Skip to content

SELENA GOMEZ DAN THE WEEKND BERCINTA?

Kongsikan artikel ini

Apa benar dakwaan ini? Internet hari ini dikhabarkan menggila dek netizen yang terkejut dengan new and hot couple alert, Selena Gomez dan The Weeknd yang tampak bercumbuan selepas keluar dari sebuah restoran di Santa Monica pada Selasa lepas.

selena-gomez-the-weekend-2-1f429edb-e51d-4a5f-9a52-d7aa50470d11

Photo credit: AKM-GSI

Dalam gambar-gambar yang sedang hangat dikongsikan di sosial media ini, Selena dan The Weeknd kelihatan seperti pasangan yang sedang hangat bercinta. Mereka berdua kelihatan sedang bercumbu dan berpelukan seakan tidak menyedari lensa paparazi merakam keintiman mereka. Buat-buat tidak nampak mungkin? Mengikut laporan seorang saksi, pasangan tersebut tiba di restoran tersebut dalam jam 9 malam dan berbual dalam sebuah bilik peribadi selama tiga jam sebelum keluar daripada restoran tersebut.

The Weeknd yang baru sahaja putus cinta dengan model popular Bella Hadid dilihat enggan lagi membuang masa dan mereka berdua kelihatan sangat secocok. Bukan sahaja kedua-duanya penyanyi terkenal, malah dikhabarkan mereka juga sedang bekerjasama untuk menghasilkan muzik baru tidak lama lagi.

selena-gomez-the-weekend-3-4f5f78ce-5b5f-470b-94d0-5dc5ec78269f

Photo credit: AKM-GSI

Dan ironinya, Bella Hadid dikatakan sudah unfollow Selena di Instagram. Ops! Jadi, adakah ini antara rangka promosi murahan untuk projek akan datang, ataupun mereka benar-benar bercinta? Well, hanya mereka yang tahu. Kita tunggu dan lihat.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut

5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA

Bacaan Lanjut
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

Bacaan Lanjut
BAGAIMANA KEJOHANAN PIALA DUNIA FIFA 2026 MEMBERI IMPAK KEPADA TREND FESYEN?

EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES

GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES

Bacaan Lanjut

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut