perkahwinan kedua mereka pada 20 Ogos 2024.
Walaupun masyhur dengan bakatnya sebagai penghibur serba boleh, namanya sering dikaitkan dengan kontroversi perhubungan. Terutama empat perkahwinannya yang hancur di tengah jalan (termasuk bersama Ben) dan percintaan dengan beberapa selebriti popular yang tidak kesampaian.
Namun sepanjang tiga dekad penglibatannya dalam industri hiburan, Jennifer berjaya membuktikan bahawa dia bukan sahaja pelakon berbakat besar malah juga penyanyi yang hebat. Nama dan pencapaiannya menjadi sebutan di seluruh dunia, namun terdapat beberapa fakta hebat mengenainya yang semakin dilupai peminat.
Ini fakta yang anda perlu tahu mengenai Jennifer Lopez
10. Merupakan selebriti pertama (dan satu-satunya) yang mempunyai album dan filem nombor satu di Amerika Syarikat secara serentak.
Jennifer mencipta rekod ini pada Januari 2002 apabila filem romantik komedi lakonannya, The Wedding Planner mencatat kejayaan besar di samping album studio keduanya berjudul J.Lo. Sejak itu, tiada siapa mampu menandingi kejayaan tersebut.
9. Muncul dalam video muzik Janet Jackson, That’s The Way Love Goes.
Dia pernah menjadi penari latar dalam video muzik That’s The Way Love Goes nyanyian Janet Jackson yang dilancarkan pada April 1993. Ya, Jennifer merupakan penari latar sebelum bergelar selebriti pada lewat 90-an.
8. Juga menjadi penari latar di American Music Awards 1991.
Sebelum menjadi terkenal, Jennifer adalah penari yang berjaya dan bakatnya ini merupakan sebahagian besar daripada kerjayanya dalam industri hiburan.
Pada 1991, dia turut serta dalam persembahan New Kids on the Block sewaktu acara tahunan American Music Awards. Siapa sangka penari latar ini akhirnya menjadi salah seorang bintang tersohor di dunia!
7. Turut menari dalam rancangan komedi, In Living Color.
Satu lagi fakta yang tidak diketahui ramai adalah Jennifer memulakan kerjayanya sebagai penari Fly Girl dalam rancangan In Living Color. Dia merupakan pemenang tempat kedua mengalahkan 2,000 peserta, namun dipilih untuk peranan tersebut setelah juara menarik diri. Dia menyertai barisan pelakon dari 1991 hingga 1993 sebelum memutuskan untuk berhenti dan menceburi bidang lakonan sepenuh masa.
6. Google Image wujud disebabkan gaun Versace ikoniknya.
Pada 2000, Jennifer menyarung gaun hijau Versace ke anugerah Grammy dan seluruh dunia mahu menyaksikan foto ikonik tersebut.
“Orang mahu melihat lebih banyak, bukan sekadar teks. Ini jelas terbukti selepas berlangsungnya anugerah Grammy 2000, di mana Jennifer Lopez menyarung gaun hijau yang mendapat perhatian dunia.
“Pada ketika itu ia adalah carian paling popular. Namun kami tidak mempunyai cara tepat untuk membantu pengguna mendapatkan apa yang mereka cari: ‘JLo memakai dress itu’. Maka lahirlah Googe Image Search,” kata bekas Ketua Pegawai Eksekutif Google, Eric Schmidt.
5. Pada 2008, Jennifer menamatkan The Nautica Malibu Triathlon.
Jennifer menyertai triatlon pertamanya di Malibu dan berjaya menamatkannya dengan berenang sejauh setengah batu, menunggang basikal sejauh 18 batu, dan berlari sejauh empat batu dalam masa 2 jam, 23 minit dan 28 saat. Pencapaian yang agak mengagumkan!
4. Pernah berkahwin sebanyak empat kali (dan bercerai).
Jennifer yang baru menfailkan perceraian dengan Ben pernah bergelar isteri sebanyak empat kali. Pada 1997, dia mendirikan rumah tangga dengan pelayan, Ojani Noa dan bercerai selepas setahun. Dia kemudiannya mengahwini penari, Cris Judd pada 2001 namun perhubungan mereka hanya bertahan dua tahun.
Pada 2004, Jennifer disatukan dengan penyanyi Marc Anthony dan dikurniakan sepasang cahaya mata kembar. Sedekad kemudian, mereka mengumumkan perceraian. Lapan belas tahun kemudian, dia kembali bergelar isteri. Kali ini dengan bekas tunangnya, Ben. Malangnya perkahwinan mereka juga kecundang.
3. Pada 1999, Jennifer didakwa atas kesalahan jenayah kerana memiliki senjata.
Pasti ramai terlupa penyanyi ini pernah ditangkap polis. Pada Disember 1999, berlakunya aksi tembak-menembak di sebuah kelab di New York sehingga menyebabkan tiga orang tercedera. Jennnifer dan teman lelakinya ketika itu, Diddy ditangkap selepas cuba melarikan diri dari tempat kejadian. Namun dakwaan itu digugurkan kerana kekurangan bukti.
2. Jennifer dan Ben memulakan trend gabungan nama pasangan.
Walaupun gabungan nama pasangan sangat popular sekarang ini, hakikatnya ramai telah melupai asal-usulnya. Antara yang pernah menjadi sebutan adalah Jelena (Justin Bieber dan Selena Gomez) dan Brangelina (Brad Pitt dan Angelina Jolie). Namun pada asalnya trend ini dimulakan oleh Bennifer.
1. Nama anak kembarnya, Max dan Emme diinspirasikan daripada watak Utama Dragon Tales.
Jennifer menamakan anak kembarnya sempena nama watak adik-beradik Latin dalam siri animasi Dragon Tales. Max dan Emme dilahirkan pada 22 Februari 2008.
Foto: Norman Jean Roy
Pautan berkaitan: PUNCA PERCERAIAN MARC ANTHONY & JENNIFER LOPEZ AKHIRNYA DIDEDAHKAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DIRAKAM BERKUCUPAN, BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ PILIH BERDAMAI?
Power couple Hollywood, Ben Affleck dan Jennifer Lopez kembali menjadi topik perbualan hangat selepas dirakam beraksi mesra di sebuah hotel terkemuka.
ALASAN MENGAPA JENNIFER LOPEZ TEKAD BERCERAI DENGAN BEN AFFLECK
Tanggal 20 Ogos 2024 menandakan ulang tahun perkahwinan kedua buat Ben Affleck dan Jennifer Lopez. Pada tarikh sama, JLo menfailkan perceraian.
DUA TAHUN BERKAHWIN BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ BAKAL BERCERAI?
Rumah tangga power couple Hollywood, ‘Bennifer’ dilaporkan sedang retak menanti belah.
“CINTA HATI KAMI” – MALUMA KINI BERGELAR BAPA
Bintang Latin, Maluma dan teman wanita, Susana Gomez baru saja menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka.
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024
Coach SS24 menyajikan koleksi penuh dengan jukstaposisi antara dua aspek berbeza, pretty and tough. Jennifer Lopez hadir buat julung kalinya.
MARC ANTHONY DIKURNIA ANAK KETUJUH PADA HARI BAPA
Sambutan Hari Bapa tahun ini lebih bermakna buat Marc Anthony apabila dikurniakan seorang lagi cahaya mata dalam hidupnya.