Skip to content

afgan

TOP 10 LAGU HITS AFGAN YANG WAJIB ADA DALAM PLAYLIST

Kongsikan artikel ini

Temui top playlist Afgan, dari balada romantis hingga R&B yang penuh jiwa, meraikan karier muziknya yang ikonik!

Afgan, merupakan seorang penyanyi yang telah hampir dua dekad dalam industri muzik. Mula melonjak naik sejak debutnya pada tahun 2008 dengan album Confession No.1 yang memuatkan lagu popular Terima Kasih Cinta. Sejak itu, namanya terus relevan di persada muzik, dan perjalanan kariernya menjadi bukti dedikasi dan keazamannya untuk terus berkembang.

Dalam usahanya mengekalkan momentum, Afgan tidak takut untuk bereksperimen dengan gaya muzik berbeza. Baru-baru ini, dia memperkenalkan muzik R&B yang lebih segar, menjauh dari pop balada yang sinonim dengannya. Showcase di The Bee menampilkan sisi berbeza Afgan, memberi peminat peluang menikmati alunan R&B yang lebih mendalam dan berani.

Bagi Afgan, kekal berinspirasi adalah tentang menghargai perkara-perkara kecil dalam hidup, seperti masa bersama keluarga dan peminat. Pendekatan ini membantunya terus menghasilkan muzik yang penuh jiwa dan memberi makna dalam setiap karyanya, menjadikannya kekal sebagai artis yang sentiasa berkembang.

GLAM Lelaki bakal membawakan himpunan lagu terbaik dari bintang Indonesia ini yang wajib ada dalam playlist anda! Ingin lihat pesona hebatnya menghiasi muka depan GLAM Lelaki edisi Oktober? Saksikan aksi eksklusif di TikTok kami, di sebalik tabir GLAM Lelaki Oktober!

@majalahglam

#DisebalikGLAMLelaki bersama @Afgan! Say hello to wajah depan GLAM Lelaki isu October 2024 🎤🌟 !! #Afgan #GLAMLelaki #behindthescene

♬ Diet Pepsi – Addison Rae

PESONA AFGAN 10 LAGU BINTANG POP INDONESIA INI YANG WAJIB ADA DALAM PLAYLIST ANDA!

#1 BAWALAH CINTAKU (2008)

#2 BUKAN CINTA BIASA (2009)

# 3 JODOH PASTI BERTEMU (2013)

#4 KU DENGANNYA KAU DENGAN DIA (2016)

#5 PERCAYALAH KOLABORASI BERSAMA RAISSA (2015)

#6 PANAH ASMARA (2010)

#7 WAJAHMU MENGALIHKAN DUNIAKU (2013)

#8 M.I.A KOLABORASI BERSAMA JACKSON WANG (2021)

 

#9 ESCAPE KOLABORASI BERSAMA JESSI (2024)

 

#10 ADA KOLABORASI BERSAMA LYODRA (2023)

 

Pautan Berkaitan: AFGAN IS GLAM LELAKI OCTOBER’S COVER STAR!

By Siti Maliyanah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KRU

IKON LEGENDA POP BAND MALAYSIA KRU KEMBALI MENGGEGARKAN INDUSTRI MUZIK

Bacaan Lanjut
MUAH!

MUAH! GEGAR INDUSTRI MUZIK DENGAN SINGLE TERBARU BBF

Bacaan Lanjut

AFGAN IS GLAM LELAKI OCTOBER’S COVER STAR!

Bacaan Lanjut
AFGAN TUTUP TIRAI 2024 DENGAN KONSERT SOLO TERBESAR DI PULAU PINANG

AFGAN TUTUP TIRAI 2024 DENGAN KONSERT SOLO TERBESAR DI PULAU PINANG

Bacaan Lanjut
kendrick lamar

KENDRICK LAMAR BAKAL MENGEGARKAN PENTAS SUPER BOWL LIX HALFTIME

Bacaan Lanjut
THE SEPTEMBER BOYS IS HERE! HAEL HUSAINI, MIERUL AIMAN & AMIRUL DANIAL #NEWERA

#NEWERA, HAEL HUSAINI, MIERUL AIMAN & AMIRUL DANIAL

Bacaan Lanjut