Skip to content

KRU

IKON LEGENDA POP BAND MALAYSIA KRU KEMBALI MENGGEGARKAN INDUSTRI MUZIK

Kongsikan artikel ini

KRU Kembali! Revolusi Muzik Malaysia KRU kini kembali menggegarkan industri bersama Sony Music dan Album Terbaru “KASET”

Sebuah revolusi muzik bakal meletus sekali lagi di Malaysia—KRU is back! Trio ikonik yang dianggotai oleh tiga beradik, Norman, Yusry, dan Edry Abdul Halim, kini kembali menggegarkan industri muzik tanah air dengan kerjasama eksklusif bersama Sony Music Entertainment Malaysia. Setelah lebih dari tiga dekad meninggalkan jejak yang mendalam dalam dunia muzik, KRU kini bersedia untuk mencipta lebih banyak fenomena dengan karya terbaharu mereka.

Sejak debut mereka pada tahun 1992, KRU telah membawa muzik Malaysia ke era yang serba baru, merintis gabungan genre pop, hip-hop, dan R&B dengan gaya yang segar dan unik. Lagu-lagu ikonik mereka seperti Awas! dan Ooh! La! La! menjadi siulan ramai. Setiap kali nama KRU disebut, memori tentang Generasi dan KRU—dua album yang mencipta gelombang besar di kalangan peminat pasti terlintas di fikiran.

Mereka bukan sekadar sebuah kumpulan muzik biasa. KRU telah menjadi ikon kebudayaan, mencipta trend dan menyentuh hati generasi demi generasi. Dengan gaya muzik yang berani dan lirik yang relevan, mereka berjaya mengukuhkan diri sebagai legenda dalam industri muzik Malaysia.

SONY MUSIC MALAYSIA KINI BERKERJASAMA BERSAMA POP BAND MUZIK MALAYSIA KUMPULAN KRU

Mereka telah mengumumkan kerjasama rasmi bersama Sony Music Entertainment Malaysia. Kolaborasi ini menandakan era baharu, dan bukan sekadar kemunculan semula biasa. Sony Music dan KRU berjanji untuk menghasilkan karya-karya yang penuh inovasi, yang bukan sahaja menarik perhatian para peminat setia. Malahan memperkenalkan kumpulan ini kepada generasi baru yang mungkin baru mengenali mereka.

Tumpuan utama yang paling dinantikan oleh para peminat KRU adalah pelancaran album terbaru mereka, “KASET”. Nama album ini sahaja sudah cukup untuk membangkitkan nostalgia kepada zaman di mana kaset menjadi medium utama untuk menikmati muzik. Melalui “KASET”, kumpulan ini bukan sahaja ingin membawa peminat lama mereka kembali ke era kegemilangan kaset, tetapi juga memberi nafas baru dengan sentuhan moden yang sesuai dengan selera muzik masa kini.

KRU

Bagi yang telah mengikuti perjalanan KRU sejak awal, kerjasama ini merupakan saat yang dinanti-nantikan. Bersiaplah untuk menikmati album “KASET” yang akan membawa kembali kenangan indah sambil menghidangkan sesuatu yang segar. Dengan kolaborasi antara KRU dan Sony Music, satu perkara yang pasti—industri muzik Malaysia bakal digegarkan sekali lagi dengan kehadiran trio legenda ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan transformasi KRU dalam “KASET” dan nantikan kejutan besar yang akan datang!

Pautan Berkaitan: MUAH! GEGAR INDUSTRI MUZIK DENGAN SINGLE TERBARU BBF

 

By Siti Maliyanah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MUAH!

MUAH! GEGAR INDUSTRI MUZIK DENGAN SINGLE TERBARU BBF

Bacaan Lanjut
afgan

TOP 10 LAGU HITS AFGAN YANG WAJIB ADA DALAM PLAYLIST

Bacaan Lanjut
kendrick lamar

KENDRICK LAMAR BAKAL MENGEGARKAN PENTAS SUPER BOWL LIX HALFTIME

Bacaan Lanjut
Hael Husaini

TOP 10 LAGU HITS HAEL HUSAINI MENUSUK JIWA

Bacaan Lanjut
Amir Masdi

AMIR MASDI MEMBAWA WARNA BARU LAGU KEBANGSAAN 2024

Bacaan Lanjut
good vibes festival 2024

GOOD VIBES FESTIVAL KEMBALI JULAI INI DENGAN PEGGY GOU, J BALVIN, JOJI, RUSS DAN RAMAI LAGI

Bacaan Lanjut