ISYARAT MANIS DARIPADA PUTERA WILLIAM BUAT ANAK PEREMPUANNYA, PUTERI CHARLOTTE
Putera William secara terbuka menunjukkan rasa kasih dan sayangnya pada puteri tunggalnya, Puteri Charlotte.
Dalam lawatan Diraja selama empat hari ke Afrika Selatan baru-baru ini, Putera Wales dilihat menggayakan seutas gelang tangan istimewa. Difahamkan aksesori yang tertulis perkataan ‘Papa’ itu dibuat oleh Puteri Charlotte sendiri.
Gelang manik gabungan rona biru, hijau dan putih itu dipakainya sebagai tanda ingatan buat tiga anaknya; Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis yang memanggilnya dengan gelaran ‘Papa’.
Putera berusia 42 tahun itu dirakam menggayakannya buat kali pertama di Program Belia Pemimpin Iklim Earthshot Prize di Cape Town. Kala berucap di hadapan lebih 120 belia, warna gelang yang menyerlah pada sut hitamnya dengan pantas mencuri perhatian.
Ketika menyertai barisan panel untuk hari kedua Anugerah Hadiah Earthshot pada 6 November, putera itu memadankan gelang tersebut dengan sut rona biru kelasi dan kemeja putih.
Putera William Ikut Jejak Langkah Putera William
Putera Wales bukanlah kerabat Diraja Britain pertama yang mempamerkan kasihnya pada anak-anak secara terbuka. Dua tahun lalu Putera Harry turut memberi isyarat manis buat puterinya, Lilibet Diana Mountbatten-Windsor.
Menerusi satu video yang dirakam untuk mempromosi organisasi pelancongan tidak berasas keuntungan Travalyst, Putera Harry meluahkan rasa bangganya bergelar bapa kepada seorang cahaya mata perempuan dengan menyarung kemeja-T yang tertulis ‘Girl Dad’.
Dalam iklan yang agak mencuit hati, Duke of Sussex dilihat berjoging sambil memakai kemeja-T tersebut. Dia kemudiannya ditahan oleh pasukan Travalyst yang mahu menilai sesi percutiannya di New Zealand.
Video itu memaparkan sketsa komedi untuk mempromosikan projek terbaharu Travalyst iaitu alat penilaian percutian yang memberi fokus pada pelancongan di New Zealand.
Foto: Newsweek
Pautan berkaitan: ALASAN MENGAPA PUTERA WILLIAM TIDAK PERNAH MENYARUNG CINCIN PERKAHWINAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ALASAN MENGAPA PUTERA WILLIAM TIDAK PERNAH MENYARUNG CINCIN PERKAHWINAN
Ramai tidak menyedari bahawa Putera Wales tidak pernah menyarung cincin sejak mendirikan rumah tangga sehingga ke hari ini.
PUTERA HARRY TERIMA ‘HADIAH HARI LAHIR’ DARIPADA MENDIANG PERMAISURI ELIZABETH
Kekayaan Putera Harry meningkat secara mendadak pada ulang tahun kelahirannya yang ke-40 baru-baru ini.
GAJI TAHUNAN PUTERA WILLIAM SELEPAS DIKURNIA GELARAN DUKE OF CORNWALL
Putera William memiliki estet bernilai lebih RM47 bilion yang ditubuhkan oleh Raja Edward III pada 1337 buat pewaris takhta.
10 LARANGAN YANG MESTI DIPATUHI KERABAT DIRAJA BRITAIN
Sebagai pemerintah, Raja Charles III dikecualikan daripada kebanyakan undang-undang tetapi terdapat juga beberapa peraturan yang perlu dipatuhinya.
HIMPUNAN FOTO KERABAT DIRAJA BRITAIN DARI 1920-AN YANG TIDAK PERNAH DILIHAT
Istana Buckingham menganjurkan pameran ‘Royal Portraits: A Century of Photography’ dan menjemput orang ramai menikmati karya seni dan sejarah di sebaliknya.
RAJA CHARLES III AKHIRI TRADISI ISTANA WINDSOR BERUSIA 200 TAHUN
Raja Charles III mengetepikan satu tradisi tertua di Britain sekali gus mengecewakan sebahagian rakyat jelata.