PERKEMBANGAN TERKINI SKANDAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS
Kes skandal Sean Diddy Combs masih lagi belum selesai sejak pertama kali ia dihebohkan diserata dunia media.
Pada Februari yang lalu, penerbit Rodney “Lil Rod” Jones telah memfailkan saman terhadap Sean “Diddy” Combs, di New York. Dia mendakwa bahawa dia dipaksa terlibat dengan pekerja seks yang disediakan oleh Combs. Dalam tuduhan yang mendapat perhatian meluas, Jones menyatakan bahawa Combs sering menganjurkan “pesta pemerdagangan seks” melibatkan wanita bawah umur dan penggunaan dadah haram.
Bekas teman wanita Combs kemudian bersuara selepas CNN memperoleh video dari tahun 2016 yang menunjukkan Combs menyerangnya di lorong hotel. Cassie menyatakan di Instagram bahawa keganasan domestik telah “memusnahkan” dirinya, dan dia akan sentiasa berusaha untuk pulih daripada pengalaman tersebut. Combs kemudiannya memohon maaf atas kejadian yang dirakam dalam video itu.
Pada 27 September 2024, Combs dituduh memberi dadah dan merogol seorang wanita beberapa kali, di mana wanita yang dikenali sebagai Jane Doe dalam tuntutan itu turut mendakwa bahawa dia hamil akibat salah satu kejadian tersebut. Menurut laporan Associated Press, wanita itu kini menuntut pampasan dengan jumlah yang tidak didedahkan.
Perkembangan Terkini Kes Sean Diddy Combs
Kini, Combs telah mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut. Dia ditahan di Metropolitan Detention Center di Brooklyn. Peguam Combs telah mengemukakan surat kepada Hakim Daerah Arun Subramanian pada hari Rabu. Pihak pembelaan meminta supaya Metropolitan Detention Center menyediakan komputer riba yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk kegunaan Combs.
Dokumen tersebut turut meminta agar Combs dibenarkan menggunakan komputer riba di unitnya, selaras dengan cara banduan lain di unitnya dibenarkan menggunakan komputer riba mereka. Combs pertama kali diberikan komputer riba oleh kerajaan pada 25 November untuk meneliti bahan bukti serta membuat nota berkaitan kesnya. Peguamnya mendakwa bahawa sejak hari itu, Combs tidak lagi diberikan akses kepada komputer riba tersebut, walaupun sudah membuat banyak pertanyaan.
Pegawai kerajaan didakwa memaklumkan kepada pihak pembelaan bahawa Combs hanya boleh menggunakan komputer riba itu di bilik persidangan video pada waktu tertentu apabila kakitangan undang-undang hadir, atau di bilik lawatan undang-undang antara pukul 8 pagi hingga 3.30 petang.
Pautan Berkaitan: KRONOLOGI TUDUHAN SEAN ‘DIDDY’ COMB
Tags
Artikel Yang Berkaitan
NETFLIX BAKAL TAMPIL DENGAN SIRI DOKUMENTARI SKANDAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS
Dokumentari berjudul Diddy Do It? itu akan menerokai dakwaan pemerdagangan seks, pemerasan, serangan seksual dan penderaan yang dilakukan oleh Diddy.
PUTERA HARRY TERKAIT DALAM SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS
Putera Harry pernah merakam foto bersama Diddy selepas mogul hip hop itu membuat persembahan di Concert of Diana pada 2007.
PERKEMBANGAN TERKINI HUBUNGAN ADAM LEVINE & ISTERI, BEHATI PRINSLOO
Nama Adam Levine dan Behati Prinsloo hangat diperkatakan bulan lalu setelah beberapa wanita tampil mendedahkan kecurangan penyanyi itu.
DRAMA TERBAHARU YANG MEMINTAS KEDUDUKAN BRIDGERTON DALAM CARTA NETFLIX
Bridgerton musim kedua berjaya menawan hati penonton Netflix dengan adegan penuh skandal. Kini, satu lagi skandal sedang hangat diperkatakan.
5 MOMEN KONTROVERSI ARMIE HAMMER
Namanya pernah menjadi tajuk berita kerana bersikap terlalu terbuka di media sosial dan berkongsi maklumat peribadi ketika temu bual media.