PEAK FITNESS MEMBAWA KECERGASAN BERTARAF DUNIA DI TRX
Peak Fitness, peneraju pantas dalam sektor kesihatan dan kecergasan kini melancarkan outlet utama mereka di Exchange 106, TRX, Kuala Lumpur.
Lokasi strategik ini memperkukuhkan jenama Peak Fitness sebagai pilihan utama bagi pencinta kecergasan di Malaysia. Outlet Premier Peak Fitness di Exchange 106 menjanjikan pengalaman yang tiada tandingan, sesuai untuk semua golongan daripada pemula hingga peminat kecergasan berpengalaman. Salah satu ciri uniknya adalah kolam ais, sebuah kemudahan Terapi Air Sejuk yang eksklusif untuk outlet Premier ini.
“Kami sangat teruja untuk berkembang ke TRX dan menjadi sebahagian daripada kawasan paling dinamik dan pesat membangun di Kuala Lumpur. Setiap aspek gim ini dirancang dengan teliti untuk memberikan pengalaman terbaik kepada ahli kami, dengan reka bentuk yang menginspirasi dan memberi semangat. Outlet baharu ini adalah refleksi komitmen kami untuk membina komuniti individu yang berdedikasi untuk memperbaiki kesejahteraan mereka dan mencapai matlamat kesihatan mereka,” ujar Dr Andrea Lim, Pengasas Bersama Peak Fitness. Direka dengan estetik moden, ruang ini dilengkapi dengan peralatan terkini dan kawasan khas untuk kelas berkumpulan. Selain itu, zon pemulihan, dan kemudahan mewah yang menyokong perjalanan kesejahteraan yang lengkap.
Ciri-Ciri Utama Di Peak Fitness
Outlet utama ini menawarkan kawasan pemulihan dan kesejahteraan yang canggih. Ia juga menyediakan terapi pasca senaman yang penting. Nikmati terapi kontras, sauna detoksifikasi dan kolam ais untuk mengurangkan keradangan. Selain itu, onsen untuk relaksasi mendalam, serta kawasan terapi regangan untuk meningkatkan kelenturan dan mengurangkan ketegangan. Ruang ini direka untuk menyokong kesejahteraan holistik, membantu ahli pulih dan bertenaga semula dengan sempurna.
Peak Fitness TRX menyediakan pelbagai pilihan latihan kardio dan kekuatan yang sesuai untuk semua tahap kecergasan. Kemudahan ini merangkumi pemberat bebas, platform angkat berat, ruang latihan fungsional, serta pelbagai peralatan kardio. Antaranya seperti treadmill, basikal, mesin pengayuh, dan eliptikal, memastikan pengalaman senaman yang lengkap untuk kekuatan, daya tahan, dan kecergasan umum.
Bagi mereka yang gemar bersenam dalam kumpulan, terdapat pelbagai kelas kecergasan berkumpulan dan latihan peribadi yang sesuai untuk semua tahap kecergasan. Kelas ini termasuk kelas Les Mills seperti Bodypump dan Bodycombat, senaman tarian bertenaga, Yoga dan Pilates untuk kelenturan. Selain itu, sesi HIIT dinamik, serta kelas Zumba yang menyeronokkan. Sama ada individu memilih motivasi berkumpulan atau perhatian peribadi, jurulatih profesional Peak sentiasa bersedia membantu mencapai matlamat kecergasan.
Kemudahan di outlet ini direka untuk meningkatkan pengalaman kecergasan secara keseluruhan dan mencipta suasana yang santai serta mesra. Nikmati kafe thirdspace yang dioperasikan oleh Kenny Hills Coffee Roasters, tempat sempurna untuk berehat, bersosial, atau mengisi tenaga dengan snek atau minuman sihat sebelum atau selepas bersenam. Bilik loker mewah yang dilengkapi loker selamat, kelengkapan mandi premium, dan ruang persalinan yang selesa memastikan setiap kunjungan membuatkan anda rasa segar dan bertenaga.
Pautan Berkaitan: 5 CARA MEMBINA OTOT DAN MEMBAKAR LEMAK LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 CARA MEMBINA OTOT DAN MEMBAKAR LEMAK LELAKI
Dalam dunia kecergasan, membina otot dan membakar lemak adalah dua matlamat utama yang sering menjadi tumpuan bagi lelaki.
3 REGANGAN TERBAIK UNTUK MERAWAT SAKIT PINGGANG
Duduk terlalu lama sepanjang hari antara punca anda mendapat sakit pinggang. Cuba tip ini untuk mengatasinya.
5 SENAMAN UNTUK JAWLINE LEBIH MENONJOL
Jawline atau rahang lelaki yang menonjol dianggap sebagai salah satu ciri yang paling menarik dan seksi. GLAM Lelaki mengesyorkan 5 senaman yang boleh dipraktikkan di rumah nanti.
CUBA SENAMAN INI UNTUK KEMPISKAN PERUT
2023 bakal melabuhkan tirai, tapi adakah azam anda untuk menguruskan badan sudah tercapai? Jika belum, ikuti 5 senaman ini yang boleh membantu anda untuk mendapatkan perut yang kempis.
5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG
Anda mempunyai masalah sakit pinggang sehingga menjejaskan aktiviti harian? Cuba senarai senaman ini untuk mengurangkan rasa sakit.
BENTUK OTOT DALAM 30 HARI
Latihan ekstrem seperti rutin Crossfit mengetatkan dan menguatkan otot untuk memberi pembentukan otot dengan lebih pantas. Anda harus cuba!