SERLAHKAN KEPERIBADIAN BOLD BERSAMA MYSLF LE PARFUM DI PAVILION KL
Kunjungi pop-up YSL Beauty ‘Born to be Iconic’ dan temukan koleksi-koleksi produk grooming untuk anda eksplorasi. Salah satu produk terbaru yang hadir adalah MYSLF Le Parfum, haruman yang sempurna untuk anda yang ingin meningkatkan penampilan diri sambil berekspresi.
Dalam rangka YSL Beauty tahun ini, mengadakan pop-up istimewa ‘Born To Be Iconic’ di Pavilion Kuala Lumpur dari 17 hingga 27 Oktober 2024. Konsisten memperkenalkan produk baharu yang menarik bagi lelaki yang pentingkan penjagaan diri dari berbagai generasi.
Serlahkan diri dan keberanian dalam diri serta raikan keperibadian tanpa kompromi di pop-up ini, menawan ruang tengah Pavilion KL. Pengunjung dapat merasakan pengalaman sensoris yang mendalam, menjelajahi hubungan antara identiti diri dan wewangian di ruang tertentu, di mana setiap aroma dipadukan dengan pengaktifan yang sesuai, memperkaya perjalanan olfaktori.
Jenaman mewah Paris ini, YSL Beauty, menganjurkan pesta eksklusif dengan mengundang tetamu termasuk persembahan band Midnight Fusic, selari dengan tema haruman MYSLF Le Parfum yang membuat acara semakin meriah. Selain MYSLF Le Parfum, pengunjung juga dapat mengeksplorasi produk lain seperti LIBRE Flowers & Flames.
Untuk menambah keterujaan, anda juga dapat mencuba servis khas personalization, yang mana initial pilihan boleh dilakarkan pada botol haruman.
Satu lagi perkara istimewa mengenai pop-up ini, terdapat stesen isi semula khusus wangian ikonik Libre dan MYSLF mereka. Pengunjung boleh membawa masuk botol kosong mereka dan mengisi semula, mengurangkan pembaziran sambil terus menikmati bau kegemaran mereka.
Menandai era baharu untuk wewangian tersebut, GLAM Lelaki merakam wajah tiga personaliti masa kini yang berbeza identiti. Namun, menyatu dengan sifat peribadi mereka bertiga. Yang menyimbolkan esen dan identiti himpunan MYSLF Le Parfum. Iaitu Mierul Aiman, Gajenchandra dan Sky Iskandar. Bergambar di ruang-ruang penting di pop-up ‘Born To Be Iconic’.
Artikel berkaitan: #NEWERA, HAEL HUSAINI, MIERUL AIMAN & AMIRUL DANIAL
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE HERO” – MIERUL AIMAN
Nama yang sememangnya semakin besar dalam dunia lakonan, Mierul Aiman juga aktif dalam dunia fesyen dengan jenamanya, DreamKid.
SIAPAKAH BARISAN PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2026?
GL The Man Awards 2026 kembali tahun ini demi meraikan lelaki-lelaki berpengaruh yang membentuk landskap gaya, seni dan budaya masa kini.
THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN
Bagi meraikan watak Zahra dalam Chelot, GLAM Lelaki menampilkan lima penampilan rambut terbaik oleh Alicia Amin.
BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA
BLEU DE CHANEL hadir sebagai gambaran seorang lelaki yang yakin, bebas dan tidak perlu terlalu banyak menjelaskan siapa dirinya.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.











