Skip to content

BELASUNGKAWA! IBU SCHA ALYAHYA DIJEMPUT ILAHI

BELASUNGKAWA! IBU SCHA ALYAHYA DIJEMPUT ILAHI

Kongsikan artikel ini

Takziah diucapkan kepada aktres dan pengacara, Scha Alyahya atas kehilangan salah seorang insan terpenting dalam hidupnya beberapa hari lalu.

Tanggal 7 Disember 2024 menyaksikan ibunda tercinta, Junainah Hashim pulang ke negeri abadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.40 pagi di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Khabar duka itu dimaklumkan suami Scha, aktor dan hos Awal Ashaari menerusi satu perkongsian di Instagram Story.

“Innalilahi wa inna ilaihi rojiun. Dengan dukacita memaklumkan ibu mentua saya, Junainah Hashim telah menghembuskan nafas terakhirnya.

“Jenazah telah dikafankan dan disolatkan di Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakan dia, dan ampunkan dosa dan kesalahannya,” tulisnya.

ibu scha alyahya meninggal dunia

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Asar. Menurut beberapa laporan media, Allahyarhamah meninggal dunia akibat serangan jantung.

Scha pernah berkongsi pada 2022 bahawa ibunya sudah lima tahun menjalani rawatan dialisis akibat masalah buah pinggang.

AC Mizal Sendirian Tanpa Scha Alyahya

Umum mengetahui Scha sepatutnya menjadi pengacara bersama di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) pada malam Sabtu. Perancangan itu bagaimanapun tidak terlaksana apabila Scha kehilangan ibu tersayang pada hari sama.

Pengacara utama, Datuk AC Mizal yang tampil sendirian di atas pentas mengumumkan berita sedih itu kepada para hadirin.

“Saya sepatutnya mengacara bersama Scha malam ini, namun kami telah menerima khabar duka. Ibunya telah kembali ke rahmatullah. Salam takziah buat Scha sekeluarga,” katanya.

Tanpa kehadiran Scha, FFM33 diteruskan seperti biasa dan AC Mizal menggalas tanggungjawab sebagai pengacara tunggal sepanjang acara berlangsung.

 

Foto: Instagram/Facebook

Pautan berkaitan: BELASUNGKAWA! SHARNAAZ AHMAD KEHILANGAN AYAHANDA TERCINTA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 FILEM LAKONAN PELAKON LELAKI TERBAIK FFM33, BETO KUSYAIRY

5 FILEM LAKONAN PELAKON LELAKI TERBAIK FFM33, BETO KUSYAIRY

Bacaan Lanjut
GAYA HANGAT SELEBRITI DI KARPET MERAH FESTIVAL FILEM MALAYSIA 2024

GAYA HANGAT SELEBRITI DI KARPET MERAH FESTIVAL FILEM MALAYSIA 2024

Bacaan Lanjut
IMAGINUR UNGGUL DI FESTIVAL FILEM MALAYSIA 2024

IMAGINUR UNGGUL DI FESTIVAL FILEM MALAYSIA 2024

Bacaan Lanjut
Awal Ashaari Scha Alyahya

FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut