Skip to content

10 DETIK PALING DIINGATI DALAM SEJARAH MTV VMA

10 DETIK PALING DIINGATI DALAM SEJARAH MTV VIDEO MUSIC AWARDS

Kongsikan artikel ini

Sejak diwujudkan pada September 1984, MTV Video Music Awards menjadi terkenal dengan frasa ‘apa sahaja boleh berlaku’.

Pada tahun 1984, Madonna membuat persembahan pentas MTV VMA pertama dengan menyampaikan lagu popularnya, Like A Virgin sambil berguling di atas pentas – satu tindakan yang dianggap memalukan ketika itu.

Selepas 19 tahun, dia menjadi tajuk berita sekali lagi apabila berkucupan dengan Britney Spears dan Christina Aguilera di pentas yang sama. Namun Madonna bukan satu-satunya selebriti yang ‘menonjol’ di anugerah berprestij itu.

GL kongsikan beberapa momen bersejarah di pentas MTV VMA

 

Madonna (1984)

Status ikonik Madonna melonjak apabila dia tampil membuat persembahan sulung di pentas MTV VMA. Ratu pop itu mengejutkan penonton apabila muncul dari dalam sebiji kek gergasi menyarung gaun pengantin rona putih dan berguling di atas pentas sambil menyanyikan lagu Like A Virgin.

Foto: MTV

 

Nirvana (1992)

Sesuai dengan attitude Nirvana yang bersahaja, kumpulan itu memulakan persembahan mereka dengan memainkan kod lagu mereka yang telah diharamkan, Rape Me sebelum menyampaikan lagu Lithium. Persembahan mereka menjadi hangat apabila pemain bass memukul wajahnya sendiri dengan gitar dan pemain dram Dave Grohl memanggil vokalis Guns N’ Roses, Axl Rose naik ke atas pentas.

10 DETIK PALING DIINGATI DALAM SEJARAH MTV VMA

Foto: Getty Images

 

Michael Jackson & Lisa Marie Presley (1994)

Pasangan ini telah pun bergelar suami isteri ketika bercumbu secara terbuka di pentas MTV VMA, malangnya aksi spontan itu mencetuskan perbualan hangat dan rasa kurang senang di kalangan peminat. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama 18 bulan.

10 DETIK PALING DIINGATI DALAM SEJARAH MTV VMA

Foto: Reuters

 

Britney Spears (2001)

Salah satu persembahan Britney Spears yang akan terus diingati sampai bila-bila. Penyanyi itu muncul bersama ular sawa kuning sepanjang tujuh kaki kala menyampaikan lagu Slave 4 U.

10 DETIK PALING DIINGATI DALAM SEJARAH MTV VMA

Foto: WireImage

 

Madonna, Britney Spears & Christina Aguilera (2003)

Dua dekad selepas kontroversi pertama, Madonna menghangatkan pentas MTV VMA sekali lagi apabila mengucup bibir Britney Spears dan Christina Aguilera. Kedua-duanya menyarung gaun perkahwinan seksi rona putih ketika itu.

10 DETIK PALING DIINGATI DALAM SEJARAH MTV VMA

Foto: WireImage

 

Lady Gaga (2009)

Dikenali sebagai artis yang gemar membuat kejutan, Lady Gaga berjaya membuat penonton terpegun dengan trik darah yang mengalir keluar dari pakaiannya kala menyampaikan lagu Paparazzi.

Foto: Getty Images

 

Kanye West & Taylor Swift (2009)

Perbalahan antara kedua-dua penyanyi ini menjadi tontonan dunia apabila Kanye West tanpa segan silu menaiki pentas dan menghentikan ucapan kemenangan Taylor Swift.

Foto: Getty Images

 

Beyonce (2011)

Penyanyi ini mengesahkan khabar angin kehamilannya dengan menayang baby bump pada penghujung persembahan Love on Top.

Foto: Getty Images

 

Nicki Minaj (2015)

Beberapa hari sebelum berlangsungnya MTV VMA, Miley Cyrus menyelar sikap Nicki Minaj sebagai ‘tidak sopan’ dalam satu temu bual bersama media. Nicki membalas kritikan itu secara langsung di atas pentas dengan berkata, “Miley, what’s good?”.

Foto: Getty Images

 

Fifth Harmony (2017)

Ally Brooke, Normani, Dinah Jane dan Lauren Jauregui muncul di atas pentas MTV VMA bersama seorang lagi wanita yang kelihatan terjatuh dari pentas sebaik sahaja persembahan bermula – sebagai sindiran kepada Camila Cabello yang baru sahaja meninggalkan kumpulan itu.

Foto: YouTube

 

Pautan berkaitan: 10 MOMEN KONTROVERSI DALAM SEJARAH ANUGERAH AKADEMI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SENARAI PENUH PEMENANG MTV VMA 2024

SENARAI PENUH PEMENANG MTV VMA 2024

Bacaan Lanjut

MOMEN FESYEN TERHANGAT DI ANUGERAH MTV VMA 2023

Bacaan Lanjut
KONTROVERSI 2 FINALE RANCANGAN REALITI KOREA “Physical 100”, SIAPA YANG PATUT MENANG?

RANCANGAN NETFLIX KOREA “PHYSICAL: 100” CETUS KONTROVERSI, SIAPA YANG PATUT MENANG?

Bacaan Lanjut
WILL SMITH DIPERSENDA EDDIE MURPHY DI ANUGERAH GOLDEN GLOBES

WILL SMITH DIPERSENDA EDDIE MURPHY DI ANUGERAH GOLDEN GLOBES

Bacaan Lanjut
TAHUN 2023 PELUANG BAHARU BUAT KIM SEON HO

TAHUN 2023 PELUANG BAHARU BUAT KIM SEON HO

Bacaan Lanjut
KANYE WEST KECAM SELEBRITI BERHUBUNG KEMPEN KONTROVERSI BALENCIAGA

KANYE WEST KECAM SELEBRITI BERHUBUNG KEMPEN KONTROVERSI BALENCIAGA

Bacaan Lanjut