Skip to content

5 FILEM LAKONAN PELAKON LELAKI TERBAIK FFM33, BETO KUSYAIRY

5 FILEM LAKONAN PELAKON LELAKI TERBAIK FFM33, BETO KUSYAIRY

Kongsikan artikel ini

Pelakon Malaysia versatil, Beto Kusyairy memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di FFM33 pada 7 Disember 2024 yang lalu. 

Pada 7 Disember 2024 yang lalu, Beto Kusyairy telah meraih Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia yang ke-33. Sebagai seorang pelakon yang versatil, lakonan Beto tidak pernah mengecewakan dalam setiap karya yang dilakonkan olehnya. Sempena ucapan tahniah GLAM Lelaki kepada Beto Kusyairy, kami senaraikan 5 filem lakonannya yang patut and tontoni.

#1 Istanbul Aku Datang!

Istanbul Aku Datang! ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2012, arahan Bernard Chauly dengan skrip oleh Rafidah Abdullah. Filem ini menampilkan Beto Kusyairy, Lisa Surihani dan Tomok  sebagai pelakon utama. Ceritanya mengisahkan Dian, seorang gadis yang nekad terbang ke Istanbul, Turki, demi berada dekat dengan kekasih hatinya. Filem ini membuatkan Beto menjadi kegilaan ramai gadis dengan watak Harris yang kelakar dan bertimbang rasa pada masa yang sama. Istanbul Aku Datang! juga memenangi Filem Terbaik Komedi di Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013.

beto kusyairy

#2 Bisik Pada Langit

Bisik Pada Langit merupakan sebuah filem drama Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2017, arahan Kabir Bhatia. Filem ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Jalil Hamid, Ummi Nazeera, Beto Kusyairy, Naim Daniel, Erwin Dawson, dan Fadilah Mansor. Beto Kusyairy memegang watak Zaidi, abang kepada Ummi Nazeera yang menjadi kebanggaan bapanya kerana belajar di luar negara. Filem megisahkan pengorbanan keluarga ini telah menumpah banyak air mata rakyat Malaysia.

beto kusyairy

#3 Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ialah sebuah filem epik biografi sejarah Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2022. Diarahkan oleh Syamsul Yusof, filem ini berdasarkan skrip yang ditulis olehnya bersama Shahruddin Mt Dali untuk terbitan Studio Kembara. Filem ini menampilkan Adi Putra sebagai Mat Kilau dan pelakon pembantu seperti Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, dan Johan As’ari.

beto kusyairy

#4 Gila Baby

Gila Baby ialah sebuah filem aksi komedi Malaysia yang ditayangkan pada tahun 2014. Diarahkan oleh Kabir Bhatia, filem ini menampilkan Beto Kusyairy, Nadiya Nisaa, Fimie Don, Sharnaaz Ahmad dan ramai lagi sebagai watak utama. Ia menceritakan tentang Bob, lakonan Beto Kusyairy yang terdesak mendapatkan wang untuk menanggung kos pembedahan ayahnya di hospital. Dalam usahanya mencari jalan mudah, Bob bekerjasama dengan Roy iaitu  Sharnaaz Ahmad untuk mencuri kereta. Namun situasi menjadi rumit apabila mereka mendapati seorang bayi berada di tempat duduk belakang kereta yang dicuri. Filem ini memenangi Anugerah Filem Komedi Terbaik di Anugerah Lawak Warna 2015.

beto kusyairy

#5 IMAGINUR

IMAGINUR ialah sebuah filem cinta–cereka sains Malaysia 2023 arahan Nik Amir Mustapha. Skrip filem ini ditulis bersama oleh Nik Amir dan Redza Minhat. Dibintangi oleh Beto Kusyairy dan Diana Danielle, ia mengisahkan tentang kisah cinta di antara jejaka bernama Zuhal bersama seorang gadis cantik bernama Nur yang sering muncul di dalam mimpinya. Selain dari Beto yang memenangi Anugerah Pelakon Terbaik sebagai watak Zuhal, IMAGINUR juga meraih Anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-33.

imaginur

Pautan Berkaitan: NETFLIX: 10 SIRI DAN FILEM PALING MENAKUTKAN WAJIB TONTON

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GAYA HANGAT SELEBRITI DI KARPET MERAH FESTIVAL FILEM MALAYSIA 2024

GAYA HANGAT SELEBRITI DI KARPET MERAH FESTIVAL FILEM MALAYSIA 2024

Bacaan Lanjut
BELASUNGKAWA! IBU SCHA ALYAHYA DIJEMPUT ILAHI

BELASUNGKAWA! IBU SCHA ALYAHYA DIJEMPUT ILAHI

Bacaan Lanjut
IMAGINUR UNGGUL DI FESTIVAL FILEM MALAYSIA 2024

IMAGINUR UNGGUL DI FESTIVAL FILEM MALAYSIA 2024

Bacaan Lanjut
Takluk: Lahad Datu

KENALI EMAN MANAN ‘OTAI’ MALAYSIA 60-AN YANG KEKAL AKTIF

Bacaan Lanjut
alphamen 2023

#GLALPHAMEN2023 ‘FRAGRANCE GAME CHALLENGE’ BERSAMA MONTBLANC EXPLORER PLATINUM

Bacaan Lanjut
Alphamen 2023

EKSPLORASI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023 BERSAMA MONTBLANC

Bacaan Lanjut