Skip to content

10 SELEBRITI TERKENAL YANG MENINGGAL DUNIA SECARA TRAGIS

10 SELEBRITI TERKENAL YANG MENINGGAL DUNIA SECARA TRAGIS

Kongsikan artikel ini

Kematian selebriti kebiasaannya diratapi peminat hampir di seluruh dunia, terutama jika ia berlaku secara mengejut dan pada usia terlalu muda.

Bakat-bakar besar di Hollywood seperti Amy Winehouse, Paul Walker dan Whitney Houston meninggalkan dunia ini secara tragis dan tiba-tiba, sekali gus membuatkan peminat terkejut dan berduka.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita permergian bekas ahli kumpulan One Direction, Liam Payne. Penyanyi itu maut pada 17 Oktober 2024 ketika berusia 31 tahun.

GL kongsikan kematian sepuluh selebriti Hollywood yang mengejutkan dunia

1. Liam Payne – 31 Tahun

10 SELEBRITI TERKENAL YANG MENINGGAL DUNIA SECARA TRAGIS

Foto: The Daily Guardian

Industri hiburan global berduka atas kematian Liam yang sememangnya tidak diduga. Selebriti yang merupakan bapa kepada seorang cahaya mata ini dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga balkoni bilik hotel di Casa Sur Hotel di Buenos Aires, Argentina. Sebelum itu dia sempat menimbulkan kekacauan di lobi hotel setelah mengambil alkohol dan bahan terlarang. Menurut laporan autopsi, Liam maut akibat 25 kecederaan pada anggota badan terutama di kepala.

 

2. Paul Walker – 40 Tahun

10 SELEBRITI TERKENAL YANG MENINGGAL DUNIA SECARA TRAGIS

Foto: ABC News

Bintang The Fast and the Furious ini menemui ajal apabila kereta yang dinaikinya terbakar selepas terbabas di Santa Clarita, California pada 30 November 2013. Paul ketika itu menjadi penumpang dalam Porsche yang dipandu rakan baiknya, Roger Rodas. Sewaktu kejadian, kedua-duanya sedang menghoskan pertunjukan kereta amal melalui Reach Out Worldwide, organisasi bukan untung milik pelakon itu untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa taufan di Filipina.

 

3. Chadwick Boseman – 43 Tahun

10 SELEBRITI TERKENAL YANG MENINGGAL DUNIA SECARA TRAGIS

Foto: KTT2

Pelakon Black Panther ini meninggal dunia secara mengejut di kediamannya di Los Angeles pada Ogos 2020 setelah empat tahun bergelut dengan barah. Chadwick didiagnos menghidap kanser kolon tahap tiga pada 2016 dan merebak ke tahap empat sebelum ia akhirnya meragut nyawanya. Walau berdepan kesakitan, dia tidak mendedahkan penyakitnya kepada sesiapa kecuali ahli keluarga dan tetap meneruskan penggambaran beberapa filem termasuk Ma Rainey’s Black Bottom, Da 5 Bloods dan Marshall.

 

4. Naya Rivera – 33 Tahun

10 SELEBRITI TERKENAL YANG MENINGGAL DUNIA SECARA TRAGIS

Foto: Music Mundial

Bintang Glee ini dilaporkan hilang ketika bercuti di Tasik Piru berdekatan Los Angeles pada 8 Julai 2020. Anaknya, Josey Hollis Dorsey yang ketika itu berusia empat tahun ditemui sedang tidur bersendirian di dalam bot di samping barang peribadi milik Naya termasuk dompet dan kad pengenalan. Mayatnya hanya berjaya ditemui lima hari kemudian.

 

5. Heath Ledger – 28 Tahun

Foto: Radar Online

Selebriti kelahiran Australia ini ditemui tidak bernyawa di kediaman miliknya di New York pada 22 Januari 2008 akibat dos dadah berlebihan daripada ubat-ubatan. Kematiannya dilaporkan berpunca daripada keracunan akut yang disebabkan oleh kombinasi oxycodone, hydrocodone, diazepam, temazepam, alprazolam dan doxylamine. Heath dikhabarkan mengalami beberapa masalah kesihatan termasuk insomnia dan kemurungan selepas melakonkan watak Joker dalam The Dark Knight.

 

6. Amy Winehouse – 27 Tahun

Foto: Getty Images

Penyanyi dari Britain ini meninggal dunia secara mengejut pada 23 Julai 2011 akibat penyalahgunaan dadah dan keracunan alkohol. Dia ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh pembantu rumah di kediamannya di Camden, London.

 

7. Chester Bennington – 41 tahun

Foto: Getty Images

Komposer dan vokalis kumpulan Linkin Park ini meragut nyawanya sendiri dengan cara mengantung diri di kediaman baharunya di Los Angeles pada 20 Julai 2017. Menurut isterinya, Chester telah lama bergelut dengan masalah kemurungan.

 

8. Brittany Murphy – 32 Tahun

Foto: Getty Images

Kehidupan bintang Clueless ini berakhir secara mengejut pada 20 Disember 2009 selepas mengalami kegagalan jantung yang berkaitan dengan ubat-ubatan sewaktu bergelut dengan penyakit radang paru-paru. Suaminya, Simon Monjack turut meninggal dunia dengan cara yang sama enam bulan kemudian.

 

9. Whitney Houston – 48 Tahun

Foto: Film Daily

Diva pop ikonik ini ditemui mati di dalam tab mandi di Hotel Beverly Hilton pada 11 Februari 2012. Menurut laporan, Whitney lemas di dalam tab akibat pengambilan kokain secara berlebihan dan penyakit jantung aterosklerotik.

 

10. Michael Jackson – 50 Tahun

10 SELEBRITI TERKENAL YANG MENINGGAL DUNIA SECARA TRAGIS

Foto: Radar Online

Berita kematian penyanyi terkenal ini pada Jun 2009 mengejutkan seluruh dunia. Michael dilaporkan mengalami serangan jantung akibat dadah jenis propofol dan keracunan benzodiazepin. Portal TMZ menerbitkan sebuah dokumentari berjudul TMZ Investigates: Who Really Killed Michael Jackson untuk menyiasat punca sebenar kematiannya.

 

Foto: X/Getty Images

Pautan berkaitan: TUGU PERINGATAN SEMPENA ULANG TAHUN KEMATIAN KOBE BRYANT & ANAK PEREMPUAN, GIANNA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

AMY LEE RESPONS ISU AMBIL ALIH TANGGUNGJAWAB SEBAGAI VOKALIS LINKIN PARK

AMY LEE RESPONS ISU AMBIL ALIH TANGGUNGJAWAB SEBAGAI VOKALIS LINKIN PARK

Bacaan Lanjut
PEKERJAAN PERTAMA 10 SELEBRITI SEBELUM MENJADI TERKENAL

PEKERJAAN PERTAMA 10 SELEBRITI SEBELUM MENJADI TERKENAL

Bacaan Lanjut
ADIK-BERADIK SELEBRITI YANG MENDOMINASI PENTAS HOLLYWOOD

ADIK-BERADIK SELEBRITI YANG MENDOMINASI PENTAS HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut
BARISAN ARTIS HOLLYWOOD YANG MENINGGAL DUNIA SEPANJANG 2022

BARISAN ARTIS HOLLYWOOD YANG MENINGGAL DUNIA SEPANJANG 2022

Bacaan Lanjut
TRAGIS! STEPHEN ‘TWITCH’ BOSS RAGUT NYAWA SENDIRI

TRAGIS! STEPHEN ‘TWITCH’ BOSS RAGUT NYAWA SENDIRI

Bacaan Lanjut
TRAGIS! PUNCA KEMATIAN JASON DAVID FRANK DIDEDAHKAN

TRAGIS! PUNCA KEMATIAN JASON DAVID FRANK DIDEDAHKAN

Bacaan Lanjut