Skip to content

AMIR AHNAF, BIG STAR IN THE MAKING

Kongsikan artikel ini

Editor & arahan kreatif: JOHAN KASSIM, Pengarah seni kanan: KHAI RAMLI, Pereka grafik: HILMAN HISHAM, Dandanan, CKAY LIAW, Grooming, KEVIN LEE, Gambar: EDMUND LEE/HEXA STUDIO, Video: AUN CHUA/AUN SHOTS, Pelatih amali: SITI MALIYANAH & BATRIESYA FAISAL,Teks & Interviu: ASRAF AIDED

 

AMIR AHNAF, BIG STAR IN THE MAKING

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Bersempena edisi melabuh tirai bagi tahun 2024, GLAM Lelaki menampilkan dua nama yang semakin mencuri perhatian peminat di Malaysia. Mereka adalah pelakon, Amir Ahnaf (24) dan model serta pelakon baharu, Sky Iskandar (30).

Dua jejaka ini sememangnya berbakat dan punya pakej tersendiri. Mereka juga semakin komited memperkukuhkan portfolio dalam kerjaya seni bagi menggapai impian.

Baik Amir mahupun Sky, keduanya bukan jenis bekerja sambil lewa. Peluang yang ada didepan mata pastinya tidak akan dipersiakan lebih-lebih lagi sesudah muncul dalam filem terbaharu, ‘Kahar: Kapla High Council’yang mula ditayangkan di pawagam 28 November lalu.

AMIR AHNAF, PELAKON

SIAPA TULANG BELAKANG KAMU? INSAN-INSAN YANG SENTIASA MEMBERI SEMANGAT UNTUK SUKSES DALAM BIDANG SENI YANG DIKECAPI.

Mereka tentunya ibu dan bapa saya. Sebagai anak, saya sangat suka membuat mereka gembira. Bagi saya, nasihat dan kata-kata semangat daripada mereka itulah yang sentiasa menjadi pendorong untuk saya terus berusaha keras dalam lapangan ini.

Ketika saya ada masalah, biasanya saya luahkan kepada mereka agar cepat berasa lega sekaligus menerima tunjuk ajar.

amir ahnaf

Seluar jean, ALL SAINTS, loafer, LARRIE

SEPANJANG BEBERAPA TAHUN BERKECIMPUNG DALAM DUNIA SENI, APA YANG KAMU BELAJAR?

Setiap kali masuk ke set baharu, saya boleh menjadi orang baharu. Dengan cara itu, saya dapat belajar dan mempertingkatan cara dan mutu lakonan.

Saya sedar, saya tak boleh cepat rasa selesa jauh sekali hendak berhidung tinggi. Apa yang saya ada sekarang ini semuanya sementara, jadi lebih eloklah saya lakukan yang terbaik terutama dalam urusan mencari rezeki.

WHO IS YOUR IDOL?

Sebenarnya, saya sangat mengagumi bakat lakonan Johnny Depp. Seperti yang ramai tahu, lakonan JohnnyDepp sangat versatil kerana beliau boleh mebuat kelainan dalam setiap watak yang diberikan. Komitmen yang diberikan beliau sangat luar biasa hingga sanggup bersolek dan mengubah imej diri demi menghidupkan sesebuah watak.

Jika di Malaysia, saya mengagumi bakat barisan pelakon seperti Bront Palarae, Amerul Affendi, Syafiq Kyle, Zahiril Adzim dan Aedy Ashraf. Saya sudah lama teringin berlakon bersama Aedy, syukurlah kami dapat bekerjasama dalam filem ‘Kahar: Kapla High Council’memegang watak sebagai adik beradik.

amir ahnaf

Top kait, ONITSUKA TIGER, seluar denim, CALVIN KLEIN JEANS, tali pinggang, ONITSUKA TIGER & sniker, LARRIE

BOLEH KAMU KONGSIKAN TENTANG PENGALAMAN MEMBINTANGI FILEM BERKENAAN?

Saya berpuas hati dapat melakonkan watak Kahar dalam filem ini dan bersyukur kerana ia dihasilkan dengan jayanya. Penglibatan saya kali ini berbeza dengan lakonan dalam siri drama ‘Projek High Council’ sebelum ini. Saya juga berbangga kerana ada beberapa karakter baharu yang diwujudkan untuk menjadikan filem inilebih menarik.

Ini merupakan filem pertama yang saya menjadi pelakon utama. Saya harap ia dapat diterima baik oleh penonton di negara kita serta mampu memberi impak positif terhadap industri filem Malaysia.

APA CABARAN YANG KAMU HADAPI MELAKONKAN WATAK TERSEBUT?

Cabarannya adalah untuk menjiwai watak yang lebih berat, sebelum ini saya tidak tahu watak Kahar itu ada abang.

Kali ini wujud pula watak abangnya maka saya perlu menghidupkan lakonan saya dengan serius. Penguasaan emosinya perlu menjadi lebih mendalam kerana ada cabang penceritaan yang baharu.

BAGAIMANA KAMU MELIHAT ASPEK PERSAINGAN DUNIA LAKONAN DI MALAYSIA?

Persaingan adalah sesuatu yang normal, terserah kepada diri sendiri untuk mentafsir dan mengendalikannya. Saya lebih selesa berfikiran positif.

Saya suka bersaing dengan rakan-rakan yang sama frekuensi dengan saya, itu semestinya lebih sihat kerana kami boleh menaikkan semangat sesama sendiri, terutama jika berlakon dalam naskhah yang sama.

Jika ada persaingan yang kurang baik sekalipun di kemudian hari, sebagai anak seni saya tidak boleh cepat melatah. Saya masih perlu bersikap positif dan tenang sahaja.

TAHUN INI NAMA KAMU BERSINAR, DAPAT SEKALI LAGI MENGGENGGAM TROFI ABPBH, SETERUSNYA UNTUK TAHUN 2025, APA YANG MAHU DIKECAPI?

Tentunya saya mahu mempertingkatkan lagi lakonan saya, masih banyak perkara yang perlu saya teroka dan pelajari.

Jika masih ada rezeki mendapat penghargaan dalam sesebuah anugerah, itu semua kurniaan daripada Tuhan dan tentunya saya berterima kasih kepada peminat-peminat yang menyokong kerjaya saya.

Amir, top kardigan, ONITSUKA TIGER, seluar denim, CALVIN KLEIN JEANS, Sky, seluar denim, CALVIN KLEIN JEANS

APA DETIK SUKAR DALAM KERJAYA KAMU SEPANJANG BEBERAPA TAHUN INI?

Saya rasa detik sukar itu berlaku ketika permulaan kerjaya saya beberapa tahun lalu sejak menyertai ‘Hero Remaja 2021’. Saya perlu menyesuaikan diri sebagai orang kampung yang masuk ke industri hiburan.

Banyak perkara yang perlu saya belajar ketika itu contohnya etika bekerja, cara berbual serta bersosial. Namun itu tidak bermaksud saya membuang budaya atau kehidupan dari kampung seperti sebelumnya, hanya lebih kepada menyesuaikan diri sahaja.

CAN YOU SHARE A BIT ABOUT CHALLO CLUB?

Gaya hidup yang sihat itu amat penting. Tidak kira sesibuk mana kita dengan urusan kerja, kesihatan perlu diberi keutamaan.

Saya baru menyertai kelab Challo selama 5 bulan, namun ia sudah banyak memberi impak positif kepada kesihatan mental dan fizikal saya. Dengan menyertainya juga, saya dan rakan-rakan yang lain dapat memberi semangat kepada generasi muda yang lain untuk membuat aktiviti kecergasan.

Saya gembira melihat perkara itu kerana aktiviti kecergasan sememangnya tidak boleh diketepikan dalam kehidupan harian kita.

SEDIKIT TENTANG FESYEN, GAYA SEPERTI MANA YANG KAMU GEMARI?

My style is quite laid back. Sebelum ini saya suka vintage, sekarang saya suka sarung pakaian ikut mood. Apa yang penting ia perlulah selesa dan sesuai dengan imej diri saya.

SIAPA IKON FESYEN BAGI KAMU?

Sekali lagi saya mahu menjawab Jhonny Depp. Beliau mempunyai karisma yang sangat tinggi dan bukan sekadar berbakat ketika di set lakonan.

Saya suka melihat gaya beliau terutama ketika menghadiri acara-acara besar dan ketika bercuti. Beliau kelihatan tidak terlalu mencuba dan yakin diri.

Artikel berkaitan: THE RISING STAR, JOHAN ‘JOJO’ GHAZALI HIASI COVER BULAN NOVEMBER 2024

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

HAKIM MAZLAN, “TO BE HONEST, I’M NOT THAT UPDATED ON FASHION.”

Bacaan Lanjut

FRANK LEE, MODEL BARU MESTI KENALI

Bacaan Lanjut

FATTAH AMIN, “TAHUN INI SAYA INGIN MEMBERI FOKUS YANG LEBIH KEPADA KERJAYA SAYA.”

Bacaan Lanjut
"I WOULD SAY THAT THE WAY YOU CARRY YOURSELF IS VERY IMPORTANT," ZACHARY PUUNG.

ZACHARY PUUNG, “I WOULD SAY THAT THE WAY YOU CARRY YOURSELF IS VERY IMPORTANT.”

Bacaan Lanjut

CHIC, ATHLETIQUE, LEMBARAN FESYEN KOLEKSI CRUISE 2024

Bacaan Lanjut
FAHD DHAF, “MATLAMAT UTAMA SAYA ADALAH UNTUK DAPAT BERJALAN UNTUK PEREKA DI PARIS ATAU MILAN FASHION WEEK.”

FAHD DHAF, “MATLAMAT UTAMA SAYA ADALAH UNTUK DAPAT BERJALAN UNTUK PEREKA DI PARIS ATAU MILAN FASHION WEEK.”

Bacaan Lanjut